KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 19 Jun 2013

Cara kau.

Begitulah ada
Mengikut keselesaanmu saja.

Pada dirimu semuanya ok
Dan baik-baik saja.

Bila sesuatu
Sedang cuba disampaikan
Sindiran dan tempelak
Itulah yang kau berikan.

Kalau kau tahu
Betapa yang aku rasa
Kau akan malu
Malu semalu malunya.

Kerana semua berpunca darimu.
Darimu.

Panggilan hati

Setiap malam
Pasti namamu
Terpanggil dalam hatiku

Setiap malam
Pasti aku menangis
Merinduimu

Setiap malam
Aku pasrah
Walau hatiku gundah

Setiap malam
Aku pasti
Kau mendengar panggilanku

Setiap malam
Air mataku berlinang
Keranamu

Selasa, 18 Jun 2013

Nasi Goreng Kampung Nostalgia

Lagi tajuk tak boleh blah. Hihi.

Rasa lama tak makan pula. Padahal boleh je order setiap hari.

Baca Bismillah dan doa makan pun masihtak cukup lagi. Acane tu?

Biasa

Biasakah
Harimu tanpaku?

Biasakah
Harimu tanpa
Ucapan sayangku?

Biasakah
Harimu tanpa
Panggilan manjaku?

Biasakah
Harimu tanpa
Menatap wajahku?

Biasakah
Harimu tanpa
Sentuhanku?

Biasakah
Harimu tanpaku?

Isnin, 17 Jun 2013

Mengidam durian.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Setakat ini aku takde mengidam atau teringin yang bukan2. Hihi. Almaklum negara kita ni mewah serba serbi. Cuma poket kita je kurang tebal. Hihi.

Tapi penyakit teringin ni terjadi pada anak2 pula. Lepas satu, satu yang lain pula menjadi idaman.

Malam ni Rafiq tiba2 minta nak makan durian pula. Aku ni dah tak larat sangat sebenarnya. Almaklum jadual hari Isnin padat. Pinggang memang rasa macam dah nak tercabut.

Nak tak nak aku bersiap ala kadar. Dengan tshirt rumah, skirt, tudung. Niatnya nak capai kemeja lengan panjang buat cover lengan. Belum sempat nak ambil dah ditegur Rafiq. "Kenapa ummi pakai baju ketiak?". Sebenarnya tak nampak pun ketiaknya. Cuma lengan pendek.

Senyum je aku. Sambil berkata dalam hati semoga apa yang dia tegur aku ni, dia ingat dan jadikan panduan dalam hidupnya kelak.

Dengan jalan ala penguin. Perlahan2 menuruni tangga. Penat. Mengah. Tercungap2. Keluar jugalah demi anak2 tersayang.Tapi belum rezeki kami lagi nak makan durian malam ni. Gerai yg jual tu tutup.

Kecewanya Rafiq. Membebel sepanjang perjalanan pulang. "Nak makan durian, tak dapat!" bebelnya tak berhenti. "Nanti ummi panjat pokok durian, ok mi?" dan macam2 lagilah.

Dah sampai parkir, aku nak bangun pun susah. Amik masa. Pinggang macam tak ada je rasanya. Pastu pula kena jalan sikit sebab agak jauh. Panjat tangga lagi. Fuhhhh.... Dalam tak larat tu rasa gagah la jugak. Hihi. Ferasan.

Sambil naik tangga dengar Rafiq bebel lagi "Dahlah esok Rafiq sorang yang sekolah, bila nak cari durian!". Hihi.

Dia sangat jeles sebenarnya. Fatin dah satu tempat dgn aku. Dia bosan sbb sorang2. Sian adik. Tak lama dah dik. Tahun depan je pun.

Ya udah. Badan udah sejuk. Now its time to sleep. Bismikallah humma ahya wa amutu. Amin.

Assalamualaikum.

Jumaat, 14 Jun 2013

Rajuk

Seseorang pernah berkata padaku. Aku dah lupa ayat sebenarnya. Ni yang aku faham la ye.

Tak perlu merajuk pada orang yang tersayang. Contohnya macam mak merajuk kerana perbuatan anak.

Konon kena lebih give and take la. Ok.

Ni aku nak cakap pasal diri aku. Sebagai seorang dewasa. Memang selalu tak terasa apa2 pun. Perkara ni semua datang dan pergi macam tu je.

Tapi semalam. Time aku rasa aku lemah. Time aku rasa aku sakit sangat. Semua benda even sekecik2 perkara pun terasa sangat.

Rafiq ralit kat ruang tamu main game kat laptop sampai tak jenguk2 aku kat bilik langsung pun dah terasa sangat.

Tambah terasa bila aku panggil dia tak datang. Datang pun lambat2.

Bila dia dtg tu aku buat2 merajuk. Takyah kawan ummi la. Pegi la kawan ngan laptop tu. Menangis dia. Meraung peluk2 aku. Rafiq sayang ummi. Rafiq minta maaf.

Tapi lepas tu dia g semula la. Sambung main. Hihi.

Bukannya kedatangan dia tu boleh menghilangkan apa yang rasa pun. Tapi at least dapat cium. Bau2 sikit. Lega perasaan ummi ni tau.

Manja betul. Pastu kompelin anak2 manja pulak. Hihi.

Ya udah. Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Khamis, 13 Jun 2013

Genap

Genap lagi hari ini
Menambah usia
Pada kejadian itu

Hambar
Hampa
Nestapa

Tak dipeduli
Dipersia
Seolah tiada nilainya

Sakit
Derita
Sengsara

Tiada kesudahan jua

Lenyap
Usah ditanya
Dicari lagi

Itulah nilai
Cinta dunia

Bermusim
Fana

Rabu, 12 Jun 2013

Isnin, 10 Jun 2013

Mind over pain.

Assalamualaikum.

Derita dan sengsara hari ni. Sebarang pergerakan semuanya sakit. Terutama sekali kat pinggang.

Terlebih tidur atau tak cukup tidurkah?

Memang takleh lena pun semalam. Sebab sakit tulah. Melangkau ke hari ini pula sakitnya.

Jalannya pun udah macam penguin. Hihi. Terkedek2 ke kiri ke kanan. Sangat kelakar rasanya. Walau sakit tapi dalam hati dok membayang macam manalah kawan2 dok tengok aku berjalan hari ni. Turun tangga pun amik masa 5 minit.

Konon2 sight seeing la. Tapi org tengok pun tau aku sakit dan sangat tak larat.

Mind over pain. Mind over pain. Itulah yang aku cuba nak terapkan sambil dalam hati tak henti2 memohon bantuanNya. Permudahkanlah untukku. Permudahkanlah segalanya. InsyaAllah... Amin.

Semalam saja entah berapa kali kusapu yoko2 kat pinggang. Sampai dah tak rasa pula kesannya. Punyalah tebal kulit dan lemak yang melekat ditubuhku. ;-)

Ermm. Jap lagi minah tecit tu habis kelas. Aku pun kena gerak pelan2 la. Turun tangga ke kereta dan sediakan lunch. Lepas dia mandi dan bersiap nanti nak terus makan. Oleh sebab aku lambattttt... Maka kena gerak awalll.

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Kepit kuku kau kunci cintaku

Assalamualaikum.

Mampis la tajuk. Tak boleh blah. Hihi. Ni kisah aku nak kepit kuku pagi tadi. Dalam kete je.

Biasanya jem maut. Tapi pagi ni syukur. Tak jem pun. Jadi memang x sempat la nak sambil2. So aku hulur kepit kuku kat Fatin. Suruh dia kepit sendiri.

Bila dia tengok je pengepit kuku tu, terus dia macam jatuh hati tau. Dan katanya cantik sangat kepit kuku ummi ni.

Soalannya pun tak berhenti. Ummi beli kat mana? Berapa harganya? Boleh tak belikan Fatin?

Aku pun tanya kenapa dia suka sangat kat pengepit kuku tu? Katanya sebab cantik sangat. Besar. Dan ada love. Hihi.

Dan minta aku belikan untuk dia. Katanya lepas ni nak kepit kuku sendiri. Amboih kemain semangatnya. Sebelum ni susah nak dapat kerat kuku dia tau. Sebab dia suka gigit. Kira macam lega la kan sebab ada pencetus semangat nak kepit kuku instead of gigit!!!

Fatin oh Fatin!

Cara kau cari aku.

Puas kau berusaha
Merahsiakan kehadiran
Di blog ku

Tapi aku tetap tahu
Kau selalu hadir
Setiap hari

Kau selalu mampir
Dan membaca juga
Setiap hari

Walau acapkali
Tidak ada kemasukan baru
Kau tetap setia

Terima kasih!!!!<---gaya David Arumugam penyanyi kumpulan Kucing Lorong. :-P

Wasiat Akhir Imam Shafie

Bukan malas...

Kurang rajin.... Sebab tu korang dapat lihat seperti di bawah. Aku takut aku tak larat so awal aku siapkan sampai hari Khamis. Jumaat sebab masa panjang Fatin akan balik bersiap kat rumah.

Hihi. Nak kena train Fatin macam mana nak ngurus diri sendiri tanpa kehadiran aku.

Dalam masa terdekat ni, aku mungkin akan kena g kursus selama beberapa hari. So yg aku boleh buat macam ni lah.

Aku himpun set lengkap baju sekolah agama yang mengandungi baju kurung, kain, tudung dan yang dalam2. Lipat elok2 dan gulung sebelum letak getah setiap set.

Sediakan dua tuala juga. So dah bagitau Fatin. Tiap2 hari ambil segulung dan tolong sidai tuala selepas guna.

So far dia memang boleh bersiap sendiri. Yang buat aku risau dia suka cicirkan barang2. Mulalah baju tak cukup kain. Tudung  pun kena pakai 2 hari.

Makan tengahari dia pun merisaukan juga. Lepas mandi sibuk nak main. Berkejaran ke sana ke mari. Elok2 dah wangi masam kembali. Busuk peluh.

Kalau aku ada aku akan paksa dia makan. Kalau tak ada tu yang risau sikit. Sebab kat sekolah agama takde rehat. Kelas terus sampai 5.30 petang.

Untuk budak2 yg sedang membesar kuat main pulak tu dah tentulah cepat lapar. Tapi selama yang aku kena stadium bulan Mac lepas, nampak oklah kan. Harap terus oklah ye.

Doa-doakan anak2 aku ala2 survivor macam aku juga. Senang untuk depa dan aku juga. Bukannya aku malas... Hihi. Kurang rajin.... :-p

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Tak faham bahasa atau buat-buat tak faham?

Assalamualaikum.

Entri ala ala emosional sikit pasal perokok malam ni. Hihi.

Adik beradik atau keluarga terdekat pun aku tak boleh terima, apatah lagi orang lain kan? So faham faham sendiri la.

Rafiq yg kecil tu pun pandai nak mengikut bapak sedara dia tau. Kata kat aku "Ummi, Rafiq nak hisap rokok!". Bengang tahap gaban dah aku mendengarnya. Terus kujawab "Rafiq hisap rokok, tak boleh masuk rumah ummi!". Nampak macam dia faham. Tapi tak tau la selama mana nak bertahan. Dia bukan makin kecik. Pergaulan makin meluas. Kawan2 makin ramai.

Alkisah kat kedai makan pun satu. Bukan kat tempat awam memang kawasan larangan merokok ke?

Nak bagi mampus orang lain sama ke? Selamba je aku tala phone kat encik kat dalam gambar ni. Aku tau wife dia nampak. Peduli la. Dahlah duduk belakang aku je. Kat dalam pulak tu. Bongoks.

Takleh tak marah la. Geram. Kalau yg duduk berdepan senang sikit. Aku terus tutup mulut dan hidung dengan tangan. Biasanya depa terus berhenti merokok. Ini sampai aku terbatuk2 menahan busuknya asap zahanam tu.

Perokok nak baca blog aku ni ke? Tak kan? So bg yg tak merokok dan terbaca, silalah pesan. Nak merokok jauhilah orang awam. P bagi mampus family hangpa dulu na....

Sekian.

Jumaat, 7 Jun 2013

Mimpi yang berterusan...

Assalamualaikum.

Rasa lama tak berceloteh dengan kadar celoteh yang sebenar, hihi. Apa khabar semua? Aku di sini, baik2 saja setakat ini. Alhamdulillah. Belum masuk spital tu kira sihatlah ye. Setakat sakit2 dada ala2 penyakit zaman remaja tu, dah terbiasa sangat sekarang. :-)

Pernah tak, korang alami mimpi yang sama, atau hampir sama, pelakon watak yang sama, memberi maksud yang sama? Itulah yang kerap aku alami kini. Pelakonnya yang sama setiap kali, ada aku, ada dia, ada suami dia. Dan tema mimpi itu adalah sama setiap kali.

Aku pernah mendengar Ustaz Don menerangkan antara tanda mimpi benar, adalah mimpinya sama berulangkali. Adakah mimpiku itu satu petanda.

Setakat ini, aku hanya berkongsi di sini. Dua tiga hari kebelakangan ini, aku scroll semula wall fesbuk dan dapati aku tak pernah berhenti bermimpi tentang dia. Arwah sahabatku, Alinda Binti Aman semenjak pemergiannya.

Adakah kerana aku terlalu merinduinya? Tak henti2 kukirimkan doa dan surah Al-Fatihah buat rohnya. Tak pernah aku lupa. Setiap tahun aku ingat juga tarikh lahirnya. Tanpa perlu aku selidiki event atau profil fb. Memang sejak dari tamat sekolah, akan kuucapkan selamat ulangtahun buat arwah. Dan dia juga akan melakukan yang sama.

Tahukah korang, birthdate aku, aku tak pernah rasa penting pun. Memang aku hide dari fb. Masa masih bersama keluarga, adik beradik tak pernah lupa. Terutama kakak dan adik perempuan aku. Mak aku yang bersungguh2 ajak aku g beli kek untuk besday sendiri. Dan dengan arwah, masuk je 12.00 tengah malam, sms akan kuterima, ucapan sempena hari lahirku. Begitulah juga setiap kali Hari Raya. Ucapan ampun maaf darinya.

Kini arwah dah tak ada, lagi kurasa birthdayku seperti tiada apa2. Tahun ini pun, hatiku terseksa dengan perbuatan manusia. Terima kasih. Sungguh. 2 tahun tanpanya kurasa sepi. Alhamdulillah masih ada yang nak juga buat surprise dan ada yang kantoikan surprise beliau. Hihi. Really appreciate it. Thanks.

Berbalik pada mimpi tadi... aku masih tak sampai hati lagi nak cerita kat sini, atau sesiapa juga. Aku masih lagi nak simpan sendiri. Tapi memang setiap kali aku mimpikan yang sama. Dan arwah serta suami sangat gembira.

Tak tahulah apa tandanya. Nak tanya sendiri pada suami atau ahli keluarganya, aku memang tak sanggup. Cuma yang aku boleh kata, walau pun dia dah pergi, dia tetap hiburkan aku, ingatkan aku tentang macam2 perkara. Al-Fatihah untuk arwah sahabat.

Gambar ini adalah antara gambar terakhir kami bersama. Memang kami sangat bergembira masa ni. Arwah adalah yang duduk nombor dua dari kanan. Siapalah sangka itulah antara kenangan terakhir, termanis, kami bersama2.


Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails