Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 25 Ogos 2010

Selamat Berbuka!

Salam. Syukur hari ni aku masih dapat masak untuk berbuka dengan KRZ. Lama tak minum ais, sesekali dapat rasa gini nikmatnya la kat tekak... nyaman jer.... Aku teringin ayam goreng sambal.... dan untuk KRZ air sarsaparila sejuk...... tak lupa jugak kari belen sahur, masih boleh dimakan. Tak baik membazir.... Kuih???? Kami jarang la nak membeli tahun ni. Berbuka dengan kurma pun dah cukup manis. Sekali sekala teringin kami akan beli juga tapi tidaklah beria-ia benar.

Syukur puasa kali ni banyak kelainannya. Semoga kami berpeluang bertemu Ramadhan lagi tahun depan.

Wassalam.

Isnin, 23 Ogos 2010

Kasih Kekasih

Hai... salam untuk semua. Selamat berpuasa, selamat berbuka dan selamat beribadah di bulan penuh barokah, bulan ramadhan.

Aku seperti biasa, tak berapa sibuk tetapi masih tiada modal nak ngapdet giler2 cam dedulu. Bukan kerana sesiapa tapi kerana diri aku sendiri.

Aku sengaja nak letak lirik lagu ni, kenangan antara aku dengan KRZ suatu masa dulu. Yang tahu tahulah kisahnya. Tapi sebenarnya ramai yang tak tahu.
Biarlah tak tahu dari tahu. Esok2 kalau korang jumpa aku, nanti aku ceritakan.

Sampai jumpa lagi,
Wassalam.
Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri

Kita saling kasih mengasihi

Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui

Menyarung cincin di jari

Dengan rahmat dari Ilahi

Cinta kita pun bersemi


( korus )
Sebelum diijabkabulkan

Syariat tetap membataskan

Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia


Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku...
oh kasih

Bersabarlah sayang

Saat indah kan menjelma jua

Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan...
oh kasih

Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahgia

Semoga cinta kita

Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu

Moga jodoh berpanjangan


Khamis, 12 Ogos 2010

Model Tau Fu Fah

Model Tau Fu Fah bikinan KRZ....

Tak kenal lagi ke model nih?

Inilah Fatin KRZ....agak2 laku tak tau fu fahnya??
Moga2 terjual semua....
Aminnn.....

Rabu, 11 Ogos 2010

Selamat Berpuasa

Salam 1 Ramadhan buat semua pembaca setia,
tak berapa setia dan yang tersinggah.
Aku dalam mood malas ngapdet.
Padahal banyak citer dan gambar.
Later je lah kalau rajin.

Ni gambar aku pagi ni, sempena bulan ramadhan
dan KRZ bagi keizinan pakai tudung ni...

Asalkan plain dan sama kaler awning dengan tudung...
Sebelum ni memang dia tak bagi langsung,
Tak cantik katanya...

Tapi aku pun taklah teringin sangat nak memakainya
Bila dah beli, terasa senang,
dan sangat menjimatkan masa....

ni pulak tiga status aku kat FB,
copy paste sini jek......

Ramadhan bakal menjelang. Pada kesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata dan tingkahku. Tiada sekelumit dendam di hatiku pada semua teman-teman apatah lagi insan-insan yang teramat ku sayang. Sekali lagi, maafkan aku.

Do'a Menyambut Ramadhan : "Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan" Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab, Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan (HR. Ahmad dan Thabrani)

perkataan yg cantik ' ALLAH ',
lagu yg merdu ' AZAN ' ,
novel yg menarik ' AL-QURAN
' ,senaman yg baik ' SOLAT ',
diet yg mujarab adalah ' PUASA
'......wahai tetamu Ramadhan..
untukmu rahmat dan maghfirah ,
airmata taubat ,dendangan tadarus ,
selimut tarawih dan bantal tahajud..
moga kita mewarisi JANNAH...
hiasi bln ini dgn keimanan dan keinsafan...
ahlan wa sahlan ya ramadhan....

Jumpa lagi nanti...
Wassalam.

Rabu, 4 Ogos 2010

Bekal

Bekal rindu buat bawak p camping. Jarang aku bergambar ngan Fatin ni tak tau kenapa. Selalu gambar aku dengan Rafiq.

Tapi kali ni dia seronok pulak nak bergambar. Macam2 gaya, tapi aku nak tepek satu ni je. Jadilah buat bekal rindu.

Baru je kejap tadi KRZ call kata nak g Shah Alam dengan Fatin. Katanya kerja sekolah semua siap.

Semoga kesayangan2ku disana sentiasa berada dalam lindungan Tuhan. Amin.

Wassalam.

Bye!

Bersiaran dari PKD Sepang!

Hai hai hai.
Aku di Pusat Ko-kurikulum Daerah Sepang,
bertugas sampai esok. Align CenterHmm... sebenarnya aku dipanggil untuk berkursus juga, tapi tak dapat nak pergi semalam pasal bateri kereta kong. Aku bajet nak pegi kursus tu semalam, dan pastuh gerak ke sini. Tapi memang tak ada rezeki nak pegi. Seb baik kat sini ada wireless, kalau tak parak la KRZ nak bayar GPRS broadband ni... hihi.. Hmm... malam tadi ada nightwalk, jalan tepi pantai dan berteleku dekat 2 jam depan laut. Hari ni ada base-station activities, aku bahagian pandu arah dok kat base saje..
he he... dapat sambil2.....

Sampai jumpa lagi nanti.
Wassalam.

Kisah Bateri Kong lalu ke Sepang

Hai... Semalam hari yang penuh mencabar. Walau aku patut tak payah g skul, terpaksa g jugak pasal nak tinggalkan kerja untuk bebudak.

Tu pun sempat kena sound dengan GSL katanya aku selalu keluar. Seingat aku, inilah pertama kali aku keluar g kemping. he he.. tapi aku jawab la aku dah siap abiskan silibus.... tak yah la risau....

Balik dari skul, kena jemput Rafiq untuk antar umah pengasuh. Tetiba keta takleh start pulak. Aku dah agak pasal pagi2, Patin terus tekan hon tambahan yang KRZ pasang. Dan bila aku nak start ada macam semput sikit.

Seb baik waktu kong tu KRZ ada, jadi aku lepak tepi tunggu mekanik datang jelah. G bengkel, tukar bateri....Peneman aku si Rafiq. Ni gambar dia yang amik. Kemudian, petang2 sikit aku gerak la ke PKD Sepang... secara solo. Huhu... dalam bersesat2, sempat juga menikmati pemandangan... dan akhirnya sampai... terus daftar, dapat kad .... dan apa lagi, siap tempat dodo la.... mana gambar eh? Hilang sudah....Pastuh ada meeting sekejap untuk aktiviti esok dan juga malam...

jam 12.30 pagi, kami berjalan tepi pantai.... I like!!!

Dapat baring atas pantai sambil tengok bintang....
dah lama dah mengidam nak buat camtuh....

Lantas terkeluar bahasa2 puitis....

Ku bertanya pada bintang,
benarkan dikau seindah yang dikhabarkan?
Ku bertanya pada bulan,
mengapa deru ombak ini meresahkan?

Hai , tetiba jiwang karat pulak!
Uhuk2! Terbatuk2!
Bubye!

Isnin, 2 Ogos 2010

Kisah Anak Kucing Kiut

Hai.. hai.. hai.... Tadi nak update benda lain, tetiba nampak gambar si Brownies kat FB A.L ni maka aku naik geram sampai rasa nak cekik2 beliau...

Bila baca komen2 gambar tersebut, terguling2 aku kat Makmal Komputer nih sambil diperhatikan secara sinis oleh rakan2 yang lain...

Mungkin kata mereka di dalam hati "Apakah perempuan ini gila sudah??? Ketawa sorang2???"

Cuba korang baca....

N - umur brp...lebih kurang mickey lah...

AL lahir sama tarikh dgn MJ mati aitu..dh sebulan lebih dah..hehe

N - oo...x same lah...mickey br 2 mgg...ko jaga camne ek...
AL - yg ni mak dia ada lagi..so dia nyusu badan..skang je baru pandai makan..mickey ko tu kena bg susu kucing tau..kalau susu lain x elok..perot dia xleh digest.

N - mane aku nk cari...mak tumpang pon x nk kt die.....kucing lain siap nk ggt die lg....

AL - bkn la...kat pasaraya kan ada jual susu kucing tu..bkn suh menetek kat kucing.haha. dia powder, then ko bancuh la guna air suam.if xde pet bottle, suap je guna sudu kecik..or kasi dia jilat.

SM - acik dan tips2 nya...maklumlah...nenek kucing....haha

AL - wakakakaka!!nenek kucing..gile x best bunyinya kan.haha

SM - hihihi...ok lah tu.....granny cat.....

N - kat pekan mane ada susu kucing lah acik....pelik gak aku..

Maaf la pada nama2 terlibat, aku saja nak kongsi kegembiraan. Terima kasih kerana jadi penghibur aku. Kalau korang tak suka, tak yah la baca, penat dah nak puaskan hati semua pihak.

Jumpa lagi nanti. Nak g jemput Cik Patin. Bubye!

Doing Homework!

Fatin sekarang makin rajin nak buat homework. Tapi syaratnya aku kena tanya dia dulu la, ada homework ke tidak.
Dan kalau homeworknya banyak, aku kena pandai atur buat yang mana dulu supaya dia tak jemu.
Semalam, dia jumpa pulak coloured marker pen yang aku baru beli. Lagi la semangat nak membuat homework. Mula2 tulis nombor 5 bagi siap, bila siap tulis baru aku bagi mewarna. Setiap batang raket ditukar warna.
Dan Rafiq sungguh menjaki sekadar melihat dari tepi. Takpelah dek, dah tak lama lagi. Tahun depan adik nak sekolah jugak.
Oklah yer... jumpa lagi nanti.
Wassalam....

Ahad, 1 Ogos 2010

Mereka bukan lawan dan....

mungkin bukan kawan juga. Aku bukan cuba nak ciptakan satu lagi kontroversi kat sini. Tidak sama sekali. Cuma aku terpanggil untuk menulis tentang ragam manusia sekeliling aku yang aku anggap kawan.

Dan aku tahu mereka tidak menganggap aku sebagai kawan yang sebenar... hanya pada nama. Mungkin juga padanya aku bukan kawannya.

Kalau aku, kawan aku happy, aku lagi happy. Kawan aku dapat surat konvokesyen pun aku yang melompat girang. Seronok tengok orang seronok. Sebab pada aku baik happy dari asyik bersedih. Sedih ni nak baiknya lambat sangat. Kalau pun baik ada pulak parut2nya.

Terus terang ini perasaan aku semata-mata. Bukan ditujukan untuk sapa2. Sekadar luahan hati aku dan untuk renungan sapa2 yang baca blog aku. Tu pun kalau korang rasa ada pekdahnya tulisan aku ni. Kalau rasa tak, aku mintak maap banyak2....

Entri ni berkenaan dua rakan yang kedua-duanya aku anggap dekat di hati aku. Yang seorang ni, aku namakan Noni tetiba jadi renggang kerana ada orang bawak mulut.

Noni ni aku kenal sebagai orang yang memang suka bercakap la kan. Mula2 berkawan dulu aku rasa dia agak kerek pasal dia boleh perli2 orang dan kadangkala sound depan2.

Aku pun kerek gak sebenarnya. Tapi aku tak main perli2, kalau salah, aku sound cakap ko salah. Bukan aku benci bila aku sound tu, sekadar nak bagitahu. Lepas tu aku jadi macam biasa, terus lupa yang tadi aku marah.

Berbalik pada Nonie....Pastuh dah agak lama, aku terima cara dia dan tahu hati dia macam mana. Dia tak busuk hati. Walau sentiasa ada orang cakap2 mulut dia busuk dan hati dia sama busuk. Aku tak percaya. Sampai sekarang aku tak percaya.

Pada aku yang mulut longkang yang tukang2 sampai tu lah. <-- ayat ni boleh buat korang hantam aku balik kan? Terutama Rita the Fly. Orang sampai cerita keburukan orang lain, ok? Yang dia tak kena hanya dengar cerita. Yang kes aku sampaikan hal aku dengan SS tu aku kena sendiri dan hal tu baru berlaku aku tak sempat nak tambah serbuk perisa.

Dan diam-diam dia lancarkan perang dingin. Tapi aku tau jugak akhirnya.

Kalau lah aku boleh nak join perang dingin tu alangkah indahnya. Tapi aku masih juga tegur dia cakap dengan dia as if nothing happened among us.

Aku tahu dia nak jauhkan diri dari aku, sebab dia sendiri yang cakap. Macam aku cakap tadi, aku masih layan dia macam biasa.

Yang persamaan antara kedua-dua rakan ni untuk pengetahuan korang, tak happy bila aku happy. Yang sorang buat2 macam tak dengar yang sorang lagi buat muka takde perasaan.

Atau aku yang tak paham konsep kawan ni? Pada aku kawan ni, happy sama2, sedih sama2, makan sama2, hampir semua la sama2.

Dan kat skul, aku dapat kenalpasti 4-5 orang yang memang kawan aku. Yang seikhlasnya berkawan, yang selalu sanggup tolong aku waktu aku susah. Dan selalu buat aku menitiskan air mata kerana terharu dan tak sangka mereka benar-benar ikhlas. Terima kasih, kawan.

Melalut lagi. Kawan yang kedua ni aku namakan sebagai Rania. Tak payah cari sapa yang aku maksudkan. Cukuplah kat sini je ceritanya.

Selama ni aku ok je ngan dia, sampai satu tahap aku dah nampak perubahan dia. Aku tak pasti aku berubah atau dia berubah, sebab ada kemungkinan juga aku berubah.

Sebelum nampak dia berubah, ada perkara yang aku nak sampaikan pada dia. Tapi ku pendamkan kerana nak menjaga hati kawan dan persahabatan yang dah makan banyak tahun usianya.

Sebenarnya aku sedih bila aku happy dia buat tak peduli. Ko tak bahagiakah bila aku bahagia? Dramakah kemesraan kau pada aku selama ini? Atau kau terlalu bahagia dengan kehidupan kau lantaran kebahagiaan yang ingin aku kongsi tidak langsung berkesan di hatimu?

Entah-entah dia tak berubah aku yang melebih2 agaknya. Umur makin meningkat, makin aneh pulak ragam aku sekarang. Tanda-tanda penuaan atau mungkin tanda-tanda nak menemui PENCIPTA TERAGUNG agaknya.

Memang aku belum bersedia. Ada ke orang yang bersedia untuk mati? Tapi kalau aku dijemput olehNya kini, sekurang-kurangnya dosaku tak bertambah lagi.

Sabtu, 31 Julai 2010

Anak buah baru, Iskandar!

Tahniah buat adikku Azah kerana selamat melahirkan
second baby boy, Iskandar.

To Iskandar .... welcome to the family. Semoga menjadi anak yang soleh dan semoga
anak buah Mak Ndak berjaya suatu hari nanti.

Kisah anak buah, nanti la aku cerita.
Nak kena scan gambar dulu.

Jumpa lagi nanti, bye!

Jumaat, 30 Julai 2010

Hadiah!

Salam buat semua. Dah ada gambar ni sejak semalam tapi sebab bizi bizon maka tak sempat nak update.

Hmmm... hari Khamis iaitu semalam, aku dapat pakai baju corak batik lama yang aku beli dan tenpah kat JB dulu. Happy la kan, dapat pakai baju lama. Ni gambar kat komputer lab sambil En. Isma tekun mendengar lagu
ke hape ntah kat seberang sinun....

Pastuh yang lain2 semua macam biasa hari aku kat skul
kecuali ada sorang murid bagi aku buku ni. Rasanya nama dia Normainie.
Sebelum ni dia dah bagi pen. Pon berlambang BSN jugak.
Sebenarnya tak nak amik, tapi macam kesian pulak.

Sebab sebelum tu aku nampak Hana pun ada juga satu.

Kalau tak guna tahun ni, aku guna tahun depan buat rancangan mengajar peribadi aku. Terima kasih kerana sudi nak bagi.

Depan mata dia aku cop nama aku tunjuk aku hargai
apa yang dia bagi.... Tengok dia senyum je.

Dah la ye, jadi untuk hari ni, KRZ nak ajak aku keluar tu.
Jumpa lagi nanti. Bubye!

Khamis, 22 Julai 2010

Sakit Gigi

Hai semua...

Bersiaran dari Klinik Gigi... ku usung laptop ni pasal ada kerja belum beres, tapi lain pulak jadinya. Terngapdet pulak... haha!

Aku sakit gigi....dah 4 hari tapi semalam paling kritikal. Pasal nyut nyut sampai kepala. Besar kecik besar kecik aku nampak budak. Cuba bertahan tapi tak boleh sebab rasa nak pitam sakit kepala.

Sebelum aku menyusahkan orang lain, aku kol KRZ suruh jemput aku.

Balik terus g klinik tapi di suruh rehat je kat umah, dan datang hari ini. Pasal hari ni untuk rakyat jelata yang takde appointment macam aku ni.

Kisah gigi aku meh aku cerita kat korang.

Geraham pertama dicabut kat Klang, waktu buat checkup nak masuk maktab.... disuntik bius sampai kebas pipi aku... terangkat kaki bila dicabut tu...sakittt!!!!!

Geraham kedua terkorban di Johor Bahru. Tensi sikit pasal kena bohong ngan dentist kat Larkin, lantas aku p Klinik Gigi berhampiran umah sewa waktu tu kat Taman Dahlia. Dari nak ketok aku RM250, aku bayar RM100 je. Sakitnya jangan cakap la, sekali lagi terangkat kaki....

Hari ini, geraham bongsu yang naik atas gusi bekas geraham pertama. Naik tak ikut aturan. Sesuka hati jer naik. Sakit tau tak! Ada marah kat gigi. Satgi Rita kata aku tak senonoh pulak.

Tapi bak kata KRZ, org zaman sekarang semua terlebih kalsium, tu yang pakat dok naik geraham bongsu. Dia saja je nak takutkan aku, sambil berkata sebenarnya geraham bongsu tak boleh dicabut sebaliknya dibelah jer dan dibiar tumbuh dengan sempurna.

Tapi pada aku baik cabut jer dari aku terseksa menderita sakit gigi.... Tak tahan doh.... Banyak2 sakit, yang biasa2 la maksud aku, sakit gigi paling annoying. Sebab merebak ke telinga dan kepala turut berdenyut!!!!

Ada kemungkinan aku sekali lagi akan terangkat kaki hari ni. Sebab dulu waktu last datang, setahun lepas beranakkan Rafiq, dokter kata tak boleh cabut lagi, baru nak naik. Dah dekat dua tahun baru nak cabut... ngeri woooiiii.... sakit!!!!
Dah 8.30a.m tapi baru satu nombor dipanggil..... Tabah je la menunggu.....

Bye!
p/s Moral of the story:- Sila lawat klinik gigi 2 kali setahun, terima kasih.

Selasa, 20 Julai 2010

Maklum Balas.....

Salam. Hai, tetiba panas jer blog aku yang dah lama suam-suam kuku. Maaflah entry mari berhemah tu tak sempurna. Aku ada kelas, maka tak sempat nak buat moral of the story. Inilah blog aku yang aku terbuat kerana seorang rakan yang rajin blogging.

Hai, kisah SS dengan M agak panas kat sini, walau sebenarnya kat skul, org buat tak tahu jer. Kepada SS, aku tak pernah dengki dengan ko dari apa segi pun. Kalau kata ko berjauhan dengan suami, aku paham sangat.

Aku pon dua tahun berjauhan dengan suami aku. Aku kat Johor, dia kat sini. Aku tahu sakitnya menanggung macam mana. Terus terang SS, aku tak tahu ko sakit. Kenapa ko tak cakap elok2 bagitau.

Aku bagitau org lain apa yang terjadi sekadar nak berkongsi bukan nak burukkan dia. Lagi pun kawan2 aku dah kenal aku.

Aku ni sebenarnya tak sekeras mana. In fact aku ni kuat nangis.... Cewek gak... selalu pura2 kebal jer...Aku dah lima tahun kat skul ni. Bukan baru sehari dua. Aku ni banyak komitmen, aku tak larat nak tanggung semua.

Bila balik umah, hal sekolah memang tinggal kat sekolah. Luar sekolah, aku juga student dan dah tentu surirumah.

Sama jer macam org lain, semua ada tanggungjawab masing2. Aku ada saksi yang aku cakap elok2 dengan SS pagi semalam. Tangan aku sentiasa kat sisi.

Bukan niat nak bergaduh, sekadar nak tegur. Tu lah masyarakat kita sekarang. Bila terjadi apa2, salah menyalah. Bila ada yang tak betul, kita tak boleh nak tegur, harus berdiam diri mengelak bermasam muka.

Ini blog aku, suka hati aku nak tulis apa. Korang tak suka, blah jangan baca. Aku tak suruh pon. Tak sangka blog ni pon ada lalat. Rupanya lalat ni ada kat mana2 yer. Haih...kesianlah ko lalat, ke mana2 pon orang benci.

Isnin, 19 Julai 2010

Kurma

Hai hai hai...Sebenarnya malas nak berjualan tahun ni. Tapi KRZ sound2 aku kata aku tak saport beliau langsung maka aku pomot sikit kat blog aku nih.

Kurma special untuk Ramadhan dan Aidilfitri tahun ni. Yang paling mendapat sambutan adalah yang ini....
Buah Kurma Arabia Eksotik
(RM16.00)


murah je, sama macam ko beli kat luar,
sama macam ko beli kat mana2 supermarket.

Yang ini pulak kedua terfofuler....Buah Kurma Arabia Dengan Badam
(RM17.00)


Pon murah jugak.
Cuma yang ini ko boleh tolong kawan.
Kalau ko anggap aku kawan la, kan?

Ok, untuk yang berdekatan, aku boleh hantar by hand.
Tapi kalau jauh kena oder minimum 20 kotak,
baru berbaloi nak mengepos.

Kalau nak suruh pos kena la bank in/transfer wang
Pastuh, sila email bagitau details yang
korang bank in atau transfer tu
di fidahaida@yahoo.com atau kat fesbuk je..

Tapi lebih baik korang email dulu....

Tiada paksaan tau, kalau rasa nak dan sambil bantu kawan2
apa salahnya beli, kan?

Jumpa lagi, Wassalam.


Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails