Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Khamis, 15 Julai 2010

Sarapan

Inilah rupa anak dare aku pagi2 setiap pagi, dah siap mandi dan pakai unipom, dia akan bersarapan.
Memang wajib setiap pagi. Sebab dia makan kat skul dia kol 10 pagi. Lama jugak kan nak tunggu. So, walau sikit dia tetap akan makan juga.

Dan sekarang pandai mintak nak style ikat rambut macam mana. 3 getah la, siap mintak nak simpul (dendan)....

Cepatnya masa berlalu. Cepatnya anak2 ni membesar dah pandai nak minta itu ini.... kan???

Nampaknya makin cepat la aku tua. Eh, KRZ lagi tua! Haha!

Jumpa lagi nanti,
Bye!


Ahad, 11 Julai 2010

World Cup Final

Spain vs Netherlands. Congratulations to both team, already made it to final.
Lagi pun siapa pun menang dan tentu sama hebat kan.


Tak tau status aku malam ni,
dok umah atau polow KRZ.
Cam nak polow jer tapi aku ada banyak kije belum selesai...
Apa2 pon nanti aku update lagi.
Bubye!

Kuliah Oh Kuliah!

Hari ni aku p kuliah. Malasnya nak pegi pasal satu pon assignment belom siap lagi. Haha... tambahan memikirkan KRZ dan anak2 sedap punya rileks kat umah. ha dengkik la..... So perjalanan pagi ni sangat lancar.... dan aku terpesona tengok satu papan iklan MILO kat OU... nampak terserlah kerana satu2nya yang dilimpahkan cahaya matahari. Kemuadian otw aku ke Caltex beli air mineral... dan seperti biasa parking sangat susah... dan mari berkenalan dengan En. Ahmad Tarmizi.... Dah, bosan la..... Nanti kalau ada mood lagik, aku publish lagik... Bubye!

Selasa, 6 Julai 2010

Talcum Powder Party

Parti la sangat... memang berpesta sakan anak2 aku semalam Hmmm... aku kan demam, dengan selesema hidong sumbat. Aku tido dalam bilik lepas KRZ balik skul. KRZ tido kat depan atas sopa. Aku bangun2 terus g depan dan tengok apa yang berlaku. Aku rileks dulu, amik camera snap gambar....Pastuh aku g kat KRZ yang macam nak demam jugak tu... aku tanya dia, tau tak apa berlaku. Terpisat2 lah KRZ bangun. Dia kata dia ada bau wangi, tapi sebab tak larat sangat jadi tak bukak la mata. KRZ tak bangun lagi, aku amik rotan kasi hantam ini 2 worang budak.... Kenapa aku hantam? Tengok gambar ni... sampai ayah pon depa sapu bedak!!!!
Ni lepas kena hantam.
Masing2 dok mengalir air mata la kan. Pastuh KRZ bangun dan baru ubat sebenar depa dapat. KRZ paksa depa cuci sopa. Bagi nampak itamnya kata KRZ sambil jerkah si kecik berdua... Kata suka sangat mengelap kan..... Fatin buat kerja ada sikiit lembab tak macam Rafiq, sekejap je dah habis lap 2 sopa. Tapi Rafiq ngelat, selalu pandang2 aku dengan harapan "Apik tak mau buat lagi la Mi...." Bilaaku gtau KRZ, dia kena paksa buat terus..... Ha... ha... Macam2 lah anak2 ooiii!!!!

Gift from Aussie, again! Thanks!

Thanks a lot to Liza yang bercuti di Australia
masa cuti sekolah 2 minggu tu hari dan ingat kat aku... Terima kasih daun keladi, ok... lain kali, bagi lagi... haha...
tak malu lah pulak....

Alo Man (Iron Man)

Nak tengok gaya alo man? Bak kata Rafiq la.

Sebenarnya dia tau gaya iron man saja, jadi selalu g lepak umah mak, paksunya ajar tengok gaban, ultraman, ryukendo dan macam2 lagi. jadinya dia ni dah terpengaruh dengan macam2 la.

Ni aksi Rafiq waktu kami g jalan2 OU suatu masa yang lalu... ewah... macam lama sangat. Minggu lepas kot...

Macam2 Apik ni kan? Layan je lah....

Sabtu, 3 Julai 2010

Sunway Lagoon

Dah lama dah Fatin dok mengajak 'swimming'.... akhirnya dapat jugak bawak. Fatin memang suka pon g theme park ni.


Dulu kerap jer pegi tapi sekarang tidak lagi, sekarang masa untuk berdikit-dikit, masa untuk menyimpan untuk masa depan......



Sampai jer Sunway Pyramid (tempat parking) posing la dulu kan. Anak2 memang dah pakai baju dari umah, semangat kesukanan sungguh. Dan bila masuk tu terus nampak Merry Go Round nih... apa lagi meloncat2 la anak2 aku nak naik.... Sebab depa kecik, kami pon naik sekali... Eh-eh, aku malas nak taip dah,korang tengok jelah gambar yang tak ikut susunann ni yer... Bye...






























Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails