Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 20 November 2009

Meet Noraini!

Hai! Hari ketiga bermula ceria dengan happy-happy.
Ni lah Noraini yang sama-sama kerja dengan aku. Sebenarnya dia pun yang banyak buat kerjanya...
Kerja dah siap dan kemungkinan akan ada aktiviti petang ni...
Tak taulah nak snorkel ke ape... tunggu saja ya!
Haha! Will update soon...ok... bye!

Pangkor - Day 2

Hari kedua merupakan hari yang sangat sibuk kerana aku berhempas pulak dengan Noraini. Gambar beliau belum publish lagi mungkin dalam entry yang seterusnya la yer.
.
Petang hari keduau aku berjaya menyiapkan kerja dan petang Kak Shima ngajak aku p jalan2 tepi pantai. Nilah rupa Kak Shima. Beliau ni memang ada style dan gaya beliau ada mutu serta berkeunggulan. <--terasa macam iklan Dunhill tak? Ngeh3! Pantai Pasir Bongak namanya.... sangat cantik... kami jalan2 sambil mengutip kulit2 sipot.... Tetiba nampak geng-geng kami baru balik mandi.. hehe... tak sempat nak join.... huhu... banyak jugak yang kami kutip dan aku kutip untuk assignment aku la... bila matahari hampir terbenam dan senja menjelang, kami pun beransur pulang.....
Bye!

Pangkor - Day 1

Haha! Aku dah jumpa bluetooth device kat notebook dan boleh transfer gambar. Makanya bolehlah di masukkan cerita.
.
Perjalanan bermula dari Shah Alam lebih kurang jam 10.30 pagi. Pertama kali berhenti untuk g toilet di Petronas Sg. Besar. Pastu tetiba ada konduktor yang collect duit untuk tiket feri. Adoh! Fenin jugak kepala memikirkan bekalan duit yang semakin susut.
Kendian berenti makan kat R&R.
Lepas makan kami meneruskan perjalanan.
Terasa lama jugak perjalanan kerana tak biasa kot.
Tapi memang kami dapat menjamu mata dengan pemandangan yang cantik-cantik.... Sampai lumut,
aku nampak ni kat simpang traffic light.
Ada cangkerang siput yang besar... ha kira macam trademark la.
Kemudian sampai jeti, sangat cantik la sekarang,
sangat berbeza dengan 2 tahun lepas. Siap ada landskap yang sangat tantekkk!!!
Oh!!!! Naik feri perjalanan lebih kurang setengah jam, dah sampai.
Dari jeti ke Coral Bay Resort tak sampai 5 menet...
terus masuk bilik yang sangat mendamaikan....
Kelihatan Kak Shima sedang mengintai ke bawah... haha... oklah resort ni, ada swimming pool bagai. Memang sesuwai untuk family la....
malam first takde paper sangat aktiviti kecuali makan. Aku berjaya mengubah habit dengan makan buah dulu sebelum makan.. ngeh3! Tapi kat sini je kot, kat umah sangatlah malas mau mengupas kulit buah!
Dan selalunya takde pun stok buah.....
dan yang special dah tentu seafood la kat sini kan.
Malam first dah diberi makan apa jenis clam aku pun tak tau. Sekian laporan pertama dari Pangkor...ngeh3...
Bye!

Rabu, 18 November 2009

Bersiaran dari Coral Bay Resort, Pangkor

Hai kengkawan. Aku bersiaran dari Coral Bay Resort, Pangkor Island. Hmm... what a long journey padahal bukan jauh sangat pon.
Bukan kursus atau apa-apa pun cuma ada kerja pemurnian data ko-kurikulum
dan entah apa lagi aku pun tak tau.
Aku beruntung bertemu kawan g kemping kat Kedah tahun sudah.
Jadi ada geng... hehehe...
Ok, jap g aku citer perjalanan nak ke sini yer,
kalau aku ada bawak usb cable,
kalau takder tunggu aju balik jer la....
Bye!

Selasa, 17 November 2009

Keta Terbalik Lalu Bertemu Ibu Yang Seksis!

Ari Sabtu lepas aku balik exam kat library UNITEN, Bangi, aku terus g kat KRZ kasi chance anak2 nak tengok KRZ buat keje.
.
Sambil aku ambil peluang nak lelapkan mata sebab mengantuk ya amat! Aku pun dodo dalam keta sambil KRZ melayan anak2 sambil2 bertugas.
.
Lepas tido, aku pun balik. Teringat tanaman yang terbiar, tu yang bergegas.... Haha! Dalam nak cepat boleh jammed pulak jalan.
Rupa-rupanya ada keta terbalik berhadapan Jusco (Puchong).
.
Bukannya satu tapi dua?
.
Nampak tak kat mana keta satu lagi???
.
Tak nampak???
.
Sat aku bagi hangpa nampak..... Kihkihkih... satu lagi adalah mainan anak2...
hehe... jangan marah.... gurau2 jer....
.
Ok, ni citer lain. Satu hari aku teman KRZ singgah Mahbub kat Damai. Dalam rebas (hujan renyai-renyai), aku nampak satu kapel dok makan. Tengok lagi dengan sepenuh perhatian, rupanya anak dengan mak. Anaknya mungkin darjah 6 kot sebab dah tinggi besar... Yang aku nak kasi tau maknya tu.... Seksis beb! Tak salah nak seksi sebab seksi tu subjektif. Lain orang lain pandangannya.
.
Dah lah duduk berdepan. Aku yang tengok dari tepi ni pun naik terjojol bijik mata. Mungkin anak ko dah biasa tengok ko gitu jadi dia memang tak heran la.
.
Haih! Aku suka juga tengok org yang seksi ni, tapi kena pada gaya la. Sekadar menyebut beberapa nama, Acik seksi dalan sopan... Sue seksi dalam keanggunan... Macam tu la... ni seksi dalam menonjolkan.... Apa tujuan ko sebenarnya????
Haih!
KRZ tegur aku kenapa amik gambar beliau,
tapi bila aku publish aku terasa macam I've done my part!
Rasanya korang paham kan.....
Jumpa lagi nanti...Bye!

Isnin, 16 November 2009

SELAMAT!

Berita baik, aku dah dapat anak buah baru.
Baby girl seberat 2.8 kg.
Tahniah Hana, tahniah Fikri dan tahniah juga buat Kakak Alya.
Kalau sempat nak p jengok depa petang ni.
Kalau p nanti mesti aku akan publish storinya.
Tak baiknya banyak sangat kalau... soriii
Insyaallah....
Bye!

Ahad, 15 November 2009

Lagi Aksi Rafiq!

Memang dia tengah macam-macam idea sekarang nih.
Masa kami makan tengahari tadi,
dia tak makan pasal kenyang
makan nasi lemak waktu sarapan pagi <---- mana ada sarapan malam!
Main sorang-sorang last2 bukak laci rak tv masuk dan duduk! Memang macam2 kan???
Haih!!!!

Rafiq's First Painting!

Hmmm....bila dah sampai umur dua tahun memang
tradisi la aku bagi anak2 aku mula pegang berus.

Fatin dulu cam tu gak.
Gambar tengah mewarna tu tak dak
pasal Apiki ni kurang cermat, aku tak boleh sambil2.
Bila dah siap baru boleh amik gambarnya....
Amacam???

Secomot tuan tak karyanya??? Haha!

Kehebatan Rafiq!

Janganlah korang ingat aku masuk bakul angkat sendiri pulak. Takkan pulak. Ini kes lama tapi baru teringat nak publish..... Alkisah Rafiq pada suatu hari main senyap2 dalam bilik komputer... Nak tahu apa yang dibuatnya??? Apa lagi, KRZ pun mengamuk2 marahkan Rafiq....
Siap Fatin pun kena pasal tolong bubuh dalam mangkuk! Haha! Rasakan kena marah dengan ayah!!

Hi-Tea di Royal Bintang, Mutiara Damansara

Rabu lepas, KRZ bawak aku dan anak2 g makan kat ROYAL BINTANG. Bukan saja-saja g makan, tapi kerana ada jamuan anjuran BKGKT(Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan) skul beliau. Tak banyak gambar kerana bizi bizon melayan anak2. Tak lama mana majlisnya tapi anak2 cepat bosan lalu terpaksa melayan bawa meronda kat The Curve sekejapan. Lepas makan bawak anak2 g IKEA tapi khas nak bagi besday boy main kat playland yang ada kat situ jer... Tapi sebelum tu sempat posing depan hotel kat firetruck. Saksikan gaya anak2 yer.... Maaf catatan kali ini ringkas saja. Aku ada kerja ni, nanti ku update lagi. Bye!

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails