Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Selasa, 2 Februari 2010

Idea tu ada....

Ini kisah hari ganti persekolahan yang pertama. Fatin sepatutnya sekolah juga tapi beliau sakit mata. Jadi kebetulan KRZ punya skul ada acara buat bubur asyura, jadi dia boleh la bawak Fatin. Rafiq tetap kami hantar pada pengasuh.
.
Kendian waktu rehat KRZ call katanya nak balik goreng kacang untuk bubur. Memang cikgu laki dapat sorang sekilo tapi apa kes tak goreng semalamnya, aku tanya nak rebus ke nak goreng dia buat dono je... Sudahnya hari kejadian beliau datang untuk amik kunci umah pada aku kononnya nak balik menggoreng la.
.
Kemudian aku ada ilham beli saja dari kantin skolahku yang dah siap goreng dan diganti dengan yang belum goreng. Aku tinggal bayar duit upah goreng la kan, dan KRZ aku tak payah balik menggoreng kacang. <-----Panjangnya intro. Haha. .
Fatin kemudian nak ikut aku. Aku bawak la masuk kelas. Aku tunggu budak2 moral buat aktiviti (kebetulan skul aku buat KBS). Dan Fatin aku bagi pen penanda, tengoklah hasil lukisan beliau. Ada macam budak pompuan pakai skirt, siap tangan dan kaki tapi takde kepala. Bila aku tanya apa yang banyak2 terjulur tu katanya kaki lipas... Haha! Pandai sungguh kamu ni Fatin yer? Siapa la yang mengajar kamu lukis lipas tu??? Budak takut lipas, sila mengaku!

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails