Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Anak2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak2. Papar semua catatan

Ahad, 10 Disember 2017

Kronologi kelahiran baby love! ~ Aisya Binti Khairul Rizal

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Lama tak hapdet kan. Bukan busy tapi tak larat. Hihi. Kena banyak rehat.
Baik. Nak ceritakan kronologi kelahiran Baby Love. Kenapa Baby Love? Sebab masa taip ni ayahnya belum daftar nama. Hihi.

Sabtu - 26 September 2015
Pagi tu aku ada rasa contraction yang agak kuat dan kerap. Selang 5 minit. Tapi tiada sakit pinggang atau belakang. Hanya di bahagian perut sahaja. Jadi aku tau itu bukan contraction untuk melahirkan. Rileks sahajalah.

So masa ni, tengah musim jerebu. Bacaan tengahari Sabtu sangat2 tinggi, kerajaan umum Isnin 28 September, semua sekolah dicutikan. Yeayyy.

Ahad - 27 September 2015
Contraction ada tapi hanya sekejap2 tanpa selang masa yang tetap. Turun tanda darah, tapi sebab sedikit aku tidak mahu terus ke hospital. Ada beberapa barangan bayi yang perlu dibeli. Antaranya set pengurusan uri, bedung, balm untuk bayi dan beberapa barangan untuk aku.

Lepas sarapan, terus ke Shah Alam. Mula2 ke butik Tateh beli barang baby, beli mask jerebu Fatin Rafiq, Firuz. Then rumah mak amik decoder astro. Abg Atan suruh aku guna masa cuti pantang kat rumah. Pastu lunch kat Pelita Padang Jawa.

Sebelum balik bawak Fatin Rafiq main kasut roda kat Extreme Park. Dapatlah main sejam sambil aku rasa dah tak larat nak tunggu, aku panggil semua ajak balik.

So aku tanya Krz, nak balik rumah atau terus ke HSB? Dia kata g check in dulu, kalau kena tahan, dia call adik dia suruh ambil anak2.

6.30 pm

Check in HSB. Ctg. Check bukaan. Dah 3 cm. So memang tak boleh balik.
Aku keluar dan maklumkan Krz. Suruh adik dia pick up FaRaFi.

*berdasarkan pengalaman bersalinkan Firuz, masuk 6.30pm, daftar tukar baju bla bla bla...ctg sampai 7.20pm, check bukaan dah 5cm dari 3cm masa ctg. 9.30pm dan bersalin. Punyalah cepat.

Tapi kes kali ini contraction sgt kurang. Selang masa 4 jam depa buat ctg. Resultnya baby asyik tidur. Sebab tu kurang pergerakan dan contraction. Aku memang kurang sakit. Sikit2 je. Perangai aku pulak, sakit ku tahan. Memang la rileks sahaja.

Malam itu bermalam di wad bersalin. Tapi aku tak boleh tidur. Lapar pun iya. Minta izin keluar nak g makan. Belum separuh jalan dah kena tahan dengan security. Aku takleh g jauh. Last2 Krz g belikan makanan. Aku tunggu je la.

Krz melintas g gerai tepi jalan depan spital belikan aku mee goreng dan sedikit roti. Makan dengan lahapnya, tapi perasan Krz tak makan aku tinggalkan mee separuh untuk dia. Sure kalut tak mau aku tunggu lama dia beli untuk aku je la tu.

10.30 malam
Ctg lagi sekali. Result yang sama. Baby tidur. Jadi tiada contraction. Aku dah letih sangat-sangat. Lenguh satu badan. Merayu kat nurse minta satu katil. Sebab biasa memang aku banyak rehat dan baring. Last2 nurse setuju bagi satu katil. Aku keluar inform Krz yang aku dah tak larat nak berjaga, nak tidur saja dan pesan suruh dia tidur rehat juga. Apa2 nanti misi akan panggil.

Satu lagi sebab tak boleh tidur ada seorang wanita antarabangsa (tak pasti bangsa apa, macam Rohingya ja sebab sekali sekala dok ucap kalimah tauhid), meraung2 merungut2 tak berhenti. Kita yang cool, rileks, tenang ni jadi nak marah je tengok dia. Dah la tak faham apa org cakap. Geram tau.

Terfikir macam mana nak tidur kalau dia non stop being fussy request itu ini dalam bahasa yang sukar difahami, plus kesian family jauh, aku pun tanya dia. "Muslim?". Dia angguk. Aku bantai je cakap bahasa melayu. "Jangan menjerit, merungut. Tak elok. Cuba ikut saya baca." Aku pun start baca "Hasbunallaha..." sambil tunggu suruh dia ikut, bila dia dah ikut aku sambung "wanikmal wakeel". Ku ulang2 sampai dia boleh sebut. Benda baru belajar kan. Bila dia sakit, dia termerungut2, aku sama2 baca dengan dia. Harap2 dia tenang la sikit, semacam aku tenang masa lafaz kalimah tu.

Tau2 dalam pukul 2 dia dah takde, dah selamat masuk labour room. Tapi satu aku puji, dia kuat sangat. Masa dia tak sakit, berjalan habis. Ulang alik ke sana sini. Aku??? Manja. Manja sangat rasanya. Rasa nak baring je kan. Nak buat macam mana kan. Dah gitu settingnya dek Krz. Hihi.

28 September 2015
2.30 pagi

Ctg lagi. Result tak cantik. Baby still tidur. Sampai jam 4.30 mesin terpasang kat perut aku. Tak lena tidur juga. Tapi mujur boleh baring.

6.30 pagi
Bangun dari perbaringan. Solat subuh. Mandi. Tukar baju. Jam 7 sarapan. Lega dah dapat makanan so keluar bgtau Krz dia boleh balik kejap untuk mandi dan urus diri.

8.30 pagi
Ctg lagi. Sama result. Baby is sleeping. No contraction.

9.00 pagi
Doktor check lagi bukaan rahim. Dah 4cm. Tapi rahim masih tinggi. Kemudian aku disuruh tunggu lagi.

Dalam dok menunggu, penat duduk aku pun meronda2 sekitar kawasan, tetiba misi panggil dapat katil kat bilik menunggu. Alhamdulillah, memang pucuk dicita ulam mendatang. Sebab aku memang tak larat sangat2 dah nak duduk tunggu. Nak baringggg.

Ramainya yang kat situ, semua menanti masa nak melahirkan, tapi masi belum sampai2 lagi. Sama macam aku. Hihihi.

10.00 pagi
Ctg lagi. Naik bosan weh. Sebab ulang benda sama dan keputusan yang sama. Baby Love masih tidur. Tapi demi keselamatan baby, ku turutkan jua.

Aku berkira-kira kalau lambat lagi nak balik rumah dahulu. Sebab letih menunggu sebenarnya. Plus, rindu kat anak2 terutamanya si manja Firuz. Tunggu next checkup.

11.30 pagi
Check lagi bukaan rahim. 5 cm. Memang aku tak boleh balik, sebab makin lama, makin meningkat bacaannya.

Tapi Baby Love asyik tidur. Camana ek. Naik serram jugak membayangkan kalau takleh deliver normal.

*Ctg check bukaan berulang2 sampai lebih kurang 4.30 petang aku dipanggil semula..

Sempat jumpa Krz  dengan kawannya Nor Johari kat luar kecemasan, anaknya tak sihat. Nor Johari tanya bukaan dah berapa cm. Aku jawab 7cm dia macam tak percaya tengok aku rileks je boleh berjalan keluar wad. Bukan berlagak ke hape, memang tak sakit, contraction macam takde je. Baby Love asyik tidur. Tak sempat habis sembang, guard melambai2 aku dari pintu depan wad bersalin. Ciss. Baru nak lepak lama2. Hihi.

Ha, kali ni memang aku terus dibawa masuk ke labour room. Debor weh walau dah kali ke 4.

Ramainya mengadap, malu sangat. Doktor pelatih lelaki 3 orang kot. Tapi dalam pada tu sempat ku terfikir, kalau deme2 ni tak diberi training, macam mana nak mahir. Ketepikan malu tu. Lagi pun berapa banyak dah depa hadap sehari, takkan depa ingat yang ni macam mana, yang tu macam mana. Semua kerana kerja. Kerana Allah hopefully, in their heart.

Discuss mende ntah depan tu. Aku sambil goyang kaki je. :-P Bukan senang hati tapi misi pesan nak bagi baby jaga. Mesin ctg still attached to my belly.

Last2 mari doktor, "Puan, saya nak masukkan tiub untuk buang semua urin you." Erk???? Macam first time je kena ni. Sure sakittttt. Doc kata lepas tu baru kita tengok nak kena macam mana. Ke dia cakap apa ntah masa tu, debaran agak kuat sebab cara dia cakap tu macam kemungkinan nak kena operate.

Elok masuk tiub tu, semua doctor pun blah. Tinggal aku dengan misi seorang tengah tulis2 mende ntah di hujung sana. Tiba2 adrenalin bagai disuntik. Contractions pun bermula. Aku tau la masa nak melahirkan makin dekat. Sebab hampir 24 jam kat wad menunggu, tak rasa pun macam ni. Selang masa dari 20 minit ke 15 minit ke 10 minit ke 5 minit. Sambil aku dok zikir.

Lama juga aku dok tahan sambil zikir dan buat latihan pernafasan bagai. Last dah dekat jam 7 baru misi nak pandang aku. "Puan sakit ke?" "Ya." "La, kenapa tak beritahu?" Sempat sound aku pulak.

Cepat2 dia panggil doctor dan misi2 yang lain. Krz pun sama dah dipanggil. Its about time. Baby Love is coming out very soon.

Tepat jam 7.27 minit malam, azan maghrib, Baby Love pun selamat dilahirkan. Depa ambil baby proses aku dan baby sampai siap, letak atas dada, tinggal aku dengan Krz  dalam labour room tu sebab tengah tukar shift. Aku rasa agak lama juga. Mujur ada KRZ. Dialah jadi pembantu aku yang tengah lencun tak selesa itu ini, ubahkan anak kejap.

Rasa memang lama juga, sebab aku masuk wad dah jam 9 malam. Alhamdulillah selesai juga. Rezeki kedua2 kali masuk HSB dapat kelas 2. Masa Firuz sebab masa raya. Masa Aisya pula cuti jerebu. Sebab selalu dengar kompelin wad penuh.

Dan Baby Love tak banyak hal, tidur, bangun susu, tidur. Dan penakut. tak mau duduk dlm bekas dia. Jenuh la dik, mak hang asyik kena g toilet, hang keje nak berkepit. So bila nak g toilet tu dia terbangun agak susah la jugak. Cabaran aku dan baby macam tu la, setiap kali pun. Rezeki masing2 kan. Ada org baby tidur jeee. Hihihi.

Masuk bilik tu seorang. Jam 3 pagi baru masuk seorang lagi, jadilah buat teman.

Esok pagi lepas buat segala ujian, Baby Love dah siap berak kencing, dalam jam 10, doc kata kami boleh balik, Yabedabeduuuuu. Tak sabar nak bawa adik jumpa abng kakak2 kat rumah.

Tengahari tu, lepas uruskan hal checking out, perjalanan Aisya Binti Khairul Rizal pun bermula. Semoga jadi anak solehah, diteguhkan imannya ya sayang.

Jom tengok gambar kali pertama Baby Love.

 Your very first photo.

 You very first video.

 Your very first daylight experience.

 Your very first time in our family car.

Your very first time lying in our house.
 Your very first time you met your brother.

 Your very first time beloved sisters held you.

 Your very first cry at home.

Maaf dik, selepas dua tahun baru ummi dapat siapkan artikel ni. Better late than never ya!

Terima kasih semua kerana sudi baca. Maaf salah silap ya.

Sampai jumpa.

Wassalam.

Aida Omer

Isnin, 3 Ogos 2015

Mandi Laut di Pantai Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum.

Ini cerita Sabtu lepas. Kisah lepas perjumpaan dan perbincangan adik beradik. Anak2 menuntut nak g mandi laut.

Cadang2 nak g mandi Morib je. Tapi entah kenapa melanjut ke Bagan Lalang.

Alhamdulillah rezeki kami. Air pasang jadi duduk tepi pantai saja. Boleh dok arah2 anak2 itu ini.

Kami yang tua2 ni tak mandi. Leceh la nak bersalin pakaian bagai. Firuz pun tak. Sekadar main pasir je.

Best tengok budak2 main. Memang rasa nak join sgt tapi kurang rajin nanti nak bersiap2. Hihi.

Jom tengok  gambar.

Ahad, 2 Ogos 2015

Dua beradik perempuan.

Alkisah dua beradik ini. Kalau bermain. Bersungguh-sungguh sangat kedua2nya. Kakak tu walau pun tidak terdaya nak mengangkat dan mendukung, digagaghkannya jua demi adik tersayang.

Kalau dengan Rafiq, Firuz suka marah2. Seolah2 macam tak sukakan abangnya itu.

Baca ini wahai anak2 ummi. Apa2 pun yang berlaku, susah senang sekali pun jangan anak2 ummi adik beradik seibu sebapa nak berpecah. Putus saudara.

Bersabar banyak2. Istighfar. Ingat Allah. Sentiasa baik sangka dan berdoa antara satu sama lain.

Ummi ayah sgt sygkan kamu semua ok.

Rabu, 22 Julai 2015

2 tahun sudah berlalu..

Assalamualaikum.

Hari ini sudah masuk Rabu bersamaan 6 Syawal. Baru teringat 4 Syawal lepas adalah ulangtahun kelahiran Firuz memgikut kalendar hijriah.

Happy birthday buat anak yang baik.

Perkembangan adik di usia 2 tahun ini, sangat banyak idea. Suka mengajuk. Pandai berlakon terutama jadi baby. Boleh tengok gambar kat bawah. Hihi.

Suka mengamuk sukar dipujuk jika melibatkan tiga perkara.
1. Mengantuk.
2. Panas.
3. Lapar.

Firuz juga sangat suka bersaing dengan Rafiq. Rafiq kuat mengusik. Firuz suka menangis menjerit bila kena usik. Kalau Firuz tidak mahu makan atau minum yang telah tersedia untuknya, aku akan pura2 nak bagi pada Rafiq. Cepat2 dia buka mulut. Hihi.

Firuz juga sangat berharap pada Fatin. Kemana2 mulutnya suka memanggil akak. Kuat2. Kakaknya juga lebih pandai mengasuh, lebih boleh diharap. Alhamdulillah. Walau sesekali Fatin akan mengusik dan kena marah kerana terlupakan adik.

Walau bagaimanapun... aku tau mereka saling sayang menyayang sebab kalau takde salah sorang pasti mencari.

Sekian saja update. Sementara rajin. Salam sayang buat semua. Jaga diri hiasi peribadi.

Wassalam.

Khamis, 11 Jun 2015

Percutian dalam hutan. Hihi.

Assalamualaikum.

Cuti pertengahan tahun ini kami tidaklah sebenarnya bercuti kemana2. Sekadar menumpang di 'apartment' Pusat Kokurikulum Negeri Selangor.

Alhamdulillah anak2 berpuas hati sebab ada kolam renang saiz olimpik. Hihi. Depa nnk main je.

Yang menghalang adalah makanan la. Susah sikit nak dapat sebab tender makanan ikut program. Dan org yang tak ikut program takkan nak makan sekali kan? Tak patut... Tak patut...

Ya udah jom tengok gambar.

Rabu, 17 Disember 2014

Adik dengan tokk..

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Lama benar rasanya tak mencatat apa-apa kat sini. Rinduuuu sangat.

Alhamdulillah. Aku dan anak2 sihat2.

Minggu ini nak train Firuz duduk taska sementelah mama pengasuhnya dah berhenti mengasuh. Pencen katanya. Ada masalah kesihatan. Kena selalu balik kampung dan macam-macam lagi alasannya. Nak tak nak kena terima keputusan dia. So carikan taska berdekatan tempat kerja. Senang nak tengok kalau ada apa2.

Sempena cuti sekolah ni, memang kami banyak melepak rumah mak. Tapi taklah terus duduk sana sebab ada aje urusan kerja. So setiap Jumaat kami dah tercongok kat Padang Jawa. Isnin petang atau malam baru kami beransur pulang.

So nak cerita adik Firuz punya touching dengan tok Peah. Memang lain sikit. Dia sangat rapat dan boleh ngam dengan mak. Aku tak ajar manja atau bodek pun. Tapi memang dia sgt mesra dengan mak. Sampai malam2 pun p cari lagi even mak dah tidur.

Tak faham kalau dengan mak Krz nape macam susah sangat nak ngam. Padahal selalu aje bawa jumpa. Padahal Tok Siti la yang menjaga dalam pantang. Sampai mak Krz sentap juga kadang2. Hihi. Nak buat macam mana, anak yang tak nak. Bukan aku ajar pun.

So kat bawah ni aku kongsikan sikit gambar2 sepanjang berada kat rumah mak. Maaf la lama tak update. Kat fon je boleh update sbb dah lupa paswed nak buka kat laptop. :-P

Sampai jumpa lagi. Jaga diri hiasi peribadi. Assalamualaikum. Mmuuahhh!

Sabtu, 30 Ogos 2014

Sayang adik.

Suatu hari aku bawa anak2 berjalan2.

Sambil aku mendukung Firuz, aku membelek2 tv sumsang 40inci dgn harga 1299, Fatin Rafiq duduk tengok cerita yang ditayangkan.

Firuz pun nak juga tau. Terus kuletakkan di antara Fatin dan Rafiq. Punyalah dia suka. Hihi. Macam reti je. Ping karanggg.

Yang aku nak cerita tu dalam gambar last sekali. masing2 takut kaki adik kotor maka pakat bagi seorang sebelah. Hihi. 

Sayang adik ya?

Ahad, 22 Disember 2013

Balik kampung

Pertama kali Fatin Rafiq dapat balik kampung sebelah arwah abah. Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan. Pasti mereka seronok. Aku pun dah berapa tahun tak balik. Last masa aku kat maktab kot. Punyalah lama. Dah 10 tahun lebih tu. Lamanyaa.

Terima kasih abg Atan sudi nak bawa balik anak2 Aida.

Gambar kat bawah tu sebelum abg Atan bawa mereka la. Rafiq tak ada mood sebab baru bangun tidur.

Seingat aku masa aku balik zaman sekolah dulu ada orang2 tua di sana pasti mengetahui aku anak siapa bila lihat wajahku. Ini anak Umaq.

Memang iras pun. Wajah aku dengan arwah abah. So korang boleh tengok. Sama ke tidak, dengan kedua ibu bapa kesayanganku. Semasa baru mendirikan rumah tangga. Serius rindu. Tak kisah aku muka siapa pun. Yang penting aku anak mak abah.

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agung, kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku kecil. Amin.

Rabu, 18 Disember 2013

Bosannya cuti sekolah!

Suatu hari anak2 sudah bosan main permainan lalu minta aku berikan sesuatu yang lain.

Akhirnya aku berikan buku mewarna.

Oklah tu. Lain dari yang lain kan.

Tarikh gambar 11.12.13

Ops. Tarikh itu Firuz genap 4 bulan.

Dia dah mula nak meniarap. Still tak boleh. Kepala berat. Hihi.

Gambar adik nak jatuh katil tu, sebab dia mengundur. Meniarap pun tak lepas lagi tapi mengundur yang lebih. Hihi.

Jom tengok video adik angkat kepala lepas meniarap. Klik sini.

Sabtu, 9 November 2013

Komik

Ahad, 20 Oktober 2013

Bukti.

Assalamualaikum.

Gambar kat bawah sekali ni, bukti aku basuhkan kasut sekolah anak2. Bukan tunjuk kat korang, tapi anak2 ummi, Fatin dan Rafiq, inilah buktinya.

Setiap hari nak pakai kasut bersih. Tapi tak pandai nak jaga kebersihan kasut. Rafiq ok sikit sebab tadikanya kecil.

Yang kasut Fatin tu, Allahu. Sengaja aku tunjuk sebelah yang aku dah sental. Komen aku pada Fatin, belacan pun lagi comey dari kasut hang.

Pada kesempatan ini juga aku nak merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat mak tersayang basuhkan kasut Aida dulu. Tak ingat sejak bila mula basuh kasut sendiri tapi sebelum tu mesti mak yang uruskan. Terima kasih, mak. Lebbiu. Mmuuahhs. ♥♥♥

Rabu, 16 Oktober 2013

Cuti dan dicutikan.

Fatin Rafiq dicutikan hari ni. So kerjanya buat sepah. Tumpahkan makanan. Bergaduh. Menangis. Dan yang seumpamanyalah. Hihi. Inilah gambar depa pagi ni. Melukis sambil tengok tv.

Khamis, 15 Ogos 2013

Kronologi Baby Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Since last update, hari ni masuk hari ke 5 aku dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.68kg di Hospital Sg. Buloh pada jam 9.36 malam.

So memang sejak 2 3 minggu akhir kehamilan aku susah nak lelap sebab panas. Kalau terlelap pun bila bangun baju akan basah sebab peluh. Minum air jangan cakap la. Berbotol2 sehari.

Jadi memang tak berani nak makan durian. Sebab takut memburukkan lagi keadaan. Pada hati yang sama (11.08.2013) lebih kurang jam 3.50 pagi aku terjaga kerana terasa kontraksi yang agak kuat. Sakitnya selama 5 minit berselang 30 minit. Jadi aku tahu masa untuk melahirkan semakin hampir. Ku tabahkan hati sambil berdoa tanpa henti. Semoga dipermudahkan.

Lepas subuh aku terlena dan terjaga semula jam 9 pagi kontraksi masih lagi terasa pada selang masa setengah jam. Bila sakit aku tak mampu buat apa2. Tengah berjalan terpaksa berhenti dan berpaut pada apa2.

Tengahari makan dirumah. Since bulan puasa mmg aku dah tak lalu lauk kedai kan. Lepas lunch aku rehat2 lagi sampai selang masa semakin berkurangan.

Aku teringatkan idaman aku malam tadi. Durian. G cari jugalah untuk hilangkan teringin. Plus nanti dalam pantang takleh makan dan lepas pantang mungkin musim dah habis.

Dapat yg paling sedap dijual di situ sekilo rm10. Sebiji ada 3 atau 4 ulas je. So aku makan 3 biji. Hihi. Memang puas. Sebab sedap sangat.

So balik makan durian aku singgah umah adik sebab pakcu dan makcu mai beraya. Asalnya nak dtg umah aku. Udah aku g makan deriyan. Depa singgah mana ada la kan.

So kat situ dah jam 6. Kontraksi berselang 5 minit. Maka aku tahu aku harus segera ke hospital.

Sampai di hospital jam 7, lepas selesai pendaftaran, terus depa check jantung baby. Result ok dan bukaan rahim aku dah 3cm. Itu pada jam 8.30 malam.

Aku diarahkan ke bilik kedua. Kali ni pemeriksaan dijalankan oleh doktor kerana melihat aku mengalami kontraksi yang kuat dan berterusan. Bukaan rahim sudah 6cm jam 9.00 malam. Doktor kata aku kena terus masuk labour room.

Cakap je terus tapi menunggunya lama juga. Banyak prosedur. Paling aku pelik depa amik juga darah aku dan masukkan jarum tu. Sakit sangat sebab buat tergesa2 dan aku dalam keadaan kontraksi yg tak berhenti.

9.20 baru masuk labour room dan aku dah tak dengar dan faham apa2 depa cakap. Katanya suami puan tak nak masuk ke nak masuk pun aku ha aje. Sebab dah terasa sangat sampai
saat nak melahirkan.

Aku cuma macam pelik la waktu tu tengok depa rileks je. Padahal aku dah sakit sgt2. Bila dah tenang cam gini baru terfikir apasal pulak depa nak panik kan. Aku yang nak beranak. Tugas depa sambut baby dan uruskan mmna patut je. Hihi.

Aku merepek apa waktu tu sampai misi gelak2 aku pun tatau. Adalah tu yg depa tya tapi aku jawab lebih kurang je. Yg aku tau aku tak habis2 baca hasbunallaha wanikmalwakiil wa alallahu tawakkaltu.

Sungguh aku lupa dan tak tahu apa aku buat masa tu. Masa meneran jm cakap puan jangan angkat punggung. Nanti koyak banyak. Pelik sebab aku rasa punggung aku masih atas tilam tak empuk depa tu. Hihi. Lawak. Lawak.

Jam 9.36 malam. Keluarlah puteri kedua. Aku nampak baby tu masa keluar. Warna kulit dia. Dan sungguh perasaan bila keluar baby tu. Perasaan masa bersalin tu, hanya yang merasa je tau perasaannya.

Aku tak ambil apa2 ubat. Untuk cepatkan sakit bersalin ke atau bagi tak rasa sakit ke. Selagi boleh aku minimumkan pengambilan ubat. Ubat2 semuanya bersifat sementara menghilangkan sakit bukan menyembuhkan sakit tu.

Baby diletakkan atas dada lebih kurang 5 minit. Sambil depa keluarkan uri pula. Bila keluar uri tu lagi satu kelegaan yang tak boleh nak diceritakan. Lega selega leganyalah.

Baby dibersihkan dipakaikan baju. Aku pula dijahit. Apa sangat sakit dijahit tu kalau nak banding masa nak bersalin tadi.

So aku dimasukkan dalam wad. Sbb ada gl dan murah rezeki kali ni dapatlah masuk second class instead of 3rd class. Sebilik berempat.

Biasakan hsb tu takde kelas2 dah. Asal ada kosong je sumbatnya.

Tamatlah sudah kisah beranakkan anak baru setelah hampir 6 tahun jaraknya dan sebenarnya petang raya pertama aku dah turun tanda darah. Tapi sebab masih belum sakit aku disuruh pulang saja ke rumah keesokan harinya iaitu hari raya kedua. Hati raya ketiga sempat pula bawa anak2 g jalan2 ou. Makan sotong ring dsb nya. Hihi.

Okes. Mau dodo. Mai tengok gambar baby meh. Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.

Selasa, 25 Jun 2013

Rasa hebat ya?

Assalamualaikum.

Sebenarnya keadaan jerebu makin teruk akan tetapi sekolah takleh tutup lama2. Tak larat nak mengganti weh. Cutinye sedap je. Hihi.

Seingat aku last jerebu tahun 2008 dulu. Lama jugaklah kan. Tahun tu Fatin Rafiq kecik lagi. Dan sangat berbeza dengan sekarang ni.

So pagi tadi bawa Rafiq jumpa doktor. Dari malam sebelum dok mengadu nak g klinik. Selesema. Hidung tersumbat. Nah memang banyak pun sampai tersumbat. Doktor bagi ubat power. Sekali amik terus mengantuk.

Ni sambil tunggu dia lena la. Fatin dah selamatttt. Esok nak bawa depa ke sekolah. Larat ke tidak aku nak melayan tataulah. Hihi.

So kat luar klinik tadi ada beli mask dari auntie yg aku rasa pandai je meniaga jual mask kat luar. Look on the bright side la. Haze ni berlaku mungkin ada hikmahnya. Salah satunya makcik tu dapat meniaga. Hihi.

Anak2 sgt eager nak pakai mask tu. Keluar klinik terus beli dan depa terus pakai. Amboi semangat sunggguhhh!

Mungkin rasa hebat juga bila 'mask on'! Hihi.

Okes. Rafiq udah selip. Time aku fulak nak landing. Esok kilija ma.

Assalamualaikum.

Ahad, 21 April 2013

Tempat bersandar...

Assalamualaikum.

Bersiaran dari rumah mak. Datang awal sikit. Boleh balik awal. Takut penat sgt pula esok nak kerja. Anak2 nak sekolah.

Kesihatan masih on off. Tapi bersyukur masih dapat jenguk mak setiap minggu. Tengok mak makin sihat. Dengar cerita mak dah boleh jalan sikit2. Dah boleh basuh pinggan. Amboi.... Hihi.

Sebenarnya mak ni nak duduk rumah sendiri. Itulah kekuatan mana2 ibubapa kita. Kalau boleh memang nak rumah sendiri. Rumah anak2 walaupun selesa tapi tidak seselesa rumah sendiri.

Tengok gambar Fatin elok bersandar kat belakang mak. Sama je macam aku dulu. Sekarabg tak bolehlah bersandar lagi. Aku berat. Hihi. Sendeng2 sikit boleh la...

Dulu kalau tidur dengan mak, mesti masuk kaki atau tangan bawah badan mak. Suka kena penyek. Besttt!!!

Dan sekarang bila anak2 buat kat aku, barulah aku tau betapa tak selesanya ada 'benda' bawah belakang. Dan aku pun faham betapa perlunya anak2 rasa mendapat kekuatan dari mak.

Tengok lagi sekeping gambar depa dok ngepau tok punya instant drink. Mana yang makan makanan tok la. Hihi. Macam2!

Yok. Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails