Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 7 Jun 2013

Mimpi yang berterusan...

Assalamualaikum.

Rasa lama tak berceloteh dengan kadar celoteh yang sebenar, hihi. Apa khabar semua? Aku di sini, baik2 saja setakat ini. Alhamdulillah. Belum masuk spital tu kira sihatlah ye. Setakat sakit2 dada ala2 penyakit zaman remaja tu, dah terbiasa sangat sekarang. :-)

Pernah tak, korang alami mimpi yang sama, atau hampir sama, pelakon watak yang sama, memberi maksud yang sama? Itulah yang kerap aku alami kini. Pelakonnya yang sama setiap kali, ada aku, ada dia, ada suami dia. Dan tema mimpi itu adalah sama setiap kali.

Aku pernah mendengar Ustaz Don menerangkan antara tanda mimpi benar, adalah mimpinya sama berulangkali. Adakah mimpiku itu satu petanda.

Setakat ini, aku hanya berkongsi di sini. Dua tiga hari kebelakangan ini, aku scroll semula wall fesbuk dan dapati aku tak pernah berhenti bermimpi tentang dia. Arwah sahabatku, Alinda Binti Aman semenjak pemergiannya.

Adakah kerana aku terlalu merinduinya? Tak henti2 kukirimkan doa dan surah Al-Fatihah buat rohnya. Tak pernah aku lupa. Setiap tahun aku ingat juga tarikh lahirnya. Tanpa perlu aku selidiki event atau profil fb. Memang sejak dari tamat sekolah, akan kuucapkan selamat ulangtahun buat arwah. Dan dia juga akan melakukan yang sama.

Tahukah korang, birthdate aku, aku tak pernah rasa penting pun. Memang aku hide dari fb. Masa masih bersama keluarga, adik beradik tak pernah lupa. Terutama kakak dan adik perempuan aku. Mak aku yang bersungguh2 ajak aku g beli kek untuk besday sendiri. Dan dengan arwah, masuk je 12.00 tengah malam, sms akan kuterima, ucapan sempena hari lahirku. Begitulah juga setiap kali Hari Raya. Ucapan ampun maaf darinya.

Kini arwah dah tak ada, lagi kurasa birthdayku seperti tiada apa2. Tahun ini pun, hatiku terseksa dengan perbuatan manusia. Terima kasih. Sungguh. 2 tahun tanpanya kurasa sepi. Alhamdulillah masih ada yang nak juga buat surprise dan ada yang kantoikan surprise beliau. Hihi. Really appreciate it. Thanks.

Berbalik pada mimpi tadi... aku masih tak sampai hati lagi nak cerita kat sini, atau sesiapa juga. Aku masih lagi nak simpan sendiri. Tapi memang setiap kali aku mimpikan yang sama. Dan arwah serta suami sangat gembira.

Tak tahulah apa tandanya. Nak tanya sendiri pada suami atau ahli keluarganya, aku memang tak sanggup. Cuma yang aku boleh kata, walau pun dia dah pergi, dia tetap hiburkan aku, ingatkan aku tentang macam2 perkara. Al-Fatihah untuk arwah sahabat.

Gambar ini adalah antara gambar terakhir kami bersama. Memang kami sangat bergembira masa ni. Arwah adalah yang duduk nombor dua dari kanan. Siapalah sangka itulah antara kenangan terakhir, termanis, kami bersama2.


Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails