Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 11 Januari 2010

Sejarah berulang....

Benar. Tak mungkin aku akan membohongi kamu semua. Aku telah mengulangi sesuatu yang telah lama ku tinggalkan. Kiranya kalau ada anak dah Form 1 sekarang ni... punyalah lama...
.
Apa bendanya? Haha! Basuh kasut sekolah!
.
Cuma bezanya dulu basuh kasut sendiri, sekarang basuh kasut sekolah anak la. Walau pun tak kotor sangat tapi KRZ kata basuhkan saja.
.
Aku basuh senyap2 sambil tutup pintu bilik air sebab tak mahu Fatin sedih.
.
Siapa2 yang biasa bersama kami tentu tahu, Fatin ni jenis penyedih dan sangat sayang barang2 kepunyaan. Sangat berbeza dengan Rafiq yang perangainya suka membuang benda.
.
Gambar ni salah satu bukti mainan Patin dibuang Rafiq ke dalam kolam lalu Fatin menagis kesedihan... Gambar ini juga merupakan bukti tempat kelahiran istilah "Uhh!! Brok Brekk!" Miahaha!
.
Kembali pada cerita, aku basuh pagi Sabtu sidaikan kat luar. Asal nak keluar je aku ubah dari penyidai takut hujan ribut lalu semua pun basah semula.
.
Pagi Ahad aku tengok dah hampir kering jadi aku minta tolong KRZ tolong kapurkan supaya kapurnya tak berdebu. Hasilnya.... kasut Fatin siap dikapur menanti untuk dipakai pagi Isnin... sekian.....

1 ulasan:

Acik Lana berkata...

sempat pulak UH BROK BREK tu diselitkan sekali.choi~!

ahahahah

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails