Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 9 September 2011

Cara merenggut.


Assalamulaikum.....

Baru2 ini kita dihidangkan dengan video rompakan di sebuah kedai mamak di Shah Alam. Tahniah buat perompak. Lain kali buat lagi. Kepada orang ramai yang ada kat situ, aku nak ucapkan tahniah jugak, sebab berjaya menggalakkan lagi mereka mengulangi modus operandi yang sama lain kali. Alahhh... bukan susah pon, sua (hulur) parang, bertempiaran lari. Anak pun ditinggalkan. Hilang dah semangat pahlawan orang Melayu. Semua tinggal Hang Buah aje.

Aku salute kat sorang akak/adik yang melawan tak mahu beg dia diragut penjenayah tersebut. ANDA MEMANG BERANI!~ Tapi alangkah baiknya kalau sekurang2nya ada 5 lelaki kat situ yang macam anda. Ini, semuanya lari bertempiaran. Menyelamatkan diri. Yang sorang pulak terpinga2... aku tau dia terkejut. Kadang bila fikir rasa tak baik pulak cakap gini. Mana tau aku pun turut sama jadi bengong bila kena situasi sama.

Cuma terfikir kalau 5 orang je jadi hero dah cukup. Ambik kerusi hayun ke perompak tu kan boleh jugak??? Sajelah aku tulis kat sini nak bagi idea siapa2 yang terbaca. Hehe.

Hummm, ok. Ni dah masuk cerita luahan perasaan. Tadi aku dah menyatakan kegembiraan aku pada sesuatu tau. Tup-tup ada orang merenggut kegembiraan aku dengan jawapannya yang bersahaja. "Tengoklah......"

Tiba2 terasa diriku sungguh tidak berharga. <---sempat lagi iklan tu. Ye lah, awak tengah syiok2 punya happy, dia datang dan sudah kasi potongggg la. Takpelah. Dan aku pun dah tak sehappy tadi.

Tunggulah, biarlah masa yang merawat hati ini. Dan-dan sedih.... uhukkk.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails