Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan

Ahad, 10 November 2013

Tidak terucap

Di saat aku cuba untuk bersabar
Waktu itulah segalanya seolah2 sengaja mencabar
Sejauh mana aku dapat bertahan
Aku pun tak pasti kerana aku tak tahu masa hadapan

Seorang anak cemburu pada anak yang satu lagi
Seorang lagi marah kehendak tidak dituruti
Macam manalah nak menjaga kedua hati
Sedang hati sendiri sama tersakiti

Sebolehnya aku sudah tidak mahu
Berharap pada yang tidak tentu
Bukannya datang menghilang sendu
Tapi hanya menambah pilu

Keyword untuk hari ini. Hadiah. Kfc. Harapan palsu.

Alhamdulillah.

Rabu, 6 November 2013

Kesayangan

Kesayangan ummi
Hari-hari yang berlalu
Terlalu pantas meninggalkan kita
Sudah hampir masanya
Untuk ummi kembali bekerja

Bisakah ummi melalui
Pagi hening tanpa mendakapmu
Bisakah ummi bertugas sebaiknya
Tanpa menatap wajah tenangmu

Mampukah ummi
Untuk tidak menghidu haruman tubuhmu
Yang selalu mengasyikkan ummi
Lantas terlena jua bersamamu

Adikkkkk!!!!
Nanti ummi mesti rindu adik!!!!
Seminggu je pun!!!! (sebenarnya 5 hari je)
Tapi rindu jugak!!!

Frozen Heart

Ajaibnya
Cuaca nan dingin
Bisa membekukan hatiku

Anehnya
Cuaca nan dingin
Terus membuat aku kaku

Kaku untuk menerima cintamu
Kaku untuk menyemai sayangmu
Kaku untuk terus bersamamu

Isnin, 28 Oktober 2013

Kenapa ye?

Kenapa ya,
Manusia tidak pernah serik?
Setelah berulangkali
Melakukan perkara sama.

Kenapa ya,
Manusia hanya mememtingkan
Kehendak sendiri?
Tanpa memikirkan tentang
Orang lain.

Kenapa ya,
Manusia juga sanggup
Membezakan jiwa dengan barangan?
Sehingga sanggup melukakan
Hati dan perasaan.

Kenapa ya,
Sering merasa diri ini
Sangat hina dan keji?
Kerana terasa seperti
Berada di bawah tapak kaki.

Kenapa ya,
Aku juga tidak pernah serik?
Walau diperlaku apa pun
Olehmu.

Kenapa ya,
Catatan ini kucoret?
Walau kutahu kau tidak
Pernah ambil peduli.

Sabtu, 28 September 2013

Temujanji dengan dot dot dot

Malam ini aku ada temujanji
Temujanji dengan Dot Dot Dot
Sebenarnya setiap malam
Aku mencurahkan segalanya

Malam ini aku ada temujanji
Kekasih pujaan hati
Yang aku amat rindui
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Malam ini aku ada temujanji
Mengadu segala resahku
Tempat ku ucap segala syukurku
Yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar

Ya Allah! Ya Karim! Ya Aziz! Ya Jabbar! Ya Ghafur!
Aku bersyukur Ya Allah,
Dalam kealpaan aku sering lalai dan terleka,
Engkau tetap ada untukku setiap masa,
Kurniakanlah hidayahMu dan rahmatMu dalam kehidupanku, pada keluargaku Ya Allah.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw serta sahabat dan keluarganya.

Walhamdulillahirabbilalamin. Amin.

Jumaat, 27 September 2013

Luahan bayi kepada ibunya

Ibu,
Memang benar,
Dikaulah malaikat pelindungku,
Di dunia ini.

Ibu,
Apabila aku dilahirkan,
Kita sama-sama tidak berdaya,
Aku terlalu kecil,
Dan kau terlalu lelah,
Kerana berhempas pulas berjuang,
Demi melahirkan aku dengan selamat.

Ibu,
Terima kasih daku ucapkan,
Di dalam kelelahanmu masih berbekas,
Dikau bingkas bangun,
Demi memastikan diriku tidak lapar atau dahaga,
Di dalam kesakitan kerana melahirkanku,
Dikau tetap tersenyum menyapa,
Dan menenangkanku dengan suara merdumu.

Ibu,
Terima kasih daku ucapkan,
Kerana memberi ruang keselesaanmu untukku.
Di katil tempatmu berehat dikau tempatkan aku,
Memastikan aku selesa dan sentiasa dekat denganmu.

Ibu,
Terima kasih daku ucapkan,
Kerana menguruskan segala keperluanku.
Kerjaku hanya menangis dan tidur. Tidur dan menangis.
Yang lain-lain semua dikau yang uruskan.
Makan pakaiku, berak kencingku, dan segalanya tentangku.

Ibu,
Terima kasih daku ucapkan,
Kerana dikau selalu berada di sampingku,
Walau urusanmu yang lain masih banyak dan tertangguh,
Aku tetap menjadi keutamaanmu yang nombor satu!

TERIMA KASIH IBU!

Rabu, 19 Jun 2013

Cara kau.

Begitulah ada
Mengikut keselesaanmu saja.

Pada dirimu semuanya ok
Dan baik-baik saja.

Bila sesuatu
Sedang cuba disampaikan
Sindiran dan tempelak
Itulah yang kau berikan.

Kalau kau tahu
Betapa yang aku rasa
Kau akan malu
Malu semalu malunya.

Kerana semua berpunca darimu.
Darimu.

Panggilan hati

Setiap malam
Pasti namamu
Terpanggil dalam hatiku

Setiap malam
Pasti aku menangis
Merinduimu

Setiap malam
Aku pasrah
Walau hatiku gundah

Setiap malam
Aku pasti
Kau mendengar panggilanku

Setiap malam
Air mataku berlinang
Keranamu

Selasa, 18 Jun 2013

Biasa

Biasakah
Harimu tanpaku?

Biasakah
Harimu tanpa
Ucapan sayangku?

Biasakah
Harimu tanpa
Panggilan manjaku?

Biasakah
Harimu tanpa
Menatap wajahku?

Biasakah
Harimu tanpa
Sentuhanku?

Biasakah
Harimu tanpaku?

Khamis, 13 Jun 2013

Genap

Genap lagi hari ini
Menambah usia
Pada kejadian itu

Hambar
Hampa
Nestapa

Tak dipeduli
Dipersia
Seolah tiada nilainya

Sakit
Derita
Sengsara

Tiada kesudahan jua

Lenyap
Usah ditanya
Dicari lagi

Itulah nilai
Cinta dunia

Bermusim
Fana

Isnin, 27 Mei 2013

Jalan yang mana?

Kita sentiasa diberi pilihan
Jalan yang mana perlu kita lalui
Jalan A atau Jalan B?
Keduanya kita tahu penghujungnya
Jalan Bahagia membawa DERITA atau
Jalan Sengsara menuju SYURGA

Kita juga selalu diberi peringatan
Namun kita tetap juga alpa
Dan lalai pada setiap amaran
Lantas meneruskan kesombongan kita

Ahad, 26 Mei 2013

Menggogoi

Menangis.
Menahan esak.

Namun permata jernih tubir jua.
Menggogoi dalam hiba.
Mengundang nestapa.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails