Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Pemanggang Ajaib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemanggang Ajaib. Papar semua catatan

Ahad, 21 Jun 2015

Ayam Percik Mudah

Bahan

1 ekor ayam (dibersihkan)
5 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
3 batang serai*
15 tangkai cili kering*
7 biji cili api*
1 helai daun kunyit
2 tangkai daun limau
1 sk gula
1 sk halba
1/2 cawan air asam jawa
1 kotak kecil santan
3 kotak air (gunakan kotak santan)
Sedikit garam

Cara

1. Ayam dipotong 4 dan dilumur garam.
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali. Masak sehingga ayam separuh masak.
4. Keluarkan ayam dan panggang menggunakan pemanggang ajaib.
5. Baki kuah dimasak sehingga pekat menggunakan api perlahan dan dikacau selalu. 

Masukkan daun kunyit dan limau yang diracik halus.
6. Siramkan kuah di atasnya. Sedia dihidangkan.

Sabtu, 20 Jun 2015

Keli Salai Lemak Cili Api

Bahan

4 ekor ikan keli (dibersihkan)
3 batang serai*
1 labu bawang besar*
3 labu bawang merah*
2 inci kunyit hidup*
3 inci halia*
9 biji cili api*
1 kotak kecil santan (dibancuh dengan 3 cawan air)
1 biji tomato (dipotong baji)
1 helai daun kunyit (diracik)
Garam sebagai perasa
Minyak untuk menumis

Cara

1. Potong dua ikan keli yang telah dibersihkan. Gaulkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Salai menggunakan pemanggang ajaib sehingga kulit kedua belah agak garing.
2. Tumbuk bahan bertanda*.
3. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak.
4. Masukkan bancuhan santan dan kacau sekejap2 sehingga mendidih.
5. Masukkan ikan, tomato dan daun kunyit. Kacau perlahan2 dengan api kecil.
6. Matikan api dan perasakan garam. Sedia untuk dihidangkan.

Ahad, 20 Oktober 2013

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Bahan

500 gm daging (dipotong dadu)
2 helai daun kunyit
2 btg serai (dititik)
9 biji cili padi*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 cawan air*
1 cawan santan
Garam secukupnya

Cara

1. Daging dicuci dan digaulkan dengan garam.
2. Lumurkan daging dengan garam. Salaikan daging dilapik daun kunyit sehingga daging agak garing. (Saya gunakan pemanggang ajaib)
3. Kisar bahan bertanda *.
4. Dalam periuk lain, masukkan bahan kisaran dan daging. Kacau sebati.
5. Masukkan santan. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
6. Tutupkan api dan masukkan garam secukupnya.
7. Sedia dihidangkan.

Khamis, 17 Oktober 2013

Bingka Berlauk

Sumber: Chef Hanielieza

Bahan

Bingka

1 cawan tepung gandung
3 sudu makan tepung jagung
1 cawan susu cair
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
2 keping keju chesdale (dicincang)

Lauk

200 gm daging cincang
1 sudu makan serbuk kari
1/2 biji lobak (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
5 batang daun sup (dipotong halus)
2 biji cili merah (dihiris)
1 sudu teh garam

Cara

1. Bancuhkan semua bahan A kecuali keju. Apabila sudah sebati baru masukkan keju ke dalam adunan.
2. Masukkan dalam pemanggang ajaib dan bakar selama 30 minit dengan api perlahan.
3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali lain.
4. Tumiskan bawang sehingga layu.
5. Masukkan daging. Gaul sebati sebelum masukkan serbuk kari.
6. Masukkan pula lobak. Kacau sekejap2.
7. Apabila lobak masak, masukkan daun sup dan hirisan cili merah tadi.
8. Tutup api dan sejukkan sekejap. Taburkan garam dan ratakan. (Petua untuk elakkan darah tinggi : masukkan garam ketika hidangan sejuk, buka ketika api menggelegak)
9. Setelah 30 minit bingka dimasak, taburkan lauk diatas bingka tadi.
10. Rapatkan semula pemanggang ajaib dan tunggu 5 minit lagi.
11. Tutupkan api. Keluarkan bingka dari pemanggang menggunakan spatula kayu.
12. Potong mengikut citarasa anda.

Rabu, 18 September 2013

Kailan Lobak Manis

Bahan

3-4 pokok kailan
Sebiji lobak
Semangkuk kecil ikan bilis (direndam)
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam

Cara

1. Bersihkan lobak. Potong bulat separa tebal dan potong empat.
2. Panggang di dalam pemanggang selama 2 minit dan balikkan. Panggang lagi selama 2 minit.
3. Masukkan minyak zaitun dan ikan bilis. Balik2kan pemanggang sebentar.
4. Apabila ikan bilis berbau harum, masukkan sayur, air dan garam.
5. Balikkan lagi pemanggang dan bolehlah ditutupkan api.
6. Sedia dihidangkan.

Selasa, 17 September 2013

Ayam bakar serai

Bahan

4 ketul ayam (dibersihkan)
3 cm halia (dihiris)
5 biji cili kering
2 batang serai (dititik)
5 keping daun limau (dipotong dua)
2 sudu sos bbq
1 batang lobak (dipotong kecil)

Cara

1. Ayam dipotong kecil dan diperap dengan sos bbq selama 1/2 jam.
2. Masukkan bahan2 lain dalam perapan dan gaul sekejap.
3. Masukkan dalam pemanggang ajaib dan bakar selama 5 minit.
4. Terbalikkan pemanggang dan bakar selama 5 minit lagi.
5. Sedia dihidangkan.

Khamis, 5 September 2013

Tenggiri pandan bakar

Bahan

1 keping isi ikan tenggiri (dibersihkan)
2 batang serai*
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
4 helai daun pandan
Secubit garam

Cara

1. Lumurkan garam pada ikan. Ketepikan.
2. Tumbuk bahan bertanda *.
3. Susunkan daun pandan bersebelahan satu sama lain.
4. Letakkan bahan yang ditumbuk pada sebelah bahagian ikan. Letakkan bahagian tersebut di atas daun pandan. (terbalikkan)
5. Letakkan baki bahan tumbuk di atas sebelah lagi bahagian ikan.
6. Lilitkan daun pandan dengan kemas. (saya lilit secara bersilang)
7. Masukkan dalam pemanggang ajaib. Bakar selama 15 minit.
8. Terbalikkan pemanggang ajain dan bakar selama 15 minit lagi.
9. Sedia dimakan bersama nasi panas.

Rabu, 4 September 2013

Ikan merah panggang

Bahan

2 ekor ikan merah (dibersihkan)
1 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit
1/2 sudu makan mentega

Cara

1. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit. Biarkan seketika.
2. Panaskan pemanggang ajaib.
3. Oleskan mentega pada satu bahagian pemanggang ajaib.
4. Masukkan ikan. Pastikan api perlahan.
5. Setelah 10 minit, balikkan pemanggang. Tunggu lagi 10 minit sebelum ditutupkan api.
6. Gunakan senduk kayu untuk mengangkat ikan.
7. Sedia dihidangkan.

Ahad, 18 Ogos 2013

Ayam Panggang

Bahan

1/4 bahagian ayam (dibersihkan)
2 sudu makan sos barbeque
2 sudu makan serbuk lada hitam (yang ditumbuk 1/2 halus)
1 sudu teh garam

Cara

1. Gaulkan ayam dengan semua bahan dalam mangkuk.
2. Perap selama 1 hingga 2 jam.
3. Masukkan dalam pemanggang ajaib. Panggang dengan api kecil selama 30-45 minit.
4. Hidangkan bersama sos barbeque.

Rabu, 17 Julai 2013

Bingka Jagung

Sumber : Chef Hanielieza

Bahan

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur
2 sudu makan mentega (dicairkan)
1 tin jagung manis

Sedikit minyak (untuk dioles dalam pemanggang ajaib)

Cara

1. Campurkan semua bahan.
2. Gaul sebati.
3. Masukkan ke dalam pemanggang ajaib.
4. Panggang selama 30 minit.
5. Balikkan pemanggang dan boleh ditutup api selepas 15 minit.
6. Sedia dihidangkan.

Sabtu, 13 Julai 2013

Puding roti sos kastad

Sumber: Sue Joshua

Bahan puding

1. 5 keping roti (potong kecil)
2. 300ml susu segar
3. 3 biji telur (dipukul sekejap)
4. 3 sudu makan mentega yang telah dicairkan
5. 3 sudu makan gula halus
6. 2 sudu makan susu cair
7. 1/2 sudu teh esen vanila
8. 1 sudu teh parutan kulit limau
9. 2 sudu kismis 

Bahan sos kastad

1. 1 tin susu cair
2. 200 ml air
3. 4 sudu makan gula
4. 3 sudu makan tepung kastad (dibancuh dengan sedikit air)
5. Secubit garam


Cara membuat


Puding
¤Satukan semua bahan dalam bekas kecuali roti.
¤sebatikan sebelum masukkan roti.
¤oleskan sedikit mentega di dalam pemanggang ajaib sebelum adunan dituang.
¤tutup pemanggang dan masak dengan api sederhana kecil selama 20 minit.
¤terbalikkan pemanggang dan masak lagi 10 minit.
¤sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.


Sos kastad
¤satukan semua bahan kecuali bancuhan tepung kastad di dalam periuk
¤kacau di atas api yang sederhana
¤setelah mendidih masukkan bancuhan tepung kastad 
¤kacau lagi hingga kuah pekat bolehlah ditutup api
¤sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti

*cara memasak diolah menggunakan pemanggang ajaib sebab kita takde oven

*sos juga saya letakkan atas puding sekaligus apabila sudah sejuk untuk menjimatkan ruang peti yang kecil. hihi.

*nak dapatkan resepi original dan resipi lain yg mengancam boleh ke sini. 

suejoshua.blogspot.com

Klik bahagian label dessert boleh scroll ke bawah.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails