Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

Khamis, 25 Disember 2014

Doa surut banjir

Allah selamatkan saudara-saudaraku sekalian. Amin. T_T

Selasa, 18 Mac 2014

Pray for MH370 by 9 years old students

Assalamualaikum.

Semangat anak2 murid kesayangan hari ini. Buat tulisan ucapan kepada pesawat yang hilang.

Siap melukis2. Semangat sungguh siap ulang2 datang tanya nak buat apa, yang macam ni ok ke dan macam2 lagi.

Kelakar. Tapi layankan aje la. Hihi.

Jom tengok gambar2 lukisan depa. Yang last sekali paling ngeri. Siap ada shark tengah tunggu. Hihi.

Selasa, 11 Mac 2014

Oh pelis la.

Hihi. Udah macam blog luahan perasaan pula. Ye lah. Nak bercerita hal lain, tak berapa ada mood pula.

Inilah yang buat aku menyampah bila ada group wassep ramai2. Tak terkawal.

Kadang bercakap macam tak tahu hukum agama pun ada juga. Ish ish ish. Oh well. Orang yang macam tu tak boleh ditegur. Jadi aku delete je la conversation depa.

Nak tahu kenapa tak boleh tegur?

Nanti dikatanya kita berlagak alim. Status merata2 fb insta twitter memaki hamun orang yg tegur dia. So biarlah saja ya.

Meh nak kongsi salin tampal dari wassep. Yg mencetus kemarahan sampai tak boleh terima hukum hakam Allah. Hihi. Harap korang tak marah aku juga ya.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Selasa, 15 Oktober 2013

Berita baik tapi kami terkejut.

Mana tidaknya. Tiba2 saja sahabat yang kami panggil Cik mengaku dah menikah selama 2 tahun.

Kekantoiannya yang tak kantoi alkerana ferutnya membesar.

Kami gembira dan bersyukur kerana mereka mengambil keputusan untuk bernikah.

Setelah sekian lama perhubungan rasmi dihalang keluarga. Yang aku tidak faham ahli keluarganya tidak memikirkan tentang tonggak keluarga mereka itu. Benarkan berkawan tapi tidak berkawin.

Semakin pelik dunia ini.

Kan?

*gambar di bawah sekadar hiasan. Hihi.

Ahad, 18 Ogos 2013

Hentikan

Plis. Stop it. Tq.

Selasa, 25 Jun 2013

Rasa hebat ya?

Assalamualaikum.

Sebenarnya keadaan jerebu makin teruk akan tetapi sekolah takleh tutup lama2. Tak larat nak mengganti weh. Cutinye sedap je. Hihi.

Seingat aku last jerebu tahun 2008 dulu. Lama jugaklah kan. Tahun tu Fatin Rafiq kecik lagi. Dan sangat berbeza dengan sekarang ni.

So pagi tadi bawa Rafiq jumpa doktor. Dari malam sebelum dok mengadu nak g klinik. Selesema. Hidung tersumbat. Nah memang banyak pun sampai tersumbat. Doktor bagi ubat power. Sekali amik terus mengantuk.

Ni sambil tunggu dia lena la. Fatin dah selamatttt. Esok nak bawa depa ke sekolah. Larat ke tidak aku nak melayan tataulah. Hihi.

So kat luar klinik tadi ada beli mask dari auntie yg aku rasa pandai je meniaga jual mask kat luar. Look on the bright side la. Haze ni berlaku mungkin ada hikmahnya. Salah satunya makcik tu dapat meniaga. Hihi.

Anak2 sgt eager nak pakai mask tu. Keluar klinik terus beli dan depa terus pakai. Amboi semangat sunggguhhh!

Mungkin rasa hebat juga bila 'mask on'! Hihi.

Okes. Rafiq udah selip. Time aku fulak nak landing. Esok kilija ma.

Assalamualaikum.

Khamis, 6 Jun 2013

I am fine

Aku ok. Hihi. Ok?

Isnin, 6 Mei 2013

Tekad.

Assalamualaikum.

Berakhir sudah pilihan raya. Rasa lega sebab boleh tengok tv macam biasa. Hihi. Dah la takde astero, tv biasa pun asyik Mandat je. Letih gak nak melayannya. ;-)

So, apa pandangan anda semua? Ada konklusi tersendiri? Plis jgn beritahu saya. Tak berminat ok! Yang aku tahu kita semua manusia dan tak lepas dari buat kesilapan.

Tidak ada yang tidak salah. Tidak ada yang sepanjang masa salah pula.

Bosan memanglah bosan bila baca kat fb macam2 komen. Tapi hadap je lah. Segala maklumat atau berita atau pendedahan sangatlah berat sebelah kecuali kita buka dan mencari di pihak satu lagi.

So supaya tak menambah luka di hati sendiri atau di hati kawan2 pula, tekadku tiada update pasal politik. Hehe. Jalan paling selamat kan.

Ya udah. Mau selip.

Maafkan salah silapku ya.

Assalamualaikum.

Ahad, 28 April 2013

Bila la nak berhenti?

Asslamualaikum.

Apa jadi ntah dengan sesetengah orang sekarang ni. Tak fikir langsung hati orang.

Yang penting, hati sendiri. Tu pun ada hati nak jadi wakil rakyat. Boleh bercakap pasal kiri dan kanan konon.

Tak pernah lihat diri sendiri. Yang penting tercapai hasrat hati. Yang menghalang terus terbuang. Dibuang sebenarnya.

Tak pernah cuba nak faham.

Baguslah teruskan sikap begitu. Memang dari dulu kau macam tu pun. Kau fikir kau berkuasa. Kawan kau ramai. Sanggup buat apa saja untuk kau. Yang terhebat kan. Born leader right?

Eh. Aku pulak terlebih emosi. Haha.

Assalamualaikum.

Gambar hiasan sekadar apa yang ada je. Orang susah. Miskin tak berduit. Tak berkuasa macam inilah. ;-)

Ahad, 10 Februari 2013

Bila cinta diduga...

Assalamualaikum.

Hihi. Apa kaitan tatau. Tapi nak menyatakan pendapat peribadi.

Hal Shila Amzah dengan Sharnaaz Ahmad. Ye. Aku tau aku ni bukan sesiapa la. Bukan alim ulama. Nak memandai pulak komen hal orang.

Sukahati aku la. Blog aku. Korang tak suka, buat apa korang menebeng lagi kat sini?

Kita ada agama. Agama kata ibu bapa yang wajib kita taat. Sebelum kita kawin untuk orang perempuan. Memang betul kena dengar cakap mereka. Biar pun kita tak suka. Kita terpaksa meninggalkan org yg kita cinta. Even anak lelaki pun kena ceraikan isterinya kalau mak ayah tak suka.

Ha. Sampai macam tu sekalilah tahap kita kena taat pada ibu bapa ni.

Tapi bukanlah semudah hari ni mak suruh ceraikan isteri kita, terus jatuhkan talak. Salah.

Islam agama yang mudah dan tidak menzalimi sesiapa. Apatah lagi menganiayai kaum wanita. Kita perlulah bijak menggunakan sumber atau peluang yang ada berdekatan untuk membantu. Contohnya gunakan org lain utk pujuk ibu bapa kita.

Dalam kes mereka ni, Shila wajib taat. Tapi pendapat aku keluarga terdekat perlu juga bantu pasangan muda ni. Mereka nak berkahwin. Bukan nak buat dosa.

Yg bapaknya punya alasan pula tak logik. Tumpukan pada karier. Apa karier tu boleh bawa anak kau ke syurga ke?

Lainlah bapak dia cakap berlapik. Sebenarnya tak sukakan Sharnaaz sebab dia tak menepati ciri calon suami yang digariskan oleh agama ke. Wallauaklam. Takyah berlapik sangat la pada aku. Terus terang je biar keadaan clear.

Lama dan dah banyak aku dengar pasal bapak dia ni. Tapi biarlah dia kan. Hidup dia. Keluarga dia. Pandai2 lah nak atur.

Okes. Jumpa lagi nanti.

Ahad, 16 Disember 2012

I-City Oh I-City!


Assalamualaikum.

Semalam kan ada g umah kakak kat Klang sambil lalu Seksyen 7. Sebenarnya, aku ada terdetik nak menyatakan macam yang aku jumpa kat FB ni. 

Yang lebih menarik, penulis ni dah mencuba semua jadi dia memang layak ceritakan apa yang berlaku la kan.

Gambar hiasan - Gambar tahun 2010 bersama Acik Lana

Kami jadi petugas la kononnya. Sebenarnya sebab dapat masuk free. Hihi. Memang tak pernah g berbayar pun. Walau pun dekat sangat ngan umah mak. Berikut ceritanya ya....

I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit....

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.

Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. **** anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?

Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.

Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

Sumber : Fdaus Ahmad - fdausamad.blogspot.com

Ahad, 9 Disember 2012

Manusia oh manusia!

Pelbagai cara kan manusia ni, nak sakitkan hati orang lain.

Terkadang mungkin aku juga begitu. Aku terasa seperti tiada apa2, hakikatnya aku dah melukakan hati org.

Maafkanlah aku. Bukan aku nak tunjuk baik. Mmg aku ni tak baik mana. Tak lepas dari membuat dosa.

Entri ni takde nak tuju siapa2. Jangan nak terasa pula ye.

Berulangkali dah macam ni. Nak buat macam mana aku tak serik.

Tak penting kan?

Cuma beringatlah lepas ni. Kalau boleh janganlah kuulang lagi.

Aku fikir macam tu. Rupanya tidak.

Assalamualaikum.

P/s: sbg kenangan gambar ni. Mlm ni Malaysia lwn Thailand untuk Piala Suzuki AFF


Sabtu, 17 November 2012

Doa untuk Membantu Saudara Kita di Palestin

Assalamualaikum..






Semoga dapat dimanfaatkan. Saudara-saudara kita di sana, sedang dikepung dan bila-bila masa akan disembelih. Inilah jjihad kita, senjata terbaik adalah doa kita. InsyaAllah. Amin.

T_T

Assalamualaikum...

Dah tak tertulis apa yang aku nak sampaikan...

Tengok gambar je lah....






What say u, hah?

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Jumaat, 9 November 2012

Kegilaan Whatsapp!

Hihi...

Dah boleh mobile ni tak berenti la entri aku. Sekarang ni masih bataks berwassep. Sebenarnya aku dah install dekat setahun lebih. Tapi tahun lepas takde geng.

Demam smart phone di sekolah baru melanda tahun ni. Tapi smart phone depa semua hat canggih2 la. Harga henfon depa tu kiranya boleh dapat paling kurang 6 Galaxy Mini macam aku ni.

Oklah ye. Tetiba hujan semula pulak. Lebat lagi... Hmmm.. Lapor la. P cari makanan sat.

Sampai jumpa ya.

Assalamualaikum.


Testing!

Assalamualaikum...

Hai. Ini aku installed blogger di handphone kesayangan.

Sayang sgt wooo. Walau pun murah. Beli bayar dua kali. Hihi.

Now aku kat Tadika Seri Cendekiawan Wawasan Gemilang Cawangan Damansara Damai utk amik report kad anak2.

Nak try bubuh gambar jadi ke tak. Hihi. Sampai jumpa lagi ya.

Assalamualaikum.


Ahad, 27 November 2011

Hujan lagi petang ni..

Assalamualaikum.

Hujan lebat lagi petang ni. Alhamdulillah.

Semoga kita semua mendapat barakah dri Allah SWT.

InsyaAllah. Sampai jumpa lagi.

Wassalam.

Nak melawat teman Rafiq berkhatan...

Assalamualaikum...

Dalam perjalanan hujan lebat dari Padang Jawa ke Setia Alam. Rafiq awal lagi dah tdo. Hihi...

Fatin pun dah selamat tido. Apa pun semoga kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi. Amin.

Wassalam.

P.s. Aku agak tensi kerana takleh upload gambar ni. Huhuhu.

Jumaat, 9 September 2011

Cara merenggut.


Assalamulaikum.....

Baru2 ini kita dihidangkan dengan video rompakan di sebuah kedai mamak di Shah Alam. Tahniah buat perompak. Lain kali buat lagi. Kepada orang ramai yang ada kat situ, aku nak ucapkan tahniah jugak, sebab berjaya menggalakkan lagi mereka mengulangi modus operandi yang sama lain kali. Alahhh... bukan susah pon, sua (hulur) parang, bertempiaran lari. Anak pun ditinggalkan. Hilang dah semangat pahlawan orang Melayu. Semua tinggal Hang Buah aje.

Aku salute kat sorang akak/adik yang melawan tak mahu beg dia diragut penjenayah tersebut. ANDA MEMANG BERANI!~ Tapi alangkah baiknya kalau sekurang2nya ada 5 lelaki kat situ yang macam anda. Ini, semuanya lari bertempiaran. Menyelamatkan diri. Yang sorang pulak terpinga2... aku tau dia terkejut. Kadang bila fikir rasa tak baik pulak cakap gini. Mana tau aku pun turut sama jadi bengong bila kena situasi sama.

Cuma terfikir kalau 5 orang je jadi hero dah cukup. Ambik kerusi hayun ke perompak tu kan boleh jugak??? Sajelah aku tulis kat sini nak bagi idea siapa2 yang terbaca. Hehe.

Hummm, ok. Ni dah masuk cerita luahan perasaan. Tadi aku dah menyatakan kegembiraan aku pada sesuatu tau. Tup-tup ada orang merenggut kegembiraan aku dengan jawapannya yang bersahaja. "Tengoklah......"

Tiba2 terasa diriku sungguh tidak berharga. <---sempat lagi iklan tu. Ye lah, awak tengah syiok2 punya happy, dia datang dan sudah kasi potongggg la. Takpelah. Dan aku pun dah tak sehappy tadi.

Tunggulah, biarlah masa yang merawat hati ini. Dan-dan sedih.... uhukkk.

Wassalam.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails