Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 28 April 2014

Bubur Keledek & Sagu @ Pengat Keledek Sagu

Bahan2

3 biji keledek merah
2 biji ubi jepun

(Kedua2 bahan ini dibuang kulit dan dipotong dadu)

400ml santan
200ml air
1 sudu teh garam halus
1 senduk gula pasir
1 biji gula melaka (saiz kecil) - dihancurkan
Dua helai daun pandan - disimpulkan
1 sudu besar biji sagu - dibasuh dan ketepikan

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali sagu ke dalam periuk. Didihkan.
2. Apabila mendidih kecilkan api dan masukkan sagu.
3. Kacau sekejap2. Jika kuah memekat bolehlah ditambah secawan air. Pastikan mendidih dahulu barulah ditutupkan api.
4. Sedia dihidangkan.

Ahad, 27 April 2014

Tidur kat sekolah.

Assalamualaikum.

Semalam kami anak beranak tidur kat sekolah. Ber'hangkut' lah aku tilam bantal dan anak2ku yang bertiga. Hihi.

Nak buat macam mana kan. Dah arahan. Tak pergi nanti nak 'charge' ingkar arahan pula. Lagi pun aku suka je. Almaklum dah berapa lama tak 'overnight' kat sekolah.

Lena je depa tidur. Kena pula budak2 yang aku jaga baik2 dan mendengar kata.

Macam biasa malam pertama perkhemahan. Mata sukar dilelapkan. Hihi. Guna ugutan yang agak drastik sedikit terus sunyi sepi. Sekali sekala bunyi rengekan Firuz sibuk nak ngempeng tak puas susu je.

Sikit je gambarnya. Kasihan pula nak guna 'flash' banyak2 kali.

Khamis, 24 April 2014

Jabs for 7 year old

Selasa, 22 April 2014

Akhiri Penantianku by Aliff Satar

Resah hati ku
Selalunya ada
Fikirkan kamu
Setiap waktu kutenang jiwa kubila kau di sisi
Dalam dakapan mu buat ku mati
Hooooooo~

Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu

Jauhhh
Ku berharap
Kembali kau pada ku
Akhiri penantian ku

Tak mampunya akuBila kau tiada
Gelap hariku
Sepi hidup ku
Lemah langkah ku
Mendengar suara mu
Laju jantung ku bila menyentuh mu
Wooo~

Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu

Jauh
Ku berharap
Kembali kepada ku
Akhiri penantian ku
Hooooo~oooo~hoooo

Jauhhhh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu

Jauh
Ku berharap
Kembali kau pada ku
Akhiri penantian ku

Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu

Jauh
Ku berharap
Kembali kau pada ku
Akhiri penantian ku

Rajuk

Malam ini.
Tersentap. Tersentuh.
Hati kecilku.

Tidak kusangka.
Akan terjadi demikian.
Puas kusabarkan hati.

Tekadku.
Berdiam diri.
Tidak sampai 2 jam.
Aku sendiri yang rindu.

Allah tabahkan hatiku.
Meneruskan berdiam diri.
Sebagai pengajaran padanya.
Yang leka alpa sehingga terlupa.

Amin.

Khamis, 17 April 2014

Bila kesayangan kena gigit.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua. Harap semua sihat. Maaf lama tak update. Macam tulah aku. Bermusim dalam ngapdate ni. Apa pun tq sebab korang masih sudi singgah jengah dan baca juga entri kat sini.

Kisah pagi Isnin lepas. Ku kejutkan Fatin Rafiq untuk mandi. Fatin terus turun katil semmntara Rafiq yang sudah terjaga mengadu sakit perut. Kemudian selang 5 minit dia mengadu sakit perut lagi.

Dan akhirnya Rafiq muntah atas tilam. Ok aku putuskan dia tak perlu ke sekolah. Mungkin ada salah makan atau apa. Sambil dalam hati fikir Firuz tak payah hantar pun ok. Tapi sebab nak jaga org sakit, nanti tak terjaga pula. Maka Firuz ke rumah pengasuh. Fatin tetap ke sekolah macam biasa.

So bawak Rafiq ke klinik. Singgah kedai sarapan. Muntah lagi kat kedai. Balik umah rehat. Bila sampai masa pergilah aku jemput Firuz dulu.

Ambil saja tecik tu mesti sibuk nak ngempeng. Terus pusingkan dan susukan. Dengar Rafiq tanya, "apa tu Mi? Merah2 kat kaki adik." Aku buat tak dengar saja sebab tgh susukan. Fikirku nanti saja.

Terus drive ke sekolah agama untuk jemput Fatin pula. Masa menunggu kat sekolah agama ni baru aku perasan. Ada kesan gigitan. Masih baru sebab membengkak kaki kiri Firuz. Terus ku ambil gambar dan wassep pengasuh.

Nak jadi cerita pengasuh tak tau apa yg berlaku. Terus ku berpatah balik menunjukkan tanda itu padanya. Katanya memang tak tahu dan tak perasan bila terjadi.

So aku tak marah pun mama pengasuh Firuz tu. Magis pula rasanya. Aku pulang dengan hati sebal je la. Wondering how it happened. Kemudian terus singgah umah adik ipar aku sebab mertua aku ada kat sini. Udah berbakul2 pula telinga aku dengar bebelan dia. Marah2. Ye lah. Siapa yg tak sayangkan cucu kan?

Nak tak nak terpaksa tunjuk Krz juga dan dia sgt marah, bengang, bengkek dan seumpamanya. Diambilnya gambar dan post kat fb beliau.

Faham2 lah kat fb. Kawan2. Kena pula yang biasa tengok gambar3 gelagat Firuz. Mestilah tumpang marah dengan apa yang berlaku.

Dan Krz pula rakan2 fb kebanyakannya anak2 murid dalam kejiranan kawasan rumah pengasuh jua, maka segala cerita tersebar.

Sudahnya mama pengasuhnya merajuk. Puas juga ku pujuk tak berjaya.

Akhirnya petang Rabu aku pun g la jumpa face to face. Kesimpulan aku, jiran2 dia batu api. Dan depa saksi kejadian. Tapi tak mengaku.

Dah la. Malas nak cakap lagi. Sebab tadi dah terberhenti lama.

Ok bye.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails