Bahan
3 ekor ketam (dibersihkan)
1 kotak santan 200ml*
5 kotak air (gunakan kotak santan)*
2 sudu teh kunyit*
2 inci halia (diketuk sedikit)*
1 batang serai (dititik)*
3 biji cili padi# (ditumbuk sekali dengan anak lesung)*
3 sudu teh garam
Cara
1. Ketam dipotong dua. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan bertanda * dan sebatikan.
3. Hidupkan api sederhana kecil dan masukkan ketam.
4. Apabila ketam sudah masak tutupkan aoi dan sebatikan garam.
5. Sedia dihidangkan.
#boleh tambah bilangan cili padi mengikut citarasa sendiri. Kali ini saya masukkan sedikit sahaja untuk santapan anak-anak.
2 ulasan:
intai je belog ni..lapo lapo dan lapo...kenape lah rajin sgt masak yang sedapsedap...hehhehee..ayat jeles tak? hahhaa
Hihi. Masak sedap sbb sendiri nak makan. Lagi pun krtam ni kalau makan kat restoran kan mahal sgt. Tak mampuuu.
Catat Ulasan