Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Masihkah Kau Ingat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masihkah Kau Ingat. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Oktober 2013

Menangis kerana kalah.

Assalamualaikum.

Hihi. Tajuk ni khas untuk Cik Fatin yang sampai je rumah tadi terus nangis2 kat Firuz. Sambil berkata "Fatin minta maaf. Fatin salah sebab tak menang pertandingan mewarna. Tak dapat bagi hadiah kat Firuz."

Naik syahdu aku yang menengok ni tau. Hihi. Aku tanyalah siapa yang menang. Jawabnya "Qalisya. Fatin benci dia sebab dia menang. Dapat banyak hadiah." Kemudian terus sambung dengan nada penuh emosi, "Fatin siap warna, tapi tak cantik. Sebab tu Fatin tak menang!"

Well, pada aku bagus juga dia kalah. Sebab dia akan berusaha untuk pandai mewarna lepas ni. Selalunya kalau aku beri tunjuk ajar maka aku akan hadap muncung dia sampai setengah hari lah jawabnya.

Mengimbau kenangan aku masa darjah 5, aku juga pernah menangis kerana tidak memenangi pertandingan. Sungguh2 aku menangis bukan sedih tapi sakit hati. Beregu badminton. Lawan mengikut kelas. Kebetulan rakan kelas yang satu lagi sahaja yang ada. Jadi mereka semua memberi sokongan pada rakan mereka disamping cuba menjatuhkan semangat aku. Dan mereka berjaya!

Lemahnya aku dulu. Terus ku arahkannsepupu aku balik panggil abg Adi. Apa lagi abg Adi pun dtg disambut dengan jeritan kawan2 pompuan aku yang dah start miang masa tu. Kiut sgt kot abg Adi masa tu. Nanti lapang2 aku upload gambar abg Adi pula.

So abg Adi pun g la jumpa budak paling kuat menyaiko aku. Jangan kacau adik aku lagi bunyinya. Cam samseng beno. Hihi. Almaklum. Aku adik yg ditunggu 7 tahun. Agaknya Rafiq esok2 pun macam tu menjaga Firuz. Kan? Best oo ada abg ni.

Lepas minta maaf, kawan2 aku yang miang tu pula sibuk nak bersalam. Siap amik sapu tangan nak berlapik la konon. Hai la kawan. Aku tak lupa punya perangai kau dulu. Walau kau tak mau kawan aku lagi dah. Alhamdulillah.

Ya udah. Sebelum aku sedih lagi. Chow dulu. Tata.

Jumaat, 7 Jun 2013

Mimpi yang berterusan...

Assalamualaikum.

Rasa lama tak berceloteh dengan kadar celoteh yang sebenar, hihi. Apa khabar semua? Aku di sini, baik2 saja setakat ini. Alhamdulillah. Belum masuk spital tu kira sihatlah ye. Setakat sakit2 dada ala2 penyakit zaman remaja tu, dah terbiasa sangat sekarang. :-)

Pernah tak, korang alami mimpi yang sama, atau hampir sama, pelakon watak yang sama, memberi maksud yang sama? Itulah yang kerap aku alami kini. Pelakonnya yang sama setiap kali, ada aku, ada dia, ada suami dia. Dan tema mimpi itu adalah sama setiap kali.

Aku pernah mendengar Ustaz Don menerangkan antara tanda mimpi benar, adalah mimpinya sama berulangkali. Adakah mimpiku itu satu petanda.

Setakat ini, aku hanya berkongsi di sini. Dua tiga hari kebelakangan ini, aku scroll semula wall fesbuk dan dapati aku tak pernah berhenti bermimpi tentang dia. Arwah sahabatku, Alinda Binti Aman semenjak pemergiannya.

Adakah kerana aku terlalu merinduinya? Tak henti2 kukirimkan doa dan surah Al-Fatihah buat rohnya. Tak pernah aku lupa. Setiap tahun aku ingat juga tarikh lahirnya. Tanpa perlu aku selidiki event atau profil fb. Memang sejak dari tamat sekolah, akan kuucapkan selamat ulangtahun buat arwah. Dan dia juga akan melakukan yang sama.

Tahukah korang, birthdate aku, aku tak pernah rasa penting pun. Memang aku hide dari fb. Masa masih bersama keluarga, adik beradik tak pernah lupa. Terutama kakak dan adik perempuan aku. Mak aku yang bersungguh2 ajak aku g beli kek untuk besday sendiri. Dan dengan arwah, masuk je 12.00 tengah malam, sms akan kuterima, ucapan sempena hari lahirku. Begitulah juga setiap kali Hari Raya. Ucapan ampun maaf darinya.

Kini arwah dah tak ada, lagi kurasa birthdayku seperti tiada apa2. Tahun ini pun, hatiku terseksa dengan perbuatan manusia. Terima kasih. Sungguh. 2 tahun tanpanya kurasa sepi. Alhamdulillah masih ada yang nak juga buat surprise dan ada yang kantoikan surprise beliau. Hihi. Really appreciate it. Thanks.

Berbalik pada mimpi tadi... aku masih tak sampai hati lagi nak cerita kat sini, atau sesiapa juga. Aku masih lagi nak simpan sendiri. Tapi memang setiap kali aku mimpikan yang sama. Dan arwah serta suami sangat gembira.

Tak tahulah apa tandanya. Nak tanya sendiri pada suami atau ahli keluarganya, aku memang tak sanggup. Cuma yang aku boleh kata, walau pun dia dah pergi, dia tetap hiburkan aku, ingatkan aku tentang macam2 perkara. Al-Fatihah untuk arwah sahabat.

Gambar ini adalah antara gambar terakhir kami bersama. Memang kami sangat bergembira masa ni. Arwah adalah yang duduk nombor dua dari kanan. Siapalah sangka itulah antara kenangan terakhir, termanis, kami bersama2.


Rabu, 6 Februari 2013

Setengah Jam

Assalamualaikum.

Apa khabar korang hari ni? Harap sihat2 selalu.

Aku macam biasa la. Fatigue. Gagahkan juga demi tugas. Selagi termampu.

Nak cerita pasal minah tecik Cik Fatin. Setiap hari akan mandi dulu di sekolah sebelum bersiap utk ke sekolah agama pula.

Sesi sekolah agama bermula dari jam 2.30 hingga 5.00 petang.

Fatin ni jenis tak tahan panas. So setiap hari dia akan mandi selama 20-25 minit dan ambil masa 5-10 minit untuk bersiap.

Basically setengah jam la dia nak bersiap. Kadang2 dia mandi sebelum makan dan ada masanya dia makan nasi sebelum mandi. Ikut mood dia la.

Peralatan mandian dan baju sekolah agama semua aku dah sediakan di bilik persalinan. Lepas mandi terus pakai je la.

So dalam tak larat aku gagahkan juga sampai dia g skolah agama. Mujur dia suka pegi awal sebab nak duduk depan. Jam dua dah sampai sekolah agama.

Ni nak cerita sikit la masa zaman aku sekolah dulu. Aku sangat serik. Sebab kepenatan. Balik sekolah kebangsaan sampai rumah dah 1.30. Rehat sekejap kena g sekolag agama pula. Sangat penat. Sebab jalan kaki adalah transport aku.

Sampai niat dalam hati. Esok aku ada anak tak nak bagi anak aku sekolah agama.

Tapi itu dulu.

Walau sekarang sangat kasihan tgk Fatin kepenatan... Aku rasa dia tidak seletih aku dahulu. Pergi dan pulangnya berjemput. Pergerakannya pula hanya di sekolah.

Sedang aku dulu berjalan kaki di bawah terik mentari. Dua kali pergi dua kali balik. Walau tak sampai dua kilometer...

Dan yang paling penting... Ilmu yg disampaikan di sekolah agama lebih mendalam dan sangat penting untuk kita semua.

Dah la ye. Dah penat. Thanks sudi baca.

Assalamualaikum.

Khamis, 10 Mac 2011

Micky Mouse & Lagu Sendiri.

Assalamualaikum...

Hai.... entri kedua hari ni. Ni video si Sharul letak kat wall sempena aku suka Mickey Mouse. Patutlah yer anak2 aku pun suka Mikimos Plubplouse, dulu aku pun suka juga rupanya... Haha..


Lagu pertama, lagu aku la. Tajuknya Pinta Adik. Aku hantar sajak dan keluar majalah Mickey. Cikgu kesayangan aku buatkan muzik dia, pastu ajar kami nyanyi ramai2.

Ajarkan aku berjalan
Langkah kanan dan langkah kiri
Carikan aku seorang kawan
Buat teman dalam buaian

Ajarkan aku gelak ketawa
Agarku tahu erti bahagia
Tunjukkan aku air mata
Agarku tahu erti derita

Ajarkan aku tutur kata
Agarku tahu pahala dan dosa
Ajarkan aku hukum agama
Agarku kenal Tuhan Yang Esa

Lagu Sahrul ni pulak aku lupa tajuknya la, Keinsafan rasanya. Cuba nyanyi kalau pandai...

Senja merah berganti malam
Balaman fajar menanti siang
Inilah masanya bagi diriku
Menginsafi sebelum ke pangkuanMu

Oh Tuhanku
Ampunkan dosaku
Sebagai hamba kepadaMu
Yang Mengabdi diri
Untuk diriMu
Menginsafi sebelum ke pangkuanMu

Oh hatiku
Riang tiada terkira
Selalu berhibur tak kenal masa
Diriku penuh dosa-dosa

Oh Tuhanku
Terimalah aku
Sebagai hamba kepadaMu
Yang Mengabdi diri
Untuk diriMu
Menginsafi sebelum ke pangkuanMu

Ingat2 lupalah.... sori yer. Nanti tanya kawan2 lain ek. Memori 256mb je nih. Hehe.

Jumpa lagi nanti.

Wassalam.

Rabu, 9 Mac 2011

My long waited childhood bestfriend!

Assalamualaikum....

Semalam aku jumpa kawan baik aku yang dah lama ku carik. Tapi jumpa kat FB je la. Lama betul aku cari dia. Tapi cari sendiri la. Idak ler aku hubungi TV3 ke nak buat jejak kasih pulak.

Meet Sahrul Alnaim Taspirin.

Amik ko nama penuh bubuh. Supaya kalau ada yang cari kau lepas ni Sahrul, senang jumpa. Bukan macam yang aku kena dulu ek...

Tak sangka. Umur dah 30 baru nak jumpa semula. Tengok wajah kau Sharul, maseh sama la.. Cute je. Kecik2 dulu kau montel. Sangat comel.

Tengok gambar bawah ni. Ada aku ada dia. Tapi anggap macam aku takde. Jangan cari aku. Burok gler wajahku. Miahaha!


Macam mana ek, nak cerita. Memang dia kawan baik aku masa sekolah rendah dulu. Sebab family saling mengenali. Arwah ayah dia kawan dengan arwah abah. Abang dia kawan dengan abang aku. Dan seingat aku, dialah budak lelaki yang aku pernah bawak balik umah. Terkenang2 nampak dia kayuh basikal, dan main2 sama aku kat halaman rumah.


Banyak juga yang aku dah lupa sebenarnya, tapi banyak juga yang aku ingat. Aku ingat hari Sahrul datang bagitau kami kat kelas 6 Anggerik, dia nak pindah balik kampung kat Johor. Aku ingat kami meraung satu kelas. Menangis secara berjemaah. Haha. Boleh gitu?

Dan aku telah melakukan sesuatu yang aku tak terduga waktu tu. Ibaratnya takkan jumpa dah dengan Sahrul lagi. Tapi memang lama pon terpisah. Apa aku buat???? Tak boleh publish sini. Kuikuikui... citer zaman anak2. Aku pun masih kanak2 lagi waktu tu. Yanng penting kami sayangggg sangat kat dia dan sangat sedih bila dengar dia nak pindah.

Nak tau nakalnya si Sahrul ni, kami ingat dia dah balik. Rupanya dia dok skodeng kat tingkap tengok kami ramai2 nangis teringat dia. Sabar jelah.

Dan semalam sembang2 dgn dia kat FB dia kata dia ingat aku suka Mickey Mouse. Sebab selalu pinjamkan dia majalah Mickey. Aku memanglah suka majalah Mickey tu Sebab kat situlah permulaan aku menulis, dulu hantar karya, keluar je setiap bulan.

Dan bila Sahrul ingatkan aku pasal Mickey tu, aku pun teringat jugak lagu yang dia tulis lirik dan cikgu Nor Azhar Bin Mat Hassan tolong gubah muziknya. Aku masih boleh nyanyi sampai sekarang.

Entri lagu tu nanti lah yer. Penat dah taip nih. Nak g sarapan dulu. Apa pun Sahrul, I wish u all the best. Semoga berjumpa pasangan yang diimpi2kan. Semoga sihat2 dan berbahagia selalu.

Friend Forever, ok?

Jumpa lagi nanti.
Wassalam.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails