Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Geng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Geng. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Oktober 2013

Hasif Muzammil Bin Hamyazi

Anak bestfriend aku kat Langkawi. Anak ke empat. Laju sungguh hang.... Tak dan nak dan bagi sama. Hi

Tahniah buat Deqna dan suami, abg Hamyazi. Dengan soalan, bila nak tambah lagi?

Hihi.

Sabtu, 22 Jun 2013

Selamat Pengantin Baru Acik Lana

Tahniah!

Selamat berbahagia dan semoga sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin.

Kredit gambar kepada Noraini Othman. Bff Acik Lana.

Jumaat, 7 Jun 2013

Mimpi yang berterusan...

Assalamualaikum.

Rasa lama tak berceloteh dengan kadar celoteh yang sebenar, hihi. Apa khabar semua? Aku di sini, baik2 saja setakat ini. Alhamdulillah. Belum masuk spital tu kira sihatlah ye. Setakat sakit2 dada ala2 penyakit zaman remaja tu, dah terbiasa sangat sekarang. :-)

Pernah tak, korang alami mimpi yang sama, atau hampir sama, pelakon watak yang sama, memberi maksud yang sama? Itulah yang kerap aku alami kini. Pelakonnya yang sama setiap kali, ada aku, ada dia, ada suami dia. Dan tema mimpi itu adalah sama setiap kali.

Aku pernah mendengar Ustaz Don menerangkan antara tanda mimpi benar, adalah mimpinya sama berulangkali. Adakah mimpiku itu satu petanda.

Setakat ini, aku hanya berkongsi di sini. Dua tiga hari kebelakangan ini, aku scroll semula wall fesbuk dan dapati aku tak pernah berhenti bermimpi tentang dia. Arwah sahabatku, Alinda Binti Aman semenjak pemergiannya.

Adakah kerana aku terlalu merinduinya? Tak henti2 kukirimkan doa dan surah Al-Fatihah buat rohnya. Tak pernah aku lupa. Setiap tahun aku ingat juga tarikh lahirnya. Tanpa perlu aku selidiki event atau profil fb. Memang sejak dari tamat sekolah, akan kuucapkan selamat ulangtahun buat arwah. Dan dia juga akan melakukan yang sama.

Tahukah korang, birthdate aku, aku tak pernah rasa penting pun. Memang aku hide dari fb. Masa masih bersama keluarga, adik beradik tak pernah lupa. Terutama kakak dan adik perempuan aku. Mak aku yang bersungguh2 ajak aku g beli kek untuk besday sendiri. Dan dengan arwah, masuk je 12.00 tengah malam, sms akan kuterima, ucapan sempena hari lahirku. Begitulah juga setiap kali Hari Raya. Ucapan ampun maaf darinya.

Kini arwah dah tak ada, lagi kurasa birthdayku seperti tiada apa2. Tahun ini pun, hatiku terseksa dengan perbuatan manusia. Terima kasih. Sungguh. 2 tahun tanpanya kurasa sepi. Alhamdulillah masih ada yang nak juga buat surprise dan ada yang kantoikan surprise beliau. Hihi. Really appreciate it. Thanks.

Berbalik pada mimpi tadi... aku masih tak sampai hati lagi nak cerita kat sini, atau sesiapa juga. Aku masih lagi nak simpan sendiri. Tapi memang setiap kali aku mimpikan yang sama. Dan arwah serta suami sangat gembira.

Tak tahulah apa tandanya. Nak tanya sendiri pada suami atau ahli keluarganya, aku memang tak sanggup. Cuma yang aku boleh kata, walau pun dia dah pergi, dia tetap hiburkan aku, ingatkan aku tentang macam2 perkara. Al-Fatihah untuk arwah sahabat.

Gambar ini adalah antara gambar terakhir kami bersama. Memang kami sangat bergembira masa ni. Arwah adalah yang duduk nombor dua dari kanan. Siapalah sangka itulah antara kenangan terakhir, termanis, kami bersama2.


Ahad, 11 September 2011

Apakah????

Assalamualaikum....
Nanti aku citer eh??? Fenat la.

Wassalam.

Rabu, 9 Mac 2011

My long waited childhood bestfriend!

Assalamualaikum....

Semalam aku jumpa kawan baik aku yang dah lama ku carik. Tapi jumpa kat FB je la. Lama betul aku cari dia. Tapi cari sendiri la. Idak ler aku hubungi TV3 ke nak buat jejak kasih pulak.

Meet Sahrul Alnaim Taspirin.

Amik ko nama penuh bubuh. Supaya kalau ada yang cari kau lepas ni Sahrul, senang jumpa. Bukan macam yang aku kena dulu ek...

Tak sangka. Umur dah 30 baru nak jumpa semula. Tengok wajah kau Sharul, maseh sama la.. Cute je. Kecik2 dulu kau montel. Sangat comel.

Tengok gambar bawah ni. Ada aku ada dia. Tapi anggap macam aku takde. Jangan cari aku. Burok gler wajahku. Miahaha!


Macam mana ek, nak cerita. Memang dia kawan baik aku masa sekolah rendah dulu. Sebab family saling mengenali. Arwah ayah dia kawan dengan arwah abah. Abang dia kawan dengan abang aku. Dan seingat aku, dialah budak lelaki yang aku pernah bawak balik umah. Terkenang2 nampak dia kayuh basikal, dan main2 sama aku kat halaman rumah.


Banyak juga yang aku dah lupa sebenarnya, tapi banyak juga yang aku ingat. Aku ingat hari Sahrul datang bagitau kami kat kelas 6 Anggerik, dia nak pindah balik kampung kat Johor. Aku ingat kami meraung satu kelas. Menangis secara berjemaah. Haha. Boleh gitu?

Dan aku telah melakukan sesuatu yang aku tak terduga waktu tu. Ibaratnya takkan jumpa dah dengan Sahrul lagi. Tapi memang lama pon terpisah. Apa aku buat???? Tak boleh publish sini. Kuikuikui... citer zaman anak2. Aku pun masih kanak2 lagi waktu tu. Yanng penting kami sayangggg sangat kat dia dan sangat sedih bila dengar dia nak pindah.

Nak tau nakalnya si Sahrul ni, kami ingat dia dah balik. Rupanya dia dok skodeng kat tingkap tengok kami ramai2 nangis teringat dia. Sabar jelah.

Dan semalam sembang2 dgn dia kat FB dia kata dia ingat aku suka Mickey Mouse. Sebab selalu pinjamkan dia majalah Mickey. Aku memanglah suka majalah Mickey tu Sebab kat situlah permulaan aku menulis, dulu hantar karya, keluar je setiap bulan.

Dan bila Sahrul ingatkan aku pasal Mickey tu, aku pun teringat jugak lagu yang dia tulis lirik dan cikgu Nor Azhar Bin Mat Hassan tolong gubah muziknya. Aku masih boleh nyanyi sampai sekarang.

Entri lagu tu nanti lah yer. Penat dah taip nih. Nak g sarapan dulu. Apa pun Sahrul, I wish u all the best. Semoga berjumpa pasangan yang diimpi2kan. Semoga sihat2 dan berbahagia selalu.

Friend Forever, ok?

Jumpa lagi nanti.
Wassalam.

Sabtu, 5 Mac 2011

Welcome Back SJ!~

Assalamualaikum....

Nak mengucapkan selamat kembali ke tanahair buat sahabatku Sue Joshua. Ini gambar kali pertama kami jumpa. Kalau tak silap aku kami Jumpa 1 Mac 2009. Entri first time jumpa tu ada kat SINI.
Apa pun Sue sekeluarga dah selamat jejak kaki pun kat Mesia. Dan kali ni balik dan terus menetap kat Mesia.

Mesti baru2 ni Sue akan sangat busy menguruskan macam2. Mana dengan rumah, hal sekolah anak2 dan macam2 lah. Pelan2 ye Sue. Jaga kesihatan tu, jangan sampai tumbang lagi nanti.

Nak citer lagi ker aku dengan Sue ni macam mana? Tak payahlah kot. Cari jelah entri lama2. KRZ dah balik dari meeting da, aku kena la g menebeng ngan beliau. Rindu ooo sepagi tak jumpa. Hikhik....

Jumpa lagi nanti.

Wassalam.

Jumaat, 4 Jun 2010

SAHABAT

Aku tak tahu nak define sahabat tu macam mana.

Kadangkala aku rasa aku bukan sahabat yang baik, kadangkala aku rasa aku terlalu baik.

Tapi itu semua aku yang rasa, dan jarang-jarang ada orang yang ingin menyatakan pendapat mereka tentang aku pada aku. Apa takut kena pang ke??? Hahaha....

Ni aku tepek gambar aku berkebaya waktu tahun 2002 kot kat maktab.

Aku sangat sayang baju aku nih.

Sebab tukang jahitnya memang menepati citarasa aku la.. tapi kini hilang ntah ke mana. Dia pindah umah langsung tak tahu dimana.

Buat aku tambah sayang, mak aku belikan kainnya. Mak aku sponsor semua. Aku g hantar, g amik kat tailor dan pakai je.

Lebih best, baju ni aku mula2 pakai pada harijadi aku. Ada lagi sepasang warna biru masih elok di simpanan aku.

Dan di sini, aku paparkan gambar seorang sahabat yang jauh di mata.
Sue Joshua pakai baju aku. Thanks Sue sebab sudi pakai baju aku. Walau pun labuh benor kainnya tuh.... Entah, aku tak tahu nak define g mana.

Tapi aku rasa cam attached dengan Sue ni.

Sama jugak dengan Ryn yang walau pun dekat tapi payah nau nak jumpa dia. Pon aku rasa gitu. Pekabor la mu ni Ryn?? Semoga sihat dan sejahtera selalu. Aku rindu la kat kamu.... T_T

Selasa, 1 Jun 2010

Badminton @ Shah Alam

Hmmm.. sampai je KLIA, aku terus ajak KRZ g umah mak, sebulan tak jumpa mak ntah apa cerita la kan. Sib baik semuanya ok dan mak sihat2 jer. Mandi-manda, rehat2 dulu. Lepak sampai malam baru gerak g jumpa kawan2 untuk bermain badminton. Semangat pesal tetiba nak main tak tau. Haha..tapi syiok jer walau pun aku ngelat pasal penat lagi kot.... Saksikan beberapa kerat gambar yang elok untuk tatapan, aku tak tau lah nak buat g mana kamera tu, sungguh tak pandai guna. Acik, nanti kamu elaborate lebih2 ok.

Aku sudah malas... Bubye!

Ahad, 25 April 2010

Pi Amik Motor....

Dah lama tertangguh nak pi amik satu-satunya motorsikal kami ni... Payah juga kalau setakat nak pegi kedai nak kena bawak keta. Very the meleceh.
.
Jadi pegi jugak amik kat sekolah Wan. Maaf la Wan, kamu tunggu sampai petang, tetiba KRZ ada meeting pastu lama pulak. Terpaksa balik menjemput anak2. Tu yang jadi lambat.
.
Sampai2 kat sekolah Wan anak2 punyalah eksaited... terus nak naik motor dan Fatin dah siap pakai topi nak naik motor dengan ayah... Sementara KRZ dan Wan bersembang sepatah dua kata sebelum kami bergerak ke OU...ke mana lagi???? Ye tak.... Bye!



Ahad, 11 April 2010

Jop Balik Kampung!!!

Haha! Padahal, hampir tetiap minggu aku balik kampung. Dekat jer, tu yang asyik berulang. Kena pulak kawan2 melepak semua kat Shah Alam kan...
.
So petang Jumaat dah ke sana. Sampai awal dapat lepak2 lama2 sikit. Lama-lama tapi sikit. Korang paham kot??? Hehe...
.
Sampai2 je aku tengok adik bongsu aku sedang gigih menyiapkan "Perniagaan Internet" yang dijamin untung kata beliau. Aku tak berminat pasal meleceh kena ada kredit kad bagai. Baik tak payah....
.
Sebab sampai awal, dapatlah kami g pasar malam sambil menikmati udara kampung tempat kelahiranku......
.
Tau tak anak2 ku serba bataks sebab memang sekarang kami dah tak naik motorsikal....Seperti biasa aku mesti beli keropok nipis dengan sambal sedap singgit ... apasal singgit??? Pasal aku jer yang makan. KRZ tak minat sama jugak anak2 apatah lagi mak aku yang katanya keras, sakit gigi.......
.
dan kali ni teringin nak cuba Mee Jawa yang bini Wak Dol masak...
emmmm... masih sedap....
.
Gerak dari umah mak terus g Seng Q di SACC Mall, KRZ nak tengok promotion kamera baru.... g survey je, idak ler membeli pown....
pastu apa lagi terus lepaking dengan bebudak KCT dan KRZ sengaja buat gambar ni jadi macam ni...Macam si Kodai bercakap dengan hantu pulak!!! Owhhh!!~~~ Scary!!~~~
Korang nampak ke tak??
.
Kan ke kepala Acik jadi lutsinar tuh???
Sori Acik... tapi kamu tatap menten chumel dengan pipi bertelur itew....
Bubye!!!!!!


Jumaat, 9 April 2010

Get Well Soon, Sue!

Pengumuman :
Pengunjung setia blog aku mesti kenal sama Sue Joshua kan???
Kat Rumah 1 beliau dikenali dengan nama Sue Jawa Moden...
.
I am so sad to know that a very dear friend to me is not well.
.Luckily this morning tergerak hati nak bukak fb dan thanks to her husband, MFJ yang tolong update keadaan Sue.
.
Dah la duduk jauh dari mak, mesti teringat sangat kat mak time-time macam nie.
.
Terima kasih pada semua yang menjaga Sue kat sana.
Aku kat sini hanya mampu berdoa. Semoga Sue cepat sembuh dan boleh kembali ceria seperti selalu....
I miss you, babe!

Sabtu, 27 Februari 2010

Ole-Ole dari Australia!

Seperti yang diberitahu kepada umum, Acik dah pun kembali ke Malaysia. Kerana beliau eksaited nak g Cameron bersama Keicar Team....
.
Aku tidaklah dapat pegi kerana last minit KRZ ada tugasan pada pagi Sabtu. Walau aku turut teruja nak ke sana even aku baru jer pegi kursus tahun lepas... haha...
.
Kalau pegi pon petang Sabtu, tapi apahall pulak kuliah aku kan??? Rasanya idak la kami pegi ke sana... :(
.
Malam Jumaat tu KRZ bawak aku dan anak2 ke Shah Alam.
.
Sebenarnya kami teringin makan Chicken Chop kat Qaseh Bistro, Seksyen 13 Shah Alam. Memang sedap la rasanya tapi yang tak sedap baru duduk pekerjanya dah mula angkut kerusi yang di luar.
.
Seolah2 menghalau kami balik pulak... Eh-eh, ini perasaan aku jer. Nanti ada pulak yang print entry ni lantas tepek di kedai. Tak pasal2 aku kena banned pulak... Haha...
.
Lepas makan tu baru gerak ke MMZ Bukit Jelutong kerana perjumpaan ahli konvoi di situ. Anak2 punyalah suka bila nampak Acik masing2 nak berkepit jer.
.
Tapi kami lepak tak lama kerana aku ngan KRZ sudah letih, lagi pikir nak balik umah... jauh jugak perjalanannya. Sebelum balik Acik bagi la ole-ole yang terbang khas dari Australia. Terima kasih daun keladi. Lain kali bagi lagi...miahaha!
.
Sampai umah terus ku punggah untuk amik gambar....

Fatin ngan Rafiq sampai tido pegang baju baru la.
.
Bangun2 tido terus kata nak pakai baju Acik beli..... Tapi idakle aku bagi pakai sebab belum nak berjalan2 lagi... tunggu la masa yang sesuai...
.
Ok yer, sampai jumpa lagi.... Sekali lagi terima kasih Acik!!!!

Khamis, 25 Februari 2010

Selamat kembali Acik Lana!


Hari ni keberangkatan pulang Acik dari Australia.
Semoga selamat sampai ke tanahair dik.
Tak sabar nak cuti2 di Cameron yer???
Haha!
.
Aku tak tau lagi boleh pegi ke tidak pasal
KRZ tetiba ada program pulak esok.
.
Dan aku ada kuliah hari Ahad ni.
Fatin pun ada drawing lesson.
.
Aku teringin jugak nak pegi.
Tambah pulak dah lama tak santai2 dengan kawan2.
Rindu jugak dengan depa tu.
Terutama budak yang love Perth tu.....
.
Haih! Semoga dipermudahkan segalanya.
Ada rezeki aku sampai jugak.
Insya-Allah!

Khamis, 4 Februari 2010

Bon Voyage, Acik!

Hari ni Acik akan terbang ke Perth, Australia kerana terpaksa bertugas. Alhamdulillah ada rezeki kamu nak ke luar negara dik. Walau pun berseorangan dan bukan bersama insan tersayang, anggaplah ini sebagai pembuka rezeki untuk kamu. Mungkin selepas ini kamu akan dapat peluang-peluang yang lebih mengancam siapalah yang tahu.
.
Balik dari skul semalam, aku ajak KRZ g beli barang umah. Tengah2 dok pilih barang, nampak la pek perencah masakan segera lantas teringat kat Acik.
.
Terus aku telefon dia dan bertanya, katanya semua dah dibeli. Acik terus ajak aku ngan KRZ g umah dia.
.
Sampai umah sewa Acik, aku nampak Acik sedang lipat2 baju dan terdengar Kodai kompelin, baju banyak dan tak muat beg. Aku ngan KRZ tengok saja sambil mulut tak henti2 menguyah hidangan dan minum air coke. Sesudah makan, aku mintak KRZ ajar Kodai bagaimana nak lipatan baju kerana KRZ sangat biasa nak menjimatkan ruang bila packing baju.
.
Dan berjaya akhirnya. Siap boleh isi makanan lagik.
.
Oh, Kodai bukan keseorangan, beliau ditemani oleh Fie. Nanti idak la korang kata mereka berkhalwat sebelum ketibaan kami. Kemudian masuk waktu mahgrib, kami balik dan g menjemput anak2 dulu untuk keluar makan2 bersama2.
.
We decided nak makan western di Chief Tomyam. Aku sekeluarga sampai jer nampak Acik, Dai sama Fie dah menunggu. Terus la oder kan.
Makanan sampai makan time la.... sampai macam nak tercekik kamu suap Acik wahai Dai....
"Saya bukan artis",kata Fie. haha! Manje2 puas2!Fatin pown tumpang manja... Rafiq yang amik ni....
Lepas makan lepak2 sekjap sembang2 sambil tengok gelagat anak2. Kemudian terus Acik sama Dai sama Fie gerak ke Shah Alam.... Semoga kamu selamat sampoai dik. Jaga diri tau.... Bye !

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails