Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Oktober 2014

Happy birthday!

Siapa yang dah sambut besday tahun ni?

Selamat ulang tahun kelahiran. Dari awal tahun sampai hujung tahun. Aku malas nak ucap. Bukan tak ingat tau. Hihi.

Yang biasa aku ingat semua akan aku ingat insyaAllah.

Semoga panjang umur, berbahagia, sihat, cantik/kacak, murah rezeki selalu. Amin.

Sabtu, 2 Ogos 2014

Salam Aidilfitri 1453H

Assalamualaikum.

Hai semua. Apa khabar? Harap sihat dan berbahagia selalu.

Aku? Alhamdulillah. Sihat. Bahagia. InsyaAllah.

Pada kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan2, kenalan2, yang sangat aku kasihi. Yang kenal dekat atau dari jauh, semuanya sentiasa di ingatanku. Which means will be included in my prayers every day. InsyaAllah.

Mohon maafkan salah silap aku. Keterlanjuran kata, perbuatan atau yang melibatkan hati. Harap halalkan segala pemberian. Makan minum atau apa jua barangan. Atau even gambar korang yang aku grab dari fb. Hihi.

Yang melibatkan hati, memang payah. Sebab. Asbab. Dah ramai yang pergi macam tu je. Even sebelum ini dia mengaku kawan baik aku kononnya. Even sebelum ini dia mengaku dah maafkan aku. Tapi sebenarnya tidak. Ya. Aku tahu. Tiada kemaafan darimu. Cewah ayat. Sendiri taip sendiri nak pengsan ni. :-P

Ada yang maki hamun di FB. Ada yang senyap terus. Ada yang kawin tak jemput pun. Dah dapat anak apatah lagi la nak beritahu. Tapi aku tahu jua. Kerana.... Jeng jeng jeng.

So, maafkan aku. Aku tak tahu sejahat mana aku pada korang. Sampai sesetengah daripada korang sanggup lupakan kisah zaman muda remaja kita bersama. Zaman mak kau percayakan aku. Zaman mak aku percayakan kau. Ya. Zaman itulah.

Baik. Sebelum aku melalut ke laut.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir Batin.

I lebbiu. :-P

Nah gambar sekepim. Gambar pagi raya empat beranak. Depa kata aku nampak kurus. Ye ke tak? Hihi. Kalau ya alhamdulillah. Kalau tak, pun alhamdulillah.

Jumaat, 9 November 2012

SELAMAT BERCUTI!~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah tamat sesi persekolahan tahun 2012, sekejap je kan? Diam tak diam, masa berlalu pantas. Berapa banyak masa yang telah kita rugi? Korang taklah, aku cakap pasal aku ni. Aku banyak terlibat melakukan perkara2 lagho. Perkara yang sia-sia.

So... I am not going to talk about myself sebenarnya. Nak ucap selamat bercuti pada yang bercuti. 

Semoga anda semua selamat di perjalanan. Selamat pergi dan selamat pulang. Semoga selamat tiba. Yang pentingnya aku doakan korang semua selamat.

Oklah, dah sampai maksud atau tujuan entri kali ni.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Sabtu, 5 Mac 2011

Welcome Back SJ!~

Assalamualaikum....

Nak mengucapkan selamat kembali ke tanahair buat sahabatku Sue Joshua. Ini gambar kali pertama kami jumpa. Kalau tak silap aku kami Jumpa 1 Mac 2009. Entri first time jumpa tu ada kat SINI.
Apa pun Sue sekeluarga dah selamat jejak kaki pun kat Mesia. Dan kali ni balik dan terus menetap kat Mesia.

Mesti baru2 ni Sue akan sangat busy menguruskan macam2. Mana dengan rumah, hal sekolah anak2 dan macam2 lah. Pelan2 ye Sue. Jaga kesihatan tu, jangan sampai tumbang lagi nanti.

Nak citer lagi ker aku dengan Sue ni macam mana? Tak payahlah kot. Cari jelah entri lama2. KRZ dah balik dari meeting da, aku kena la g menebeng ngan beliau. Rindu ooo sepagi tak jumpa. Hikhik....

Jumpa lagi nanti.

Wassalam.

Sabtu, 8 Januari 2011

Adik Ila & Me!

Assalamualaikum semua.

Hai apa khabar? Hehe..... ni gambar Rabu lepas. Aku dengan adik Ila. Tengah sarat hamil sekarang ni. Semoga selamat melahirkan nanti yer.
Nanti anakmu mesti gebu macam mama juga. Lawa mesti macam papa dia. Kan??? Ha.... ni gambar depa waktu kenduri umah Bad di Desa Coalfield.
Aku senang dengan Ila ni. Dia ni kira macam orang kuat di opis tempat keje aku la. Kalau dia takde, mesti aku tanya, Ila mana?

Nasib baik ada orang harapan kedua, Puan Rosie. Apa pun, aku harap Ila dapat terus maintain jadi diri dia. Aku suka sangat cara Ila ni buat keje, kemas, tersusun je.

Nanti pasti lebih bermakna hidup Ila dengan kehadiran cahaya mata yang ditunggu2 tu. Selamat menjadi ibu ya dik Ila.

Bye!

Ahad, 2 Januari 2011

Happy New Year!!!


Assalamualaikum...

Ketinggalan aku ni kan? Tapi takpe,nak ucap selamat tahun baru buat semua. Cerita tahun baru ada. Tapi sikiiit lambat mau publish yer.

Pasal nak kena edit gambor dulu tu yang buat aku malas. Malas sangat. Haha. Jumpa lagi nanti.... Bye!

Rabu, 17 November 2010

SALAM AIDILADHA


JUST WANT TO WISH HAPPY AIDILADHA....

Rabu, 1 September 2010

Kad Raya

Hai hai hai....

Beberapa hari lepas, aku dapat kad raya dari kawan lama, kawan waktu sekolah rendah. Terima kasih En. Hazly di atas ingatan. Jumpa dia balik melalui FB la. Yang aku ingat memang ngam dgn beliau dulu.

Satu lagi perkara yang aku ingat waktu dulu tu dia ni pernah kena appendicitis. Akibat suka makan pedas. Kalau salah, maafkanlah aku yer.

Dan pagi tadi dapat lagi sekeping dari anak murid. Betul jugak bak kata rakan di FB, memang payah nak dapat kad raya di zaman serba maju sekarang. Aku kira beruntung la.

E-kad raya tahun ni belum design lagi. Harap pada adik kesayangan aku kot. Tu pon kalau dia rajin la kan.

Aku soh KRZ buat, dia soh aku yang buat pulak... haha... Tengok la macam mana nanti...

To Acik:- Amacam??? Ada mau duit raya ka ini tahun??? Sila buatkan kad ok? Amek gambar baju apple-apple.... Haha...

Mampos korang tak paham, baju apa yang apple2 tu.....

Biarlah rahsia!~~~<----tetiba! Jumpa lagi....

Jumaat, 12 Mac 2010

Uniform

Bukan uniform Pengakap dan sebagainya, tapi uniform ibu hamil.
Memang chomel tau tengok Shirley
yang tengah sarat tu melaram.
Tapi dia malu-malu. Katanya aku mengusik dia.
Haha! Betul dik, chomell!!! Walau bukan satu agama, aku rasa Shirley ni sangat
rapat dengan kami. Kata Shirley walau tak
mengamalkan ajaran agama, tetapi dari kecil dia diasuh
dengan nilai-nilai murni. Sangat teguh tau bukan sebarangan.
Harap2 orang lain pun boleh ikut la meneguhkan
nilai-nilai murni bukan saja dalam diri tapi dalam pergaulan seharian.
.
Apa pun Shirley,
aku doakan semoga kau selamat bersalin nanti yer.
Semoga tabah mengharungi asam garam kehidupan,
semoga berbahagia disepanjang hidupmu.
Bye!

Khamis, 4 Februari 2010

Bon Voyage, Acik!

Hari ni Acik akan terbang ke Perth, Australia kerana terpaksa bertugas. Alhamdulillah ada rezeki kamu nak ke luar negara dik. Walau pun berseorangan dan bukan bersama insan tersayang, anggaplah ini sebagai pembuka rezeki untuk kamu. Mungkin selepas ini kamu akan dapat peluang-peluang yang lebih mengancam siapalah yang tahu.
.
Balik dari skul semalam, aku ajak KRZ g beli barang umah. Tengah2 dok pilih barang, nampak la pek perencah masakan segera lantas teringat kat Acik.
.
Terus aku telefon dia dan bertanya, katanya semua dah dibeli. Acik terus ajak aku ngan KRZ g umah dia.
.
Sampai umah sewa Acik, aku nampak Acik sedang lipat2 baju dan terdengar Kodai kompelin, baju banyak dan tak muat beg. Aku ngan KRZ tengok saja sambil mulut tak henti2 menguyah hidangan dan minum air coke. Sesudah makan, aku mintak KRZ ajar Kodai bagaimana nak lipatan baju kerana KRZ sangat biasa nak menjimatkan ruang bila packing baju.
.
Dan berjaya akhirnya. Siap boleh isi makanan lagik.
.
Oh, Kodai bukan keseorangan, beliau ditemani oleh Fie. Nanti idak la korang kata mereka berkhalwat sebelum ketibaan kami. Kemudian masuk waktu mahgrib, kami balik dan g menjemput anak2 dulu untuk keluar makan2 bersama2.
.
We decided nak makan western di Chief Tomyam. Aku sekeluarga sampai jer nampak Acik, Dai sama Fie dah menunggu. Terus la oder kan.
Makanan sampai makan time la.... sampai macam nak tercekik kamu suap Acik wahai Dai....
"Saya bukan artis",kata Fie. haha! Manje2 puas2!Fatin pown tumpang manja... Rafiq yang amik ni....
Lepas makan lepak2 sekjap sembang2 sambil tengok gelagat anak2. Kemudian terus Acik sama Dai sama Fie gerak ke Shah Alam.... Semoga kamu selamat sampoai dik. Jaga diri tau.... Bye !

Khamis, 24 Disember 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL!

Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua....Aku masih kat kampung sampai Sabtu nih..
Malas nak ngapdet, slow sangat kat sini...
Sampai jumpa lagi nanti bye!

Selasa, 15 Disember 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

Tahniah buat Nik&Nadia.
Maaf tak dapat pegi kenduri kamu berdua.
Pasalnya aku dah lama dah janji ngan
KRZ nak teman dia g mancing. Awal2 cuti aku tak bagi dia pegi pasal aku ada exam
plus ada assignment yang perlu disiapkan.
Pastuh asyik cari tarikh sesuwai
mana nak setting dengan geng pancing lagik...Apa pun tahniah sekali lagi semoga berbahagia selalu
dan dimurahkan rezeki ya!
Bye!


Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails