Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 7 April 2010

Duyung Bujang...

Lambat cerita ni nak ku publish. Tapi takpe, dah tajuk blog paparan kehidupan, inilah dia paparan kehidupan aku dan keluargaku.
.
Rafiq ni tabiatnya suka tanggalkan seluar. Kerana dia cepat panas dan berpeluh. Dan sebenarnya beliau tak pandai bukak baju sendiri... tanggalkan seluar lebih mudah kan???
./
Memang tabiat dia tau.... Jadi KRZ memang la suka mengusik anak2 ni tau, satu hari kami nak keluar dan KRZ buat statement gini "Sapa tak pakai seluar, tinggal!!!" Terloncat2 lah dak Rafiq cari seluar.
.
Lucu sungguh rasa hati aku... aku hulur seluar yang dia dah campak2 tadinya suruh pakai sendiri....
.
Cepat2 dia pakai.... dan jadi macam ni...satu lubang kaki muat pulak dua2 kaki...
terbahak2 aku ngan KRZ...
Rafiq lagi la melalak...
tambah KRZ pulak kata "Tinggal Rapik...." Dalam nak tolong anak aku, aku amik gambar la sebagai bukti kan...
aku suruh dia bangun dan tanggalkan semula seluar tu. Kemudian aku pakaikan...senang dan cepat...haha...Kelakar la kamu ni Apiki ooiii!!!!

2 ulasan:

Acik Lana berkata...

hahaha..x baik ooh.

tp cam kelako la pulok..jangan la biasakan tabiat bukak seluar tu sampai besar ye apik!

Sue Suraya berkata...

Ye ke duyung? bukan dugong? huhu..jangan mara ha : P
Kelakar pun ada, kesian pun ada bila tengok Rafiq macam tu, macam2 karenah r dak cute tu :)

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails