Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 23 April 2012

Selamat pagi, mak tersayang!

Assalamualaikum.

Apa khabar saudara saudaraku sekalian? Alhamdulillah kita masih bernafas hari ini. Marilah kita beramal kepadaNya disamping menambah kecintaan dan kerinduan pada kekasihNya Nabi Muhammad SAW.

Semalaman menemani bonda tercinta di hospital. Tidak tergambar perasaan dan pengalaman yang aku lalui. Perasaan itu bersilih ganti. Yang pasti kasih aku pada mak tetap utuh. Aida sayang mak selamanya.

Hari sebelumnya (Sabtu) petang mak dalam keadaan baik2 saja. Seronok bercerita bagaimana jururawat dan doktor pelatih begitu baik melayannya. Sehingga dibelikan sepasang selipar untuk mak. Alhamdulillah.

Antara dialog aku dengan mak kelmarin.
Aku: Doktor tu ada beritahu mak harga selipar yang dia belikan tu?
Mak: Dalam 3 ke 4 ringgit kot.
Aku: Hihi. Mana ada selipar murah dah. Paling kurang RM8-10. Aida tinggalkan duit. Nanti bila doktor tu datang mak bagi yer.
Mak: Ha ye lah.


~Gambar pagi tadi, Aida pinjam baju dan kain mak ye?~

Malam tadi mak tak boleh tidur. Gagahkan diri duduk sambil mulut tak berhenti menyebut Ya Allah. Sambil mengadu, mak sakit ni nak!....

Allahuakbar! Ya Allah, kasihanilah ibuku sebagaimana dia mengasihiku semasa aku masih kecil. Amin. Mak salah faham ya cakap nurse. 

Seingat aku hari Sabtu lepas ada dengar misi cakap dengan mak, kalau nak balik, mak kena duduk. Depa tak mau mak baring aje, sebab mak akan tertidur. Sudahnya sebab nak tunjuk mak dah kuat, sehari semalam mak tak tidur. Bukan macam tu mak. Mak kena duduk dalam 45 minit, sambil buat senaman tangan dan kaki sikit-sikit. Bila penat mak boleh rehat dan baring selama beberapa jam. Kuat sikit bangun semula duduk dan teruskan fisioterapi untuk tangan dan kaki mak.

Bila mak tahan tak baring dan tak tidur, bp mak naik mencanak2. Puas Aida pujuk mak suruh mak tidur tapi mak enggan. Mak rindu adik ye? Ok mak, nanti Aida jaga mak kat rumah mak. Tak payah mak risau pasal adik lagi yer?

Apa pun mak, Aida tetap sayang mak. Semoga mak cepat sihat. Amin.

Wassalam.
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails