Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 18 Februari 2013

Tahniah!

Assalamualaikum.

Tahniah Fatin. Menang pertandingan. Hihi.

Udah hakim-hakimnya kawan2 ummi kan?

Hihi. Jumpa lagi.

Ahad, 17 Februari 2013

Hands on!

Assalamualaikum...

Inilah kisah anak bujang aku Rafiq. Memang lah budak lelaki sejati. Walau kuat nangis dan agak penakut. Hihi. Mungkin sebab dia kecik lagi kot.

Tapi kalau bab main. Serahlah pada dia. Laju je. Memunggah. Pun dia nombor satu juga.

Aku ada bawa balik buku rujukan untuk lukisan darjah satu dan dua ke rumah. Seminggu ni depa dok belek sakanlah buku tu.

Tup tup malam ni di ambilnya surat khabar dan... Melipat sakan mengikut panduan buku tu.

Jadi pulak tu. Ummi pulak yg terkagum.

Haha.

Cuba tengok gambar kat bawah ni. Yang Fatin pakai tu pun dia buatkan tau!

Memang perasanlah dia ni kalau bab kena fikir atau ketelitian tu dia sangat kurang.

Tapi tangan dia memang cepat buat kerja. Mewarna ke, melukis, tekan nombor channel kat remote. Sampai kalau Fatin nak tukar channel dia suruh Rafiq la.

Melukis mewarna tu mungkin ada turun paksu Amat. Paksu pun boleh juga sikit2.

Mewarna Rafiq biasa2 je. Sebab dia suka pilih warna gelap. Jadi suram sikit la lukisan dia.

Ya udah. Taip malam. Post pagi kot. Biar entry esok je ek.

Assalamualaikum.

Kain buruk!

Assalamualaikum.

Pagi ni kononnya nak menyelami perasaan kain buruk. Mai dah merapu aku ni kan. Hihi. Layannn!!!

Akulah Si Kain Buruk.

Terpuruk...
Di bawah telapak kaki manusia...

Terhenyak...
Setiap kali...

Dipijak dan diperlakukan sesuka hati..
Namun aku terus berbakti...

Membersihkan kekotoran kaki...
Menghilangkan habuk dan daki...

Pada yang menghargai aku akan dicuci...
Dipakai berulangkali...

Pada yang tidak mengerti...
Aku dibuang sesuka hati...

Ahh begitulah nasibku...
Si kain buruk yang kaku...

Muahaha. Moral of the story. Basuhlah kain buruk anda. :-P

Jumaat, 15 Februari 2013

Asyik ummi je!

Assalamualaikum.

Hihi. Nak cerita sikit hal Fatin dengan Rafiq yang menjeles dengan ummi. Sekarang kan kita asyik di  'brainwash' dengan lagu Setia versi baru yang diolah oleh Cat Farish.

Pastu bila tiba masanya aku tunjuk la aku cop abg hensem ni kat depa.


Pastu mula tak puas hati masing2. Siap tutup muka Zain Ruffedge tu bila muncul. Dia cuma muncul pada minit 1.54, 3.02 dan 3.09 je.

Siap suruh aku pilih orang lain, nelayan tua ke, David Arumugam tu ke, askar pencen la, TPM la atau PM sendiri. Heyyy...nape dengki sangat ngan ummi ni?

Ummi cakap ummi cop abg hensem tu je. Bukan betul2 jadi boyfriend ummi pun.

Kekadang saja keluar ayat bakar line "Hensemnya pakwe ummi...," sudahnya menangis berjamaah kedua2nya. Sensitip sangat. Ikut sapa ntah? Hihi.

Jom layan video ni..

Karipap sardin!

Assalamualaikum.

Apa khabar korang hari ni? Harap sihat2 lah ye. Di pagi yang mulia ini, kususun sepuluh jari. Hihi. Tetiba melalut. Taip semula ya. Di pagi Jumaat yang mulia ini, semoga kita semua
mendapat rahmat dariNya. Dan semoga segala pekerjaan kita mendapat keberkatanNya jua. Amin.

Okes, beberapa hari ni aku asyik teringat pada karipap sadin. Tatau kenapa. Berusaha juga mencarinya tapi... yang ada dapat yang jual kat stesen minyak. Karipap pastri tu kurang 'kick'. Amboi over nak ber'kick' bagai. 'Kick' sekali baru tau.

Aku nak karipap yang tepungnya diuli. Disediakan secara tradisional. Ehmmm.... dap dap.

Rezeki pagi Jumaat. Ada dijual berdekatan dengan rumah. Yes.

Dihidangkan bersama segelas kopi Radix Mai Sechawan. Habis 3 ketol selamat masuk perot. Alhamdulillah.

Er.... lupa nak tanya, korang dah sarapan ke belum? Jangan biar perut masuk angin tau. Nanti kena gastrik siapa yang susah? Diri sendiri juga. Hihi.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Jauh dirindu...

Assalamualaikum...

Semalam aku terlena dibuai2 lagu ni. Mood Kumpulan Freedom ya sekarang. Hihi. Layan eh. Hihi. Ni gambar penyanyinya, Shuib.

Di mana...
katakan di mana salah silapnya
ku terasa-rasa hubungan kita
berubah mengikut masa

Ke mana...
mana hilang keajaiban itu
kelembutan serta kemanisanmu
yang pernah menghias hidupku

Mengapa kita kini
saling mengasingkan diri
kemesraan lalu
dingin dan membeku

Tetapi hati tidak dapat di bohongi
bila saja berjauhan
kita kerinduan
kau dan aku
diuji gelombang waktu

Sayangku
biar genting usah berputus terus
kenangan lalu tak mudah di hapus
segalanya tersimpan di hati
jika di takdirkan tak sehaluan lagi
kau tetap aku ingati



Khamis, 14 Februari 2013

Babak Cinta Terakhir

Nak cerita sikit la. Bimbang korang speku pulak kan. Almaklum kita ni bersua di blog saja.
Ini memang lagu2 feberet aku dari kecik la. Mana kaset yang ada kat rumah, itu yang terpasang selalu kat radio. Bila Abg Atan balik bercuti dari UK beliau beli cd player second hand dan bawa balik cd murah2, aku dok layan Roxxette pula. So takde kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.


Selalu ku terkenang keindahan itu
Masih lagi terbayang wajahmu
Tiap kali kau di sisi
Mesranya
Betapa kurindu semuanya

Kali pertama
Aku terpandang wajahmu
Aku merenungmu
Lalu kau tunduk malu

Kali pertama
Aku terpandang senyummu
Ku kira itu adalah
Hadiah darimu

Terdengar masih jelas
Suara mu
Nyata itu bisikan hatimu
Kau serah harapanmu padaku
Aku terima tanpa ragu ragu

Kali terakhir
Aku memandang wajahmu
Sinar kepiluan
Terpancar di matamu
Kali terakhir
Aku memandang wajahmu
Air matamu berlinang
Daku terharu

Sungguh singkat sekali
Mimpi indah itu
Kita cuma terima penentuan
Kau yang pertama dan terakhir
Kini kucari
Cinta yang hilang
Di mana.. Di mana..

Kali terakhir
Ku memandang wajahmu
Airmatamu berlinangan
Daku terharu
Berakhir babak cinta kita

Artwork lagi...

Assalamualaikum.

Rasa cam nak tercabut pinggang aku ni kena duduk bawah teman anak2 buat kerja seni.

Tak sesuai dah dok bawah. Kalau kat bawah mesti berlapik. Takkan nak hangkut bantal pulak kan. Udah depa semangat kemain nak buat.

Minta dah dekat dua minggu. Aku tangguh bagi macam2 alasan.

Hari ni dah hari Khamis. So aku pikir kalau aku sakit pinggang cam sekarang ni ada 3 hari nak recover. Hihi. Hadoi penangan anak2.

Macam biasa Rafiq siap paling awal. Tangan dia memang cepat. Fatin paling teliti. Tapi aku jugak yang siap lambat.

Bila aku siapkan. Aku ketawa la kegembiraan. "Yes! Yes! Dtawing ummi dah siap," sambil gelak-gelak.

Tiba2 melalak pulak si FaRa. Nak tau sebab apa? Sebab tak puas hati aku punya drawing lebih cantik dari yang depa buat. Aduhaiiii anak2 oiii.

Fatin siap mengungkit "Dahlah ummi pilih lelaki yang hensem kat lagu tu!" <--merujuk Zain Ruffedge dalam lagu Demi Negara. Aku ketawa lagi. "Apa kaitan abg hnsem tu dalam cerita drawing kita ni?", tanyaku sambil ketawa lagi. Lagi besar gelak aku, lagi kuat la tangisan depa. 

Tengok gambar kat bawah ni rasanya boleh agak kot yg mana satu depa punya.

Cantik juga. Unik. Aku suka je. Tapi tetap kelakar sebab jeleskan ummi.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Mimpi sedih Cik Fatin...

Assalamualaikum.


Pagi2 tadi, dia datang baring sebelah aku. Pastuh aku pelukla dia. Cium2 pipi. Cium satu muka. Memang kegemaran aku la tu. Puas rasanya bila dapat gomol satu muka tu.

Pastuh tetiba nangis pulak. Tanya2 kenapa, katanya "Fatin nampak kat mata Fatin ni, gambar ummi masa kecik2 dulu-dulu. Lepas tu orang tu buang je gambar ummi. Fatin dengan ummi sedih. Huhuhu..."

Pehal fulak minah ni ye. Mimpi2 macam aku jugak ke? Hihi..

Ni rakaman video tapi maaf suara je yang dengar, gambar gelap. Almaklum bilik aku kan gelap....

video

Rabu, 13 Februari 2013

Tekanan Darah Rendah

Assalamualaikum.

Semoga korang sihat2 dan baik2 selalu ya. Aku macam biasa la. 

Nak cerita sikit pasal tekanan darah rendah ni. Aku memang dah ada dari zaman belajar dulu.

Mula tau pasal kekurangan aku ni masa tahun pertama la. Konon nak derma darah. Baru ujian saringan, berat tak cukup. 43 kg je aku dulu. Ringan kan? jangan tanya sekarang ya. Hampir sekali ganda dah. Hihi.

Pastu ujian darah pula, tak lepas. Darah aku tak cukup pekat. Cair je. Lambat je tenggelam titisan darah aku tu. So kata M.A tu memang aku tak boleh derma darah kerana darah aku hanya cukup untuk diri sendiri.

Dan rupanya, itulah juga penyebab anemia (susah tidur malam). Walau sekarang dah berkurang sukar tidur tu, tapi still ada lagi. Still aku rasa sangat susah nak lelap.

Tekanan darah rendah juga merupakan salah satu penyebab sakit dan pening kepala. Semuanya berkaitan dan semakin make sense la.

Ubatnya yang terbaik, aku kena double dose dari yang biasa orang ambil. Pemakanan sangat susah kerana makanan yang terbaik mengandungi banyak zat besi kebanyakan aku tak makan. Hihi. 

Ngades kan? Bukan tak makan. Makan juga. Cuma bukan kegemaran kerana tak berapa nak kena dengan tekak ai ni. 

Ya udah. Jumpa lagi nanti.

Assalamualaikum.


Isnin, 11 Februari 2013

Demam!

Assalamualaikum...

Hai. Akhirnya aku tewas malam ni. Selepas bersin tak berhenti. Dan hingus jernih keluar laju je ibarat pili paip rosak. ;-)

Tekak sangat perit. Kaki macam biasa... sgt sejuk. Dah tak selera nak makan aku paksa juga sebab kena makan ubat. Cegah lebih baik dari merawat kan.

Sebelum makan ubat tengok suhu badan aku dulu. Dah 37.5°. Kalau 38° aku kena la g klinik.

Korang macam mana? Pasti ramai yang keletihan setelah melalui perjalanan yang panjang pulang ke kampung. Dengan cuaca yang sangat panas dan kadang2 tak menentu nasihat aku banyak2 minum air putih dan rehat secukupnya ya.

Badan kita ni bukannya mesin. Even kalau mesin pun rosak juga kan sesekali?

Aku draft entry ni sebelum tgh malam.. Tapi dah terlena sebelum publish pula. Hihi...

Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.

Ahad, 10 Februari 2013

Balik kampung!~

Assalamualaikum.

Tadi lepak umah mak kejap. Dari tengahari sampai petang.

Plan nak bawak akak cleaner tak jadi sebab aku adhoc je pegi umah mak tu. Sure berhabuk punya rumah mak sebab adik mana la ada masa nak menyapu tetiap hari.

Baju anak apa pun tak siap. Pagi tu bawak depa p sarapan lepas sarapan terus gerak Shah Alam.

Bukannya apa, kalau balik rumah singgah amik apa patut aku tau dah pasti aku akan keletihan dan langsung tak jadi pegi.

Mak mesti berharap kami mai. Tambah Fatin dan Rafiq dok sebut2 nak p jumpa tok dari hari Khamis lagi.

Doklah lepak2 kejap. Aku pun banyak terbaring je tak larat sgt. Anak2 yg banyak teman mak.

Dalam dok terbaring tu bersin berkali2 sudahnya terus selesema.

Maafkan Aida ya mak. Aida tak kuat macam selalu. Maaf sebab tak dapat teman mak lama2. Aida doakan mak sihat2 selalu ya.

Rindu mak selalu tau.

Assalamualaikum.

Yet still writing.

Assalamualaikum.

Takde apa nak tulis sebenarnya. Geng berborak semua pakat bizi kat kg tercinta.

Aku pun balik kg gak.

Padang Jawa!!!

Hihi.

Bila cinta diduga...

Assalamualaikum.

Hihi. Apa kaitan tatau. Tapi nak menyatakan pendapat peribadi.

Hal Shila Amzah dengan Sharnaaz Ahmad. Ye. Aku tau aku ni bukan sesiapa la. Bukan alim ulama. Nak memandai pulak komen hal orang.

Sukahati aku la. Blog aku. Korang tak suka, buat apa korang menebeng lagi kat sini?

Kita ada agama. Agama kata ibu bapa yang wajib kita taat. Sebelum kita kawin untuk orang perempuan. Memang betul kena dengar cakap mereka. Biar pun kita tak suka. Kita terpaksa meninggalkan org yg kita cinta. Even anak lelaki pun kena ceraikan isterinya kalau mak ayah tak suka.

Ha. Sampai macam tu sekalilah tahap kita kena taat pada ibu bapa ni.

Tapi bukanlah semudah hari ni mak suruh ceraikan isteri kita, terus jatuhkan talak. Salah.

Islam agama yang mudah dan tidak menzalimi sesiapa. Apatah lagi menganiayai kaum wanita. Kita perlulah bijak menggunakan sumber atau peluang yang ada berdekatan untuk membantu. Contohnya gunakan org lain utk pujuk ibu bapa kita.

Dalam kes mereka ni, Shila wajib taat. Tapi pendapat aku keluarga terdekat perlu juga bantu pasangan muda ni. Mereka nak berkahwin. Bukan nak buat dosa.

Yg bapaknya punya alasan pula tak logik. Tumpukan pada karier. Apa karier tu boleh bawa anak kau ke syurga ke?

Lainlah bapak dia cakap berlapik. Sebenarnya tak sukakan Sharnaaz sebab dia tak menepati ciri calon suami yang digariskan oleh agama ke. Wallauaklam. Takyah berlapik sangat la pada aku. Terus terang je biar keadaan clear.

Lama dan dah banyak aku dengar pasal bapak dia ni. Tapi biarlah dia kan. Hidup dia. Keluarga dia. Pandai2 lah nak atur.

Okes. Jumpa lagi nanti.

Peringatan...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Bertemu kita di pagi hari. Apa khabar sahabat-sahabat? Semoga sentiasa sihat dan.sejahtera di bawah rahmat Allah SWT. Amin.

Bagi keadaan diriku pula, macam biasalah. On and off. Ada masa ok dan ada masa ko. Tapi kalau dah ada entry ni kira ok la. Syukur....

Bercerita bab peringatan. Atau reminder. Sekerap manakan sahabat sekalian mendapat peringatan?

Tak kiralah dari siapa-siapa jua? Tapi sekerap mana?

Kalau aku ceritakan hal aku kepada yang terdekat, mereka akan percaya. Tetapi kepada yang berasa dekat, pasti akan timbul keraguan.

Jalan selamat. Aku berdiam diri.

Peringatan untuk aku datangnya bermusim. Tetapi masih berterusan sehingga kini.

Dahulu ketika aku masih muda remaja, aku sering mengabaikan segala yang aku terima. Aku anggap itu semua tidak benar.

Sehinggalah sampai satu peringatan yang membuat aku umpama tersedar dari mimpi. Lantas aku keluar dari dunia khayalanku. Dan mula hidup di dalam dunia realiti. Yang sebenar.

Selepas itu aku kembali lupa. Peringatan yang datang tidak pernah terhenti. Setiap kali lupa, aku diingatkan semula.

Yang terbaru aku adalah
'Sabar itu kunci kemanisan iman.'

Alhamdulillah. Semoga menjadi petunjuk dan panduan untuk sahabat juga.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikumi

Sabtu, 9 Februari 2013

Begitulah caranya ya..

Assalamualaikum..

Hebat orang yang punya kuasa ni ya.

Boleh tetapkan apa yang dia nak. Apa yang dia mahu.

Tapi...

Takde tapi. Hihi. Sebagai orang bawahan. Ikut aje ye.

Tak usah fikir apa yang kau mahu. Dah tentu jawapannya tidak.

Sedar diri la kan. Kat mana tempat kita kan. Bos kata hitam tu hitamlah maksudnya. Bos kata putih tu putihlah maksudnya.

Rasional kita bagi entah didengar entah tidak. Atau sekadar angin lalu je.

Sekadar luahan hati insan tiada power. Hihi.

Gembira!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Beberapa hari ni asyik dapat berita gembira. Sana sini sahabat selamat melahirkan.

Dapat menatap wajah kesayangan yg dirindui mmang sgt menggembirakan.

Pertama Farzana Alia baby kepada Nurzaimawati dan suami Mohd Fadzil. Cahaya mata yang dinanti selama 6 tahun. Segala puji bagi Allah.

Kedua Muhammad Latiffy. Nama belum pasti lagi tapi cahaya mata kedua buat Nurulhanis dan Solahuddin. Bestnya si kecil ini sudah seminggu lewat. Alhamdulillah mamanya boleh bersalin normal juga.

Petang tadi juga satu lagi kelahiran normal dan seorang lagi puteri buat sahabat zaman belajar maktab. Selamat berpantang ya Ratna. Tahniah atas kelahiran baby girl. Gambarnya takde lagi. Nanti ada aku post ok.

Assalamualaikum.

Jumaat, 8 Februari 2013

Kawan dekat, kawan jauh...

Assalamualaikum...

Hai semua. Maaf dua hari ni tak sihat sangat. Byk urusan tergendala lagi. Harap minggu ni dapat selesaikan semua la.

Nak cerita pasal pantun dua kerat dalam beberapa entri sebelum ini. Mungkin ada yg salah faham kot. Mungkin juga ada yang buat bahan ketawa juga. Alhamdulillah dapat menggembirakan korang.

Sebenarnya... Mmg ada la aku seumpama berperang dingin dengan beberapa orang kawan jauh di mata tapi percayalah semuanya sangat dekat di hati.

Yang pertama aku start berkawan tahun 2009. Semuanya berjalan lancar sehingga salah satu post aku di Facebook telah disalahertikan.

Puas aku memberi penjelasan untuk menjernihkan keadaan. Meminta maaf untuk kembali bersahabat seperti sebelumnya. Tetapi bila hati dah terluka, biarlah masa yang menentukan.

Yang kes satu lagi... Juga terlalu sukar utk aku jelaskan di sini. Tetapi sahabat tersebut telah membawa diri dan tiada lagi khabar berita darinya.

Sedihnya hati aku hanya Allah yang tahu. Betapa aku menyayangi dan sentiasa merindui kalian sehingga sering termimpi-mimpi.

Maafkan salah silap aku ya sahabat. Halalkan setiap pemberian. Semoga hidup kalian sentiasa dirahmati Allah.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

P/s: Sekadar gambar hiasan. Dirakamkan pada tahun 2009. Sahabat ini namanya Shirley Clement. Dia jauh nun di Sarawak tapi kami kekal berhubung hingga kini. Sahabat untuk selamanya ya dik.

Rabu, 6 Februari 2013

Setengah Jam

Assalamualaikum.

Apa khabar korang hari ni? Harap sihat2 selalu.

Aku macam biasa la. Fatigue. Gagahkan juga demi tugas. Selagi termampu.

Nak cerita pasal minah tecik Cik Fatin. Setiap hari akan mandi dulu di sekolah sebelum bersiap utk ke sekolah agama pula.

Sesi sekolah agama bermula dari jam 2.30 hingga 5.00 petang.

Fatin ni jenis tak tahan panas. So setiap hari dia akan mandi selama 20-25 minit dan ambil masa 5-10 minit untuk bersiap.

Basically setengah jam la dia nak bersiap. Kadang2 dia mandi sebelum makan dan ada masanya dia makan nasi sebelum mandi. Ikut mood dia la.

Peralatan mandian dan baju sekolah agama semua aku dah sediakan di bilik persalinan. Lepas mandi terus pakai je la.

So dalam tak larat aku gagahkan juga sampai dia g skolah agama. Mujur dia suka pegi awal sebab nak duduk depan. Jam dua dah sampai sekolah agama.

Ni nak cerita sikit la masa zaman aku sekolah dulu. Aku sangat serik. Sebab kepenatan. Balik sekolah kebangsaan sampai rumah dah 1.30. Rehat sekejap kena g sekolag agama pula. Sangat penat. Sebab jalan kaki adalah transport aku.

Sampai niat dalam hati. Esok aku ada anak tak nak bagi anak aku sekolah agama.

Tapi itu dulu.

Walau sekarang sangat kasihan tgk Fatin kepenatan... Aku rasa dia tidak seletih aku dahulu. Pergi dan pulangnya berjemput. Pergerakannya pula hanya di sekolah.

Sedang aku dulu berjalan kaki di bawah terik mentari. Dua kali pergi dua kali balik. Walau tak sampai dua kilometer...

Dan yang paling penting... Ilmu yg disampaikan di sekolah agama lebih mendalam dan sangat penting untuk kita semua.

Dah la ye. Dah penat. Thanks sudi baca.

Assalamualaikum.

Perlu ke?

Assalamualaikum...

Perlu ke aku suarakan apa yang aku rasa sekarang kat blog ni?

Tak perlu kot.

Haha.

Perlu ke? Tak perlu kot?

Tu ayat berlapik.

Allahurabbi. Nanti orang akan kata aku menunjuk baik pula di blog ini.

No no no. Ini bukan kaedah nak menunjuk baik ya. Saja je.

Since aku suka menulis dan terasa terbatas sangat nak menulis kini.

Kenapa ya?

Bila aku karang-karang cerita sudahnya dituduh semua kisah hidup aku sendiri.

Bila aku privatekan blog. Tertanya-tanya pula.

Antara soalan-soalannya...
1. Mana blog kau ya?
2. Kenapa aku cari tak jumpa?
3. Dulu akak ada blog kan?
4. Kau dah tutup blog kau ya?

Antara jawapan aku pula...
1. Tatau apa jadi.
2. Tak lalu buka laptop. Nak muntahhhh.
3. Blog tutup untuk renovation.

Hakikatnya....
Memang aku niat nak buat major renovation. Dan aku mmg tak larat sgt nak on laptop. Dan aku tatau apa jadi since ada glinch sikit kat phone ni.

Alah. Lagi pun bukan penting pun. Hidup kan mesti terus. Ada ke takde ke kan sama je.

Ada pun boleh sumbangkan apa?

Maaflah kalau sepanjang ketiadaan itu telah menyusahkan korang.

Ya udah. Merapu je malam2.

Bismikallahummaahyawaamut.. Amin.

Assalamualaikum

*gambar hiasan - my leng lui...

Selasa, 5 Februari 2013

Urut!

Assalamualaikum..

Alkisah tadi meneman si hero buat homework. Udah Jumaat lepas dia ikut aku g keje maka banyak jugalah homeworknya.

Tak siap2 sedangkan aku tggu dia buat dari jam 8.

Siap ulang g toilet 4-5 kali. Pastu dia dah lenguh2 badan siap minta aku urut.

Not really urut la. Aku mana la pandai. Boh minyak urut tu baunya wangi. Gosok2 sikit jadilah.

Dan aku terdengar mulut dok ngomel, "aduh sedapnyaaaa!". Hihi. Telakar la adik ni.

Siap dah homeworknya. Dia pun dah selamat lena. Tapi aku??

Hihi. Assalamualaikum.

Isnin, 4 Februari 2013

Come back ke go back?

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? harap2 sihat2 lah selalu ya. Kalau sakit jangan lupa makan ubat. Jangan jadi seperti aku. Antibiotik tak perah habis. Hihi. So penyelesaian, takyah makan dari awal.

So, macam banyak je benda nak cerita kan?

Event paling besar rasanya tahun ni dah tentu la Cik Fatin masuk sekolah kan. Kiranya dah selama 7 tahun aku kerja kat situ. Sebab bulan lapan tahun yang sama, aku lahirkan minah cembeng tu. Hihi.

Terasa cam terdaya nak menaip dah. Terasa macam nak bercerita dah. Fedulik la hangpa nak baca ke tak mau. Fedulik la korang tak suka ke apa aku nak taip.

Tak suka p main jauh2. Aku pun tak suka juga kalau korang tak suka.

Ya udah. Mau tengok gambar dulu ya. Ni sambil2 buat kerja. Banyak dah tertangguh since nak tengok laptop pun cam nak muntahhhhhh...

Hihi. Sampai jumpa. Assalamualaikum.


Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails