Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Mengenal Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mengenal Hati. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Oktober 2012

Melahirkan Rasa Kehambaan

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.



Antara rasa kehambaan itu ialah rasa malu dengan Allah SWT, rasa cinta dan takut kepada Allah SWT. Juga rasa diawasi, menyerah dan harap kepada Allah. Kalau seseorang itu kuar beribadah, tetapi dia rasa riya', sombong dan takabbur, bermakna inadahnya tidak berperanan.

     Ibadah yang begini, yang melahirkan rasa ketuanan atau ketuhanan, bukan kehambaan, tdak akan diterima Allah. Diumpamakan seorang hamba yang hendak menghadap raja, tetapi dengan sombong dan bongkak serta mencekak pingggang dia bercakapp dan berhadap sembah di hadapan raja, tentunya dia akan dimurkai oleh raja.

     Kerana itulah di dalam kita beribadah selain rukun dan syaratnya kita jagai, perlulah kita awasi segala adab dan tatasusila kita di dalam beribadah. Walau pun kalau kita lihat, rasa khusyuk di dalam sembahyang tidak termasuk di dalam syarat sah sembahyang, tetapi yang sebenarnya tanpa khusuk, sembahyang kita dianggap lalai dan di akhirat akan dihumbankan kita ke dalam neraka. Firman Allah SWT:


"Dan  neraka Wail bagi orang yang  bersembahyang yang lalai di dalam sembahyangnya."

Al-Maun : Ayat 4-5

     Kerana itulah menjaga adab-adab batin ini sangat diberatkan oleh ulama'. Kerana ada itulah akan lahirnya akhlak. Bersepakat ulama' sufi mengatakan:

"Sesungguhnya yang menjauhkan hamba dari tuhannya itu bukanlah 
kerana kurangnya ilmu, tetapi kerana kurangnya adab ketika
berdepan dengan Tuhan."

Wallahua'lam.
SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009 

Jumaat, 28 September 2012

Tujuan Ibadah Hati

Assalamualikum.


Di dalam kita beribadah, segala adab dan tatasusilanya perlu kita laksanakan untuk mendapat kejernihan jiwa dan keredhaan Allah SWT. Iabadah yang benar dan tepat akan melahirkan akhlak yang terpuji (mahmudah).

Akhlak yang diredhai akan melahirkan kemesraan dan kasih sayang sesama makhluk serta ketaatan kepada Allah. Inilah peranan umum ibadah. Segala bentuk ibadah, sama ada habluminallah (hubungan dengan Allah) atau hablumminannas (hubungan dengan manusia) ada mempunyai peranan.

Peranan-peranan ibadah boleh dibahagikan kepada tiga:

1. Melahirkan rasa kehambaan

2. Melahirkan ketaatan

3. Menunaikan janji di alam roh.

Wallahua'lam.
SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

7 Peringkat Nafsu (Kamilah)

Assalamualaikum.

Orang yang diperingkat nafsu ini, berada di tingkat kesucian yang paling tinggi. Segala perbuatan dan perlakuannya, benar-benar mengikiut garis keredhaan Allah SWT. Dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan.

     Cintanya hanya tertmpu kepada Allah SWT, ingatannya kepada Allah SWT tidak pernah putus. Diri mereka adalah bayangan sebaik-baik insan. Hanya para Rasul, Nabi, dan wali-wali besar sahaja yang mammpu sampai ke taraf nafsu Kamilah ini. Mereka sampai ke Baqa' Billah iaitu suatu maqam di mana musyahadah (penyaksian) mereka terhadap Allah SWT itu setiap masa dan ketika. Mereka itulah insan yang paling istimewa dan mendapat menghargaan yang paling istimewa di akhirat.

     Mereka yang telah sampai ke peringkat ini mesti melalui proses dan tingkatan nafsu sebelumnya. Iaitu menempuh segala adab dan istiqamah di dalam amalan. Maka dengan kenyataan ini, maka ketahuilah kita bahawa setiap Rasul itu Nabi, setiap Nabi itu wali, setiap wali itu orang soleh.

     Tetapi pangkat Rasul dan Nabi itu adalah pemberian khusus daripada Allah SWT dan pintu kenabian dan kerasulan itu telah TERTUTUP sejak wafatnya Rasulullah SAW. Wahyu tidak lagi turun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Barangsiapa yang mengaku Nabi atau menerima wahyu selepas kewafatan Rasulullah SAW adalah bohong semata-mata.

Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Khamis, 27 September 2012

7 Peringkat Nafsu (Mardhiah)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


Nafsu Mardhiah ialah nafsu yang diredhai Allah SWT. Ianya lebih tinggi daripada nafsu Mutmainnah. Mereka yang sampai ke peringkat nafsu ini akan lebih tenang dan jiwa mereka telah sebati dengan mengingati Allah SWT. Segala gerak geri mereka di dalam peringkat ini mendapat pimpinan dan diredhai Allah SWT.

Allah SWT berfirmann di dalam hadis Qudsi yang bermaksud:

"...Sentiasa hambaku berdampingan kepadaku dengan mengerjakan ibadah fardhu dan sunat sehingga Aku kasihkan dia, maka apabila Aku kasihkan dia nescaya adalah Aku pendengarannya yang ia mendengar dengannya, Aku penglihatannya yang ia melihat dengannya, sebagai tangan apabila menampar apa-apa sebagai kakinya untuk ia berjalan kemana-mana. Dan demi diriKu, andaikata dia meminta apa-apa kepada Aku, nescaya Aku tunaikan permintaannya dan sekiranya ia menuntut berselindung daripada apa-apa kepada Aku nescaya lindungi ia daripadanya."  
HR. Bukhari

Mereka yang mencapai taraf nafsu ini adalah mereka yang bergelar wali Allah. Di antara sifat-sifat kerohanian para wali Allah ini ialah;

1. Tingginya budi dan akhlak orang yang memiliki nafsu Mardhiah ini seperti Nabi-nabi.

2. Sentiasa di dalam zikir Allah.

3. Memiliki segala sifat kepujian.

4. Sentiasa mendapat pimpinan Allah.

5. Bersahabat dengn mereka yang di alam tinggi seperti wali-wali dan Nabi-nabi.

6. Lahir berbagai karamah dan kurniaan daripada Allah SWT.

Berkata Syeikh Ahmad bin Idris:

"Permulaan perjalananku ini adalah gila, pertengahannya ialah beroleh berbagai kurniaan dan akhirmya ialah "Kun Fayakun" iaitu berbagai karamah."

     Satu hari, di pergunungan, Ibrahim Al-Khawwas telah bertemu dengan seorang pendeta Nasrani yang memakai tali pinggang luar sebagai menunujukkan beliau adalah seorang Nasrani. Nasrani tersebut meminta izin untuk bermusafir bersama Ibrahim Al-Khawwas, lalu berjalanlah mereka bersama.

     Setelah berlalu tujuh hari, berkatalah Nasrani tersebut kepada Ibrahim Al-Khawwas: "Wahai pendeta Islam, kita telah berlapar selama tujuh hati dan hampir menemui kebinasaan disebabkan lapar dan haus. Kalau benarlah agamamu, maka mintalah kepada Tuhanmu makanan dari langit untuk kita." Maka berdoalah Ibrahim Al-Khawwas kepada Allah. "Ya Allah! Ya Tuhanku, janganlah Engkau malukan aku di hadapan orang kafir ini." Maka tidak lama selepas itu turunlah satu talam makanan yang mengandungi roti, lauk, buah-buahan dan sebuah bekas yang berisi air yang sangat lazat rasanya. Setelah selesai memakannya mereka pun berjalan selama tujuh hari lagi.

      Kemudian berkatalah Ibrahim al-Khawwas pula kepada pendeta Nasrani tersebut: "Wahai pendeta Nasrani, sekarang giliran tuan pula untuk berdoa andaikata benar agamamu." Maka pendeta Nasrani itu pun berdiri dan berdoa. Tidak lama kemudian turunlah hidangan yang lebih banyak dari yang pertamanya. Ibrahim Al-Khawwas bingung denan kejadian tersebut, mana mungkin si Nasrani ini benar agamanya.

     Ibrahim tidak menyentuh makanan yang diturunkan walau pun berkali-kali dipujuk oleh pendeta Nasrani. Akhirnya si pendeta Nasrani itu pun membuka rahsianya, "Makanlah tuan, saya akan menyampaikan dua berita baik. Pertama: Saya telah Islam. Keduanya: semasa berdoa kepada Allah tadi, saya telah berkata, kalaulah Ibrahim Al-Khawwas ini berada di dalam kebenaran dan kemuliaan-Mu, maka perkenanlah permintaanku.' 

     Maka pendeta Nasrani itu terus membuka tali pinggang luar jubahnya dan membuangnya, menandakan beliau bukan lagi seorang pendeta Nasrani melainkan telah memeluk Islam di tangan Ibrahim Al-Khawwas.

Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Isnin, 28 Mei 2012

7 Peringkat Nafsu (Rodhiah Part 2)


Assalamualaikum...

Seorang wali Allah SWT yang bernama Mansur Bin Ammar telah terjumpa sekeping kertas yang tertulis nama Allah. Oleh kerana beliau tidak mahu kertas itu dipijak-pijak oleh orang yang lalu-lalang, maka diambilnya kertas tersebut, dlipatnya dan ditelan.

Pada malam tersebut beliau bermimpibeliau mendengar Suara Ketuhanan, lalu berkata kepadanya: "Oleh kerana kamu menghormati nama Kami, maka Kami akan bukakan pintu ilmu kepdamu." Selepas itu, dengan kurniaan Tuhan, beliau menjadi seorang yang sangat alim dan memberi syarahan dengan sangat berkesan.

Satu ketika seorang khadam telah diberikan oleh tuannya 4 dirham untuk membeli barang di pasar Dalam perjlanannya ke pasar, beliau teringat syarahan Mansur Bin Ammar dan menghadirinya. Setibanya di situ, Mansur berkata: "Adakah ada orang yang mahu memberiku empat dirham sebagai tukaran empat doa untuk kupersembahkan kepada Allah bagi pihaknya?"

Khadam tersebut mendengar dengan penuh takjub dan terkejut, lalu diberinya 4 dirham itu kepada Mansur dan dimintanya mendoakannya dengan 4 perkara. Mansur bertanya apakah 4 perkara itu, khadam itu menjawab: "Pertama, saya minta dibebaskan. Kedua, saya minta agar Tuan aku diampunkan kerana dosanya. Ketiga saya minta 4 dirham yang lain. Keempat Allah beri rahmat kepada aku, kepada Tuan aku dan segala yang hadir di sini."

Mansur pun berdoa memohon 4 perkara itu. Apabila khadam itu sampai dirumahnya, tuannya sangat marah kerana dia terlambat. Tetapi apabila khadam itu menceritakan segala perkara yang dialaminya, maka tiba-tiba tuannya tidak jadi marah. Bahkan terpengaruh dan terharu dengan permintaan khadam tersebut. Semasa itu tersalah di dalam hatinya untuk bertaubat kepada Allah SWT. Kemudian khadamnya dibebaskan dan diberinya 400 dirham.

Pada malamnya ketika tuan khadam itu tidur, tiba-tiba beliau telah bermimpi mendengar Suara Ketuhanan: "Kamu telah memberi khidmatmu. Terimalah rahmat kami kepadamu, juga kepada khadamu, kepada Mansur Bin Abbas dan pengikut-pengkut beliau."

Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Selasa, 8 Mei 2012

7 Peringkat Nafsu (Rodhiah Part 1)


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Orang yang memiliki nafsu Rohiah ini adalah orang yang memiliki semua sifat mahmudah (sifat yang terpuji) dan kuat hubungan hatinya deangan Allah SWT. Mereka diberi pimpinan terus daripada Allah SWT dan memilik pandangan hati yang tajam yang dikenali sebagai firasat.

Sabda RAsulullah S.A.W.:
"Takutilah firasat orang mukmin kerana mereka memandang dengan nur Allah."
HR. Tabrani dan Tirmidzi

Firasat yang diberi oleh Allah itu adalah kurniaan kepada mereka untuk mengetahui segala tipuan syatan dan gerakan nafsu agar mereka ini selain dapat memimpin diri mereka juga dapat memimpin orang lain. Selain daripada itu mereka boleh menjangkau alam kerohanian yang begitu luas dan penuh dengan tipuan. Mereka juga dapat melihat alam yang lebih tinggi daripada alam nyata ini.


Firman Allah SWT:


"Sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak pernah
merasa takut dan dukacita." Yunus : 62


Nafsu mereka sudah terkikis daripada akar umbinya sekali dan mereka disinari oleh Nur Syuhud ke alam ma'rifat. Alam di sekeliling mereka laksana cermin yang boleh nampak kebesaran dan keagungan Allah di setiapketika dan saat. Mereka tenggelam di dalam musyahadah (penyaksian) sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah SAW di dalam pengertian Ihsan.


Sifat-sifat yang timbul daripada nafsu Rodhiah ialah Zuhud, ikhlas, wara', meninggalkan perkara yang umum yang tidak layak buat mereka. Memelihara hukum Allah dan lain-lain sifat kerohanian yang tinggi.

Wali-wali Allah di makam ini dapat mengecap nikmat-nikmat yang luhur atau sifat-sifat kerohanian yang tinggi setiap ketika. Zikir dan wiridnya hebat, sekadar di lidah tetapi hatinya penuh khusyuk dan tawadhuk mengingati Allah.

Firman Allah:

"Berzikirlah kepada Tuhanmu di dalam hatimu dalam
keadaan merendah diri dan takut." Al-A'raf : 205



InsyaAllah. Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

7 Peringkat Nafsu (Mutmainnah Part 2)


Assalamualaikum...

Mereka yang memiliki nafsu Mutmainnah ini, akan mendapat petunjuk terus daripada Allah SWT. Mendapat ilham Laduni dari Allah SWT. Syurga buat mereka yang memilikinya adalah terjamin dan termasuk di dalam golongan hamba-hamba Allah SWT yang diberi kurniaan.

Satu ketika seorang alim lagi soleh Abu Usman Al-Hiyari diundang pada satu undangan. Dan yang mengundangnya tu sebenarnya ingin mencuba beliau. Setelah Abu Usman tiba ditempatnya, lalu pengundang itu berkata: "Saya tidak punya maksud apa-apa." Lalu Abu Usman pun pulang. Sebelum dia pergi jauh, pengundang itu sekali lagi memanggilnya dan dia pun datang kembali buat kali keduanya. Maka apabila sampai ke rumah pengundang tersebut, maka berkatalah beliau kepada Abu Usman: "Wahai Tuan Guru! Pulanglah tiada apa-apa yang kuhajatkan kepadamu." Maka Abu Usman kembali ke rumahnya.

Lalu diundangnya pada kali yang ketiga, maka Abu Usman pun datang dan sekali lagi dihalau. Namun Abu Usman tetap akur dan tidak menunjukkan sikap marah. Sehingga beberapa kali diundang dan diperlakukan sedemikian rupa, akhirnya si pengundang berlutut di hadapan Abu Usman dan berkata: "Wahai Tuan Guru, saya bermaksud mencuba tuan, alangkah bagusnya akhlak ini." Abu Usman menjawab: "Apa yang kamu lihat iala perangai anjing. Anjing itu sesungguhnya apabila dipanggil, ia akan datang dan apabila digertak ia akan pergi."

Demikian orang yang bernafsu mutmainnah. Sentiasa tenang di dalam semua keadaan.

Wallaua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Sabtu, 21 April 2012

7 Peringkat Nafsu (Mutmainnah Part 1)

Assalamualaikumwaraahmatullahiwabarakatuh...



Hasil latihan dan zikir berterusan di peringkat Mulhimah tadi, nafsu telah dicuci dan ditundukkan sehingga bersinar Nur Ilahi di dalam dri tetapi belum sampai kepada kejernihan yang berkekalan dan ketenangan yang berpanjangan.

Setelah dicuci dan diproses nafsu yang diperingkat Mulhimah tadi akan meningkat ke peringkat Mutmainnah iaitu nafsu yang tenang dan mendapat rahmat Allah.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Fajr : 27-30 makhumnyaa;

"Wahai orang yang bernafsu Mutmainnah, pulanglah ke
pangkuan Tuhanmu di dalam keadaan redho meredhoi dan
masuklah ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam
syurgaKu." Al-Fajr : 27 -30


Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah ini adalah mukmin yang sejati. Merekalah orang yang mendapat jaminan Allah SWT. Terlepas dripada azab Allah SWT di akhirat.

Di antara tanda-tanda orang yang memiliki nafsu ini adalah;

1. Murah hati dan suka bersedekah.

2. Hatinya sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT.

3. Arif dan bijaksana.

4. Kuat beribadah.

5. Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.

6. Redho dengan ketentuan Allah SWT.

7. Sentiasa tenang dengan apa sahaja perkara yang mendatang.

8. Memiliki sifat takwa yang sebenar.

9. Sentiasa merasai kehebatan dan keagungan Allah SWT.



Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Selasa, 17 April 2012

7 Peringkat Nafsu (Mulhimah)

Assalamualaikum.

Melalui mujahaddah yang bersungguh-sungguh di peringkat nafsu Lawwamah, seseorang itu akan menaiki tingkat Mulhimah. Nafsu di peringkat ini sudah menerima latihan proses penyucian hati atau Mujahadatun Nafsu. Hati sentiasa terdorong melakukan kebaikan dan terhindardaripada melakukan maksiat. Di dalam peringkat ini Allah SWT dan malaikatNya sentiasa mengilhamkan kebaikan kepada hati manusia itu.

Di antara sifat-sifat yang ada pada orang yang memiliki nafsu Mulhimah ini ialah:

1. Tidak sayangkan dunia.

2. Merasa cukup dengan Allah SWT.

3. Merendah diri.

4. Sabar dengan ujian Allah SWT.

5. Sentiasa bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

6. Mula dapat ilham dan ilmu Laduni.

7. Tahan menanggung kesusahan.

8. Mengasihi sekalian makhluk.

9. Tidak terlibat dengan dosa-dosa besar.

Mereka yang telah sampai di peringkat nafsu ini, telah mula masuk ke dalam zauq. Inilah nafsu orang yang soleh, yang sentiasa ada di dalam hatinya takut akan Allah SWT dan berusaha membuang segala sifat keji seperti ujub, sum'ah, cinta dunia dan sebagainya walaupun sifat-sifat tersebut masih ada dalam dirinya.

Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

7 Peringkat Nafsu (Lawwamah)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....


~sekadar gambar hiasan~

Nafsu lawwamah itu ialah nafsu yang selalu mengkritik atau mencela dirinya sendiri apabila berlakunya sesuatu maksiat dan dosa ke atas dirinya.

Misalnya, setelah melakukan maksiat, dia akan menyesal dan meminta ampun serta bertaubat pada Allah SWT. Tetapi dia akan kembali berbuat maksiat itu setelah beberapa lama kemudian. Hal ini akan berulang lagi. Itulah halnya orang yang memiliki nafsu jenis ini yang berulang kali bertaubat dan mungkir pula pada taubatnya.

Nafsu Lawwamah ini tinggi sedikit daripada nafsu Amarah. Namun nafsu ini masih di taraf rendah dan hina. Cuma ia mudah ditegur dan hatinya mudah terdorong ke arah ibadah dan kebaikan, tetapi nafsunya masih belum dapat ditundukkan.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Qiyamah : 2, maksudnya;

"Tidak aku bersumpah daripada nafsu Lawwamah."

Di antara sifat-sifat nafsu Lawwamah itu ialah:

1. Mencela kesalahan dirinya.

2. Selalu bertafakur mengenang dosa.

3. Rasa takut apablia bersalah.

4. Mencela apa jua yang dikatakan kejahatan.

5. Mudah merasa riya' dengan apa yang dibuat.

6. Mudah megah dengan apa yang dibuat.

7. Selalu terjebak dengan dosa.

Martabat nafsu Lawwamah itu ada pada kebanyakan orang awam. Orang yang memiliki nafsu ini masih belum selamat daripada azab dan siksaan Allah SWT kecuali dengan ampunan dan rahmat-Nya.

Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Ahad, 13 Mac 2011

7 Peringkat Nafsu (Amarah)

Assalamualaikum....

Bersiaran dari rumah dah. Hari ni, nak masukkan skit entri berbentuk ilmiah. Harap dapat juga pembaca2 manfaatkan. Bolehlah topup2 mana yang kurang tu kan?

Mengikut buku Huraian Ihsan dan Ilmu Tassawuf, nafsu manusia itu ada 7 peringkat.
NAFSU AMARAH
- Nafsu yang suka menyuruh kepada kejahatan.
- Nafsu yang paling rendah dan sehina-hina nafsu.
- Tanda2 mereka yang memiliki nafsu ini adalah;
  • sentiasa berbuat kejahatan
  • tidak merasa duka dan menyesal di atas perbuatan jahat malah merasa lega dan kadang-kadang merasa gembira
  • terlalu gembira mendapat nikmat dan berputus asa apabila ditimpa bala atau kesusahan
  • sifat2 keji yang timbul daripada benih nafsu Amarah ni ialah bakhil, tamak, cinta dunia, panjang angan-anan, sukakan kemegahan, ingin terkenal dan mahyur, hasad denki, dendam, khianat, niat jahat dan lalai dengan Allah.
-Nafsu Amarah ini ialah sejahat-jahat nafsu dan tanpa pembersihan dan penyucian hati, sudah pasti ianya tak dapat dibuang, walaupun seseorang itu ahli agama atau berilmu, tetap akan bergelumang dengan sifat2 keji yang ada pada nafsu ini.

Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails