Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Segmen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Segmen. Papar semua catatan

Selasa, 7 Jun 2011

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Nak join???? Klik SINI.

Sampai jumpa lagi, wassalam.

Selasa, 31 Mei 2011

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !


Assalamualaikumwarahmatulahiwabarakatuh....

First of all thanks to Abg Ben di atas segmen ni. Ehehe... tajuk dia memang best tapi jenuh jugak nak memikir cerita apa yang sesuwai. ehehe....

Tajuk tu kan, sangat sesuai dengan keadaaan aku yang satu ni.

Aku tak suka dapat panggilan yang menyatakan aku menang pertandingan apa2 atau mendapat tawaran yang menguntungkan aku la.

Biasanya bila dapat panggilan cenggitu aku akan terus cakap, maaf saya tak berminat walau apa pun tawarannya. Kalau yang faham tu fahamlah. Kalau yang tak faham aku akan bagi faham jugak biasanya. Maaflah, memang aku tak suka dan memang tak ada minat seposen pon.

Berbalik pada kisah rokok ni, aku memang macam kebanyakan orang la. Tak suka asap rokok. Tapi tak boleh nak benci2 sangat. Buat biasa2 je.

Memang perokok ni membazir je pada aku, tapi ada jugak orang2 dalam senarai kesayangan aku yang merokok. Abang Adi aku, Pak Mentua aku, Adik Ipar aku...

So, NO COMMENT!~ Haha!~ Boleh gitu???

Wassalam.

Khamis, 14 April 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Ahad, 3 April 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Assalamualaikum.....
Saje2 join sebab tengah kering kontang idea nak ngapdet.
Terima kasih abang Ben!~

Ahad, 20 Mac 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU


Assalamualaikum....

Hai hai hai.... terima kasih abang Ben buat segmen ni. Segmen apa??? Klik kat SINI.

Kenangan yang paling aku tak dapat lupakan, aku copy paste dari blog pertama jelah. Hehe.

Lokasi : Umah yang arwah abah tukang sendirik,
kat Rimba Jaya, Klang.
Pelakon bukan artis : Aku, arwah abah
Tahun kejadian : Tak ingat, tapi aku masih sekolah rendah...
Saksi : Mak
Artis Jemputan : KOPIKO
.
Intro
Biarlah aku cerita perihal arwah abah dulu supaya korang tak konpius. Arwah abah mendapat kemalangan yang mengakibatkan beliau lumpuh separuh badan (sebelah kanan). Ingatannya pun hilang. Kegemarannya semenjak sakit, pantang nampak sesiapa lalu, pasti akan dipanggil. Bila sudah dipanggil, pasti pula beliau meminta sesuatu. Yang paling kerap di minta adalah air. Pemikiran aku waktu itu adalah, "Abah ni duduk saja pun asyik minum air". Aku taklah kecik sangat waktu tu tapi nampak sangat aku tak matured lagi. Aku tak terpikir yang orang tua tu sakit bukannya rasa sakit. Dia boring tak boleh berjalan dan tak boleh bergerak.

Ceritanya.....
Cerita bermula apabila aku lalu dan arwah abah minta segelas air.

Aku punyalah hangin sebab mak baru beri jer air pada abah.... Separuh menjerit aku jawab "Kan mak baru bagi tadi....".Punyalah kurang ajar aku waktu tuh.

Kemudian aku berlalu dan masuk dapur. Aku keluarkan gula-gula kopiko dari pembalutnya dan masukkan dalam mulut.

Tiba-tiba, gula-gula kopiko tu terus meluncur ke dalam tekak aku.... Aku tercekik! Aku terbatuk-batuk. Menepuk-nepuk belakang sendiri tapi tak berjaya keluarkan kopiko cilakak tu.

Last-last mak aku bersuara.....
"Baik Aida minta ampun dengan abah......"

Zasssss!
Bagaikan petir menyambar aku.
Terus aku tersedar.
Aku telah berlaku salah.
Aku kurang ajar pada abah!

Laju mulutku memohon ampun.
"Bah! Maafkan Aida!" sambil nafasku tercungap-cungap.

Dari dapur aku terdengar lafaz keramat "Iyalah, abah ampunkan!"Sejurus itu juga tersembul keluar kopiko durjana dari tekakku. Aku menangis semahunya di pangkuan abah.

Sejak itu, aku menjaga abah sebaik mungkin sehingga akhir hayatnya. Dan sesungguhnya aku terkilan arwah abah tak sempat melihat kejayaanku menjadi seorang guru.

Janjiku,
takkan aku lupa mengingatkan muridku,
tentang kepentingan menjaga tingkah laku.
Bukan hanya kepada guru,
tetapi juga kepada orang tuamu.

Alfatihah untuk arwah abah

Kalau mengikut soalan abang Ben, dia nak tahu siapa yang aku lebihkan. Jawapannya sama saja. Sebenarnya tak teruca rasa kasih dan sayang aku pada kedua orang tua aku.

Dah tentu aku takkan sanggup orang tua aku dihumban ke situ, pusat jagaan orang tua. Kita dulu mereka jaga, kenapa bila sampai masa mereka, kita nak buang mereka pula.

Dan untuk anak2 yang suka merebut harta pusaka ni seeloknya bak kata abang aku, patutnya kecik2 dulu dibuang ke tong sampah je. Haha.

Sekian, terima kasih, harap dapat memuaskan hati insan yang membaca.

Wassalam.

p/s: Maaaflah baru perasan kena buat cerita dengan ibu. Ada juga, tapi lain kali ek.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails