Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Splash. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Splash. Papar semua catatan

Isnin, 3 Ogos 2015

Mandi Laut di Pantai Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum.

Ini cerita Sabtu lepas. Kisah lepas perjumpaan dan perbincangan adik beradik. Anak2 menuntut nak g mandi laut.

Cadang2 nak g mandi Morib je. Tapi entah kenapa melanjut ke Bagan Lalang.

Alhamdulillah rezeki kami. Air pasang jadi duduk tepi pantai saja. Boleh dok arah2 anak2 itu ini.

Kami yang tua2 ni tak mandi. Leceh la nak bersalin pakaian bagai. Firuz pun tak. Sekadar main pasir je.

Best tengok budak2 main. Memang rasa nak join sgt tapi kurang rajin nanti nak bersiap2. Hihi.

Jom tengok  gambar.

Rabu, 3 November 2010

Sunway Lagoon (Again) - A Complimentary!

Hai semua....

Ahad lepas kami sekeluarga g Sunway Lagoon lagik. Dalam dok kempelin fulus kurang, camana boleh g? Hehe...sebenarnya dapat tiket free complimentary from KFC!

Macam mana pulak boleh dapat??? Adik bongsu aku bagi da...Neway, thanks to Amat. Merasa la anak2 akak kau ni g mandi manda lagi...hihi!

Ni sementara tunggu KRZ g toilet, kasi depa main2 pasir dulu..... Yang beria mandi, tentulah budak ini, powerpuff girl aku.... Minat sungguh mandi manda sampai kecut jari jemari takde dia peduli tau.... ni aku ngan Rafiq tengok jer, dari jauh.... aku dah tak tahan sejuk, dia boleh lagi nak g main air.....

Budak ni pulak, awal2 lagi aku & KRZ paksa masuk bawah payung hujan, pastu naik slide besar dan dia ada tertelan air....Dia macam fobia la....Tengoklah dia bagi peace pun sambil tak pandang...sungguh tak ikhlas!~

Selepas agak lama Fatin bermain2 air, timbul keinginan dihati Rafiq dan dia pun masuk semula ke dalam air. Tapi bahagian yang paling cetek la.... kemain seronok lari2 tendang2 waves buatan tu... Siap ada gaya combet dalam air... Sukati kaulah Rafiq.....

Dak ni sampai ke akhirnya masih mau berendam...habis kembang kalau aku jadi dia....

Dan ini snap sebelum g mandi bilas air biasa....Gudbye Sunway Lagoon!~

Sebab anak2 dah menjerit2 lapar, KRZ ajak g makan ...sambil makan sambil tengok Halloween Ice Skating.

Anak2 pun nak buat gaya hantu jugak....
Layan jelah!~

Sabtu, 3 Julai 2010

Sunway Lagoon

Dah lama dah Fatin dok mengajak 'swimming'.... akhirnya dapat jugak bawak. Fatin memang suka pon g theme park ni.


Dulu kerap jer pegi tapi sekarang tidak lagi, sekarang masa untuk berdikit-dikit, masa untuk menyimpan untuk masa depan......



Sampai jer Sunway Pyramid (tempat parking) posing la dulu kan. Anak2 memang dah pakai baju dari umah, semangat kesukanan sungguh. Dan bila masuk tu terus nampak Merry Go Round nih... apa lagi meloncat2 la anak2 aku nak naik.... Sebab depa kecik, kami pon naik sekali... Eh-eh, aku malas nak taip dah,korang tengok jelah gambar yang tak ikut susunann ni yer... Bye...






























Selasa, 24 November 2009

Pangkor - Day 3

Hari ketiga sebenarnya agak bushan pasal
aku ngan Aini dah siapkan keje.
Tapi tak boleh balik lagi. Jadi petang tu bila Kak Shimah
offer ajak g snorkell, aku pun apa lagi....
.
Walau dalam hati sedikit risau pasal tengah musim hujan kan....
tapi macam rugi kalau tak pergi sebab
peluang macam ni bukan datang selalu yer....
jadi aku gagahkan juga...
memakai B.A ni juga satu hal.
Semuanya untuk tujuan komersil saja. Ciri-ciri keselamatan sangat minima.
(Tapi bergambar harus senyum tau!)
.
Aku terkejut pasal depa pakat bukak selipar.
Seingat aku memang kena pakai kasut kat dalam air,
tambah lagi nak snorkel....
Aku pulak, tak pakai crocs yang beli kat Batu 14 tuh...
jadi kena tanggal jugak selipar aku... huhu...
Mesti nanti luka kaki aku kena coral.... naik satu bot jer dengan kawan-kawan semua.
Bersesak-sesak sikit... kan aku dah kata, ciri-ciri keselamatan memang minima....Keterangan gambar : Penari2 bersama pompuan tak tahu menari
.
pastu dalam perjalanan siap yang bawak bot tu lap maut lagi.
Bukan aku takut, tapi risau kalau jadi apa-apa
sebab aku peratikan ramai yang naik bot tu tak bersedia.
Jadi aku berdoa dalam hati jelah agar semuanya selamat.
Sebelum dicampak ke tempat snorkelling,
kami dibawa melawat2 kawasan sekitar. Sampai tempat snorkel, kami pun terjun...
.
Ada kejadian waktu aku terjun,
aku tenggelam dan timbul semula,
depa pakat tepuk tangan??? Aik??
Kenapa agaknya? lucukah?
Atau terlampau happy menengok aku?
felik, felik....
.
tapi agak mengecewakan pasal airnya keruh
dan tak banyak pun ikan....
coral? lagi la limited....
nasib baik aku dah siap sumbat roti dalam botol
maka dapatlah aku bagi ikan makan
dan tengok ikan depan mata juga.
Kalau tak, maunya lagi hampeh!
.
snorkel tak berapa lama pasal mask ada problem,
asyiklah dimasuki air, sampai aku tanggalkan tutup kepala...
pun masih tak boleh juga.
.
Cuaca semakin mendung dan menanti jer saat tu...
Kemudian hujan dan semua berlari ke darat untuk berteduh...
bila hujan hampir berhenti, bot pun sampai tapi sempat posing tau,
ada rakan yang tak dikenali bawak camera,
maka dia amikkan dan aku baru dapat email dari dia...
ha, dapatlah korang tengok....... balik ke bilik resort, barulah terasa pedih tapak kaki,
rupa-rupanya ada 3-4 cuts yang agak dalam, mengadu2 ngan kak Shimah dan beliau pun bagi ubat, sambil2 dia menyusun sijil untuk peserta kursus..... sebelum kami masuk dodo awal pasal penat la kononnya....
haha! sekian saja cerita...
bye!

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails