Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 28 Disember 2009

Rafiq lagi....







Walimatulurus...

Salam buat semua. Hai, lama rasa tak ngapdet ni. Kemalasan melanda! Salah satu tujuan balik kampung ari tuh pasal nak g kenduri kawin rakan KRZ waktu kat SJK(C) Puay Chai 2 dulu. K'On. Rumah dia dekat dah dengan Bandar Alor Setar. Sampai pagi, singgah dulu umah kat umah sorang rakan kat SP, geng aku ngan KRZ juga. Tapi cerita itu nantilah yer. Sekadar ringkasan agar korang tahu aku masih bernapas! Miahaha! Jumpa lagi nanti.

Sabtu, 26 Disember 2009

Pan Bob Pepen

Miahaha! betul tak korang membacanya tuh? Bunyinya seakan2 tau! Spongebob Squarepant! Tapi ringkas. Hari Ahad iaitu seminggu yang lalu kami g jalan2 OU. KRZ sambil nak bawak aku yang suka tengok deco cantik2. Dah banyak kali g OU tapi belum sempat nak pegi New Wing ada Christmas Decoration yang terbesar dan cantik. Kali ni memang parkir terus kat New Wing pon... Masuk2 jer Fatin dah tarik tangan KRZ ke jualan dolls and toys sempena xmas. Dia taklah berkenan yang mana-mana, sekadar nak tengok2. Teruskan berjalan terjumpa section promotion The Star dengan Nicklelodeon. Melompat2 la anak2 aku nih. Rafiq sangat tertarik pada permainan Basket Ball, lantas aku bawaklah depa mencuba. Masing2 tak pandai lagi. So aku bawak lake tempat yang sesuwai.....iaitu colouring section. Tapi Rafiq tak minat, last2 p tempat pelekat ni, nak pujuk Rafiq. Lama jugak nak tanggalnyer yang kat pipi Rafiq... sampai balik kampung baru clear! Haha!


Khamis, 24 Disember 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL!

Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua....Aku masih kat kampung sampai Sabtu nih..
Malas nak ngapdet, slow sangat kat sini...
Sampai jumpa lagi nanti bye!

Selasa, 22 Disember 2009

Balik Kampung!


Sori tergesa2 bagitau.
Mengejut je ni.
Kalau plan2 takut tak jadik.
Balik kampung malam ni gak. Sabtu baru kembali ke Rumahku Syurgaku.
Kalau boleh online kat kampung,
nanti aku ngapdet lagik!
Bye!

Selasa, 15 Disember 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

Tahniah buat Nik&Nadia.
Maaf tak dapat pegi kenduri kamu berdua.
Pasalnya aku dah lama dah janji ngan
KRZ nak teman dia g mancing. Awal2 cuti aku tak bagi dia pegi pasal aku ada exam
plus ada assignment yang perlu disiapkan.
Pastuh asyik cari tarikh sesuwai
mana nak setting dengan geng pancing lagik...Apa pun tahniah sekali lagi semoga berbahagia selalu
dan dimurahkan rezeki ya!
Bye!


Bukan tak laku... belum laku...

Sangat kasihan pada Fie-ruddin kerana entry Acik yang ini...
sila klik kalau nak baca la--> sini....
.
Bukan beliau tak laku tapi belum lagi laku.
Tengok, anak2 aku pun nak dengan dia terutama
Fatin yang SOMBONG teramat tu! Haha! Iya ker Fatin nak ngan orang?
Ngan Acik ngan Kodai pun dah payah dah sekarang ni tau....
terlebey sudah dia punya eksen tuh..... Tapi kena tiba2 beliau sangat mesra dengan Fie????
.
.
.
.
.
.
.
.
Kerana Fie ada benda ini.... Haha!

Kisah Budak Mulut Moncong!

Haha! Macam tak percaya pun iya jugak.
Cepatnya masa berlalu.
Tahun depan iaitu 2010, Fatin dah kena pegi tadika.
Aku pilih yang dekat ngan rumah saja.
.
Atas faktor keselamatan dan juga kemudahan.
Bukan tak boleh nak bawak ke kawasan berdekatan
dengan tempat kerja aku, tapi bila time dia habis
lebih kurang kul 11.30, nanti kena naik van travel
ke skul aku atau KRZ. Pasal pernah tengok stail depa ni memandu
memang lebih kurang dan kami tak mau.
.
Yang tadika kat rumah ni pulak, memang kena naik van jugak,
tapi jaraknya dekat saja. Waktu aku pegi tanya semalam,
adalah dia bagi senarai apa yang perlu dibayar.
Dan yuran bulanan adalah RM140.
Duit van pulak RM20 sebulan.
.
Ini tadika biasa-biasa jer.
Kalau yang montessori entah berapa agaknya.
Tapi aku dulu pun Tadika Priyah jer...
memang kampung habis...
Bukan tak mau hantar ke tadika yang elok2,
tapi faktor nak kena travel tu
memang sangat membimbangkan.
Dahla musim2 kemalangan berlaku dimana-mana sekarang ni,
lagilah kami risau.
.
Cikgu tadika mintak salinan ic kami, sijil lahir Fatin, gambar 3 keping
dan mintak sediakan beg sekolah sama kasut putih.
.
So petang semalam kami p la amik gambar beliau. Kes amik gambar ni pun satu penyiksaan buat aku.
Boleh dia tundukkkk jer bila nak snap tu.
Aku cakap lembut2, elok2 pun tak berkesan.
.
Last2 aku jerkah semahunya.
Siap photographer tu terkebelakang
nak mengelak jerkahan aku tu. Miahaha!
Nasib ko lah....
.
Ni gambar terbaik la kiranya.
Yang lain tu semua mulut senget ke tepi.
Haha! Merajuk la, baru kena marah.
.
Oklah, nanti ada cerita lagi ku paparkan lagi yer....
Bye!


Isnin, 14 Disember 2009

Kami saksi selepas kejadian ni....

Semalam kami menyaksikan ada satu mayat di atas jalan raya di Jalan Kuching.
.
Aku saksikan darahnya masih mengalir dan penunggang2 motorsikal yang membantu supaya mayat tidak dilanggar.
.
Waktu tu aku percaya mangsa merupakan penunggang motorsikal. Ni gambar yang KRZ sempat ambil.
.
Aku yang memandu terus berfikir, memang kemalangan boleh berlaku dimana-mana pada bila-bila masa menggunakan apa-apa pun jenis kenderaan, tapi motorsikal paling terdedah pada risiko....
.
Aku teringat KRZ pun sekali sekala akan menunggang motorsikal. Lantas kusuruh KRZ jual saja motorsikal beliau kerana sekarang ni makin dahsyat tahap kemalangan kat negara kita.
.
Hari ni baca paper, rupanya........

Samun: Pemandu maut terjun dari but teksi

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Seorang pemandu teksi yang dipercayai mangsa samun, maut dalam cubaan nekad terjun dari but belakang teksinya di Jalan Kuching dekat bangunan Bank Negara Malaysia (BNM) di sini malam ini.

Mangsa, Khairuddin Mohd, 31, yang lengkap berpakaian seragam pemandu teksi, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala selepas terhantuk di atas jalan dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu.

Terdahulu, mangsa dipercayai telah disamun seorang lelaki di salah satu lokasi yang masih belum dikenal pasti, sebelum dikurung dalam but teksi tersebut.

Kereta teksi itu kemudian dipandu oleh suspek terbabit.

Kejadian terbongkar apabila kelibat mangsa yang melambai-lambai tangan meminta tolong disedari tiga penunggang motosikal yang berada di belakang teksi, kira-kira 200 meter sebelum lokasi mangsa terjun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa secara tiba-tiba bertindak melompat keluar dan terhantuk kepalanya ketika mendarat di atas jalan raya.

"Salah seorang penunggang memberhentikan kenderaannya untuk membantu mangsa manakala dua lagi terus mengekori teksi berkenaan.

"Penunggang lelaki itu membantu mengawal keadaan lalu lintas bagi mengelak kenderaan-kenderaan dari arah belakang melanggar mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Menurut Chin Wah, mangsa yang mengalami pendarahan di kepala bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebelum bantuan kecemasan tiba.

Katanya, teksi yang dipandu suspek dijumpai semula dekat bangunan Sime Darby, Jalan Raja Laut, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

"Pemeriksaan ke atas teksi mendapati ia telah digeledah," jelasnya.

Berikutan kejadian itu, Chin Wah meminta dua lagi saksi penting iaitu dua penunggang motosikal yang dikatakan mengekori teksi yang dipandu suspek, supaya tampil memberi maklumat kepada polis secepat mungkin.



Sabtu, 12 Disember 2009

Menangis...

Petang tadi Rafiq menangis
nak mintak main phone aku. Bukan boleh bagi, abis di call semua kawan,
dibuka GPS kena bayar la duit tenet... KRZ marah, beliau menangis dan bila aku tala camera
terus beransur berhenti dan akhirnya diam! Haha! Sori yer dik, kamu kecik lagi dan tak pandai...
Nanti dah pandai ummi bagi yer... bye!


Jumaat, 11 Disember 2009

Gila-gila lantas demam tak boleh bangun!

2 hari KRZ terbaring kat atas tilam dalam bilik.
Panas tak mahu kebah. Ubat batuk sampai habis sebotol,
sama gak ngan panadol tinggal 2 bijik.
.
Pagi ni bangun dia mengadu sakit pinggang.
Memang effect ubatlah jawapnya.
Aku sebab tu sangat tak disiplin bila makan ubat,
sebab aku ada kisah dalam family iaitu tok aku demam
dia makan ubat seumpama panadol maka terus meninggal. Serius!
.
Apa nama ubatnya jap nak ingat...mak aku sebut Sperro..
Kata mak aku sebelum aspirin dulu ubatnya.
Tok aku demam, dia baru makan 2 biji, dia makan lagi sebab
sakit kepala, pastu makan lagi 2 biji,
tetiba semput... terus......
Owh!
.
Now back to the stori....
Tapi sebelum KRZ demam teruk tu seperti selalu OU
jadi tempat jalan2 lepak2, makan2.
.
Hari tu kami bertujuan cari pelapik toilet bowl
untuk Fatin sebab satu hari aku tengok,
sampai separuh badan masuk dalam toilet bowl.
Sangatlah kasihan.
.
bila dah jumpa tu saja cuci-cuci mata kat bahagian perabot,
tetiba KRZ soh amik gambar beliau beraksi itu dan ini.
Haha! Layan jelah... Ini pulak gambar anak2 sambil Rafiq tolong pegangkan benda itu...
Depa pun sama naik ngan ayah merata dinaiknya...

Last sekali muka aku yang disuruh begitu
gayanya oleh Cik Patin....
Ni dah otw balik....
dah dalam keta pun....
Bye!


Rabu, 9 Disember 2009

Jom Tengok Gambar Part 2

Rafiq sangat suka bergaya depan kamera sekarang ni. Terutama gaya peace tak jadik beliau tuh....Pantang di talakan kamera, ada saja gayanya. Yang lucunya tu kalau time merajuk atau tengah menangis pun akan diam dan kontrol macho! Haha! Macam2 kan?
Tak sempat nak transfer gambar semalam,
waktu lepaking ngan geng kat Qaseh, later la ye...
tengah giat main game nih.... bye!


Isnin, 7 Disember 2009

Jom Tengok Gambar - Part 1















Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails