Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Khamis, 17 April 2014

Bila kesayangan kena gigit.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua. Harap semua sihat. Maaf lama tak update. Macam tulah aku. Bermusim dalam ngapdate ni. Apa pun tq sebab korang masih sudi singgah jengah dan baca juga entri kat sini.

Kisah pagi Isnin lepas. Ku kejutkan Fatin Rafiq untuk mandi. Fatin terus turun katil semmntara Rafiq yang sudah terjaga mengadu sakit perut. Kemudian selang 5 minit dia mengadu sakit perut lagi.

Dan akhirnya Rafiq muntah atas tilam. Ok aku putuskan dia tak perlu ke sekolah. Mungkin ada salah makan atau apa. Sambil dalam hati fikir Firuz tak payah hantar pun ok. Tapi sebab nak jaga org sakit, nanti tak terjaga pula. Maka Firuz ke rumah pengasuh. Fatin tetap ke sekolah macam biasa.

So bawak Rafiq ke klinik. Singgah kedai sarapan. Muntah lagi kat kedai. Balik umah rehat. Bila sampai masa pergilah aku jemput Firuz dulu.

Ambil saja tecik tu mesti sibuk nak ngempeng. Terus pusingkan dan susukan. Dengar Rafiq tanya, "apa tu Mi? Merah2 kat kaki adik." Aku buat tak dengar saja sebab tgh susukan. Fikirku nanti saja.

Terus drive ke sekolah agama untuk jemput Fatin pula. Masa menunggu kat sekolah agama ni baru aku perasan. Ada kesan gigitan. Masih baru sebab membengkak kaki kiri Firuz. Terus ku ambil gambar dan wassep pengasuh.

Nak jadi cerita pengasuh tak tau apa yg berlaku. Terus ku berpatah balik menunjukkan tanda itu padanya. Katanya memang tak tahu dan tak perasan bila terjadi.

So aku tak marah pun mama pengasuh Firuz tu. Magis pula rasanya. Aku pulang dengan hati sebal je la. Wondering how it happened. Kemudian terus singgah umah adik ipar aku sebab mertua aku ada kat sini. Udah berbakul2 pula telinga aku dengar bebelan dia. Marah2. Ye lah. Siapa yg tak sayangkan cucu kan?

Nak tak nak terpaksa tunjuk Krz juga dan dia sgt marah, bengang, bengkek dan seumpamanya. Diambilnya gambar dan post kat fb beliau.

Faham2 lah kat fb. Kawan2. Kena pula yang biasa tengok gambar3 gelagat Firuz. Mestilah tumpang marah dengan apa yang berlaku.

Dan Krz pula rakan2 fb kebanyakannya anak2 murid dalam kejiranan kawasan rumah pengasuh jua, maka segala cerita tersebar.

Sudahnya mama pengasuhnya merajuk. Puas juga ku pujuk tak berjaya.

Akhirnya petang Rabu aku pun g la jumpa face to face. Kesimpulan aku, jiran2 dia batu api. Dan depa saksi kejadian. Tapi tak mengaku.

Dah la. Malas nak cakap lagi. Sebab tadi dah terberhenti lama.

Ok bye.

2 ulasan:

Makcik Anak 3 berkata...

sape yang gigit nie?

Aida Omer berkata...

Sampai sudah tatau kak. Huhu.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails