Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 25 Oktober 2010

Makan2 lagik!

Suatu hari aku teringin nak makan kat Salero Negori di TTDI, Kuala Lumpur.
Last time makan waktu besday Patin yang ketiga. Bulan Ramadhan tahun lepas. Ni pun kira macam treat untuk anak2 la, sebab lepas tu kami kena g camping!!~

Ada keropok ni atas meja. Tak makan pon. Display kat korang jer. Kot2, ada yang google cari KEROPOK KULIT LEMBU ke.... Ha, g la cari kat restoran ni yer.

Gambar makanan tak sempat amik. Lapor bebnor, abis nasik sepinggan. Memang puas hati makan daging bakar masak lemak tu. Pedas2 tapi masih lagi makan.

Ahad, 24 Oktober 2010

Ole-ole dari Sue Joshua!

Salam.

Tahun ni takde jodoh nak berjumpa dengan Sue sekeluarga. Mungkin tahun depan kot.

Tapi dia tetap tak lupakan aku. Malu sebenarnya. Aku takde bagi dia apa2 pon. Terima kasih banyak2 Sue & Joshua di atas ingatan buat aku sekeluarga. Semoga persahabatn kita ni berpanjangan yer Sue. Wassalam.
Bye!

Rabu, 13 Oktober 2010

Mari ke Taman Permainan!

Sekarang ni kami memang jarang keluar. Entah kenapa dapat penyakit suka dok umah je. Tenang, aman damai. Sampai satu masa aku rasa anak2 dah bosan, maka kami bawak la anak2 keluar pegi meluahkan perasaan kat Taman Permainan belakang umah. Syok tengok depa lari2, main2. Memang riadah ni satu bentuk terapi terutama untuk anak2. Kami ni seronok pasal tengok gelagat orang. Macam2 ada... Sebelum balik paksa KRZ amik gambar aku. Asik amik gambau orang jer, satgi muka aku takdak... haha... Jumpa lagi nanti. Babai!

Ahad, 10 Oktober 2010

Apik Dah Besar!

Salam buat semua. Lama rasa tak ngapdet, setiap kali apdet rasa macam tu. nak mengasah balik minat aku nih, tumpul bonar rasa mata pena.....

Saja recycle gambar dari FB dan blog lama.

Gambar Rafiq g checkup gigi kat spital Sg. Buloh. besar dah dia sekarang, sampai pandai duduk kosi tu sendiri. Sebelum ni, ibaratnya aku pon sakit gigi, kena baring sekali.

Ni gambar dari blog lama. Kecik lagi time nih. Umur dia dalam 1 tahun 5 bulan. Sekarang umor dia dah 2 tahun 11 bulan. Nak masuk 3 dah. Tahun depan sekolah dah pon. Kalau rerasa nak tau citer apa waktu dia kecik tu, klik jelah kat sini yer----->KISAH RAFIQ.

Satu lagi kisah gunting rambut. Anak bujanglah katakan. Kena dia mengikut gen aku rambut lurus kejung kalau panjang lagi tambah burok... Kenalah sebulan sekali dia gunting rambut.

Tengok betapa keciknya dia duduk pun tak betol lagi siap KRZ kena pegang pulak. So cute sebab kecik lagi. Sekarang dah kurang cute, tapi macam nak pengsan bila tengok dia perasan2 sorang diri tengok cermin sambil ejas2 ramos sambil kata "Rafiq hencem!" How fast time flies we could never tell. Kids get bigger and we of course get older la. Apa lagi. Hik2!

Sampai jumpa lagi. Wassalam.

Lampu Lip Lap

Aku memang suka tengok lampu. Tu yang setiap kali posa soh KRZ pasang lampu lip lap sempena raya.
Tapi kali ni macam nak bior permanent jer.
Shantekk ar pulak menengoknya... pada mata aku la.
Tak tau korang tengok macam mana....
Asal aku suka sudahlah kan...


Jumaat, 1 Oktober 2010

Buat keje ke tido????

Heheh! Budak ini memang semacam ini tau....
Kalau tengok tv boleh pulak tahan mata sampai tengah malam.
Tapi kalau aku paksa buat homework....
inilah jadinya.

Kelakar tau bila tengok dia tertidur.
Walau dia suka tidur waktu buat homework
(yang aku assumed sangat letih mindanya kerana buat homework),
esok pagi sebelum g skul dia akan siapkan jugak.

Siap cara dia la. Kaler cara dia la.
Badan orang kaler purple aku bukan boleh tegur....
Ikut dia la, janji keje dia SIAPPPP!!!

Okey... rasa cukup panjang entri nih,
padahallll.....

Jumpa lagi ya....
bubye!

Gambar Raya!

Hai hai hai...

Terasa asing pulak walau kat blog sendiri.

Hmm... ada la sekeping dua keping gambar aku p beraya umah kakak biras aku kat Selama...Tu pun gambar dari belakang. Sambil dok menjaram Rafiq dengan towel basah.

Thanks to KRZ snap jugak sekeping dua.

Tulah, raya kali ni paling tak meriah kami rasa. Harap2 tahun depan semuanya sihat2, boleh kami merasa kemeriahannya kan???

Jumpa lagi,

Wassalam.

Sabtu, 11 September 2010

Demam lagi...

Salam buat semua.

Selamat Hari Raya.

Malam raya tu hari, Rafiq demam panas. Jadi raya kami biasa2 saja. Aku dan KRZ tiada mood posing sana sini ikut cuaca, hujan-panas-hujan.

Raya pertama g tempat yang kami g tahun lepas dan takde g tempat lain. Mungkin bila balik kampung KRZ jap lagik akan ada cerita best sikit kot...

Doa2 jelah ada. Kalau tak lagi sepi la blog aku. Haha!

Bye!

Jumaat, 3 September 2010

Bunga Api @ Bakar Duit!

Salam buat semua.

Pada suatu hari setelah puas KRZ dibodek Fatin, maka akhirnya dapat juga bunga api yang memang kami tak ajar anak2 membelinya. Nampak pun buat tak tahu je. Almaklum, perbuatan itu sama jer macam isap rokok iaitu bakar duit.... Budak paling NO FEAR bernama Rafiq, sebab kecik lagi kot tak paham aku takutkan apa2 pon. Macam Fatin pulak, terlalu berhati2 sebab aku cerita ada budak yang pecah pipi la... macam2 sebab tak mahu bagi dia mintak nak main sangat. Tapi sebab dah memang musim kan.... Bagilah jugak main seikat..... Hehe... Jadilah dari takde.

Jumpa lagi nanti, Wassalam.

Rabu, 1 September 2010

Kad Raya

Hai hai hai....

Beberapa hari lepas, aku dapat kad raya dari kawan lama, kawan waktu sekolah rendah. Terima kasih En. Hazly di atas ingatan. Jumpa dia balik melalui FB la. Yang aku ingat memang ngam dgn beliau dulu.

Satu lagi perkara yang aku ingat waktu dulu tu dia ni pernah kena appendicitis. Akibat suka makan pedas. Kalau salah, maafkanlah aku yer.

Dan pagi tadi dapat lagi sekeping dari anak murid. Betul jugak bak kata rakan di FB, memang payah nak dapat kad raya di zaman serba maju sekarang. Aku kira beruntung la.

E-kad raya tahun ni belum design lagi. Harap pada adik kesayangan aku kot. Tu pon kalau dia rajin la kan.

Aku soh KRZ buat, dia soh aku yang buat pulak... haha... Tengok la macam mana nanti...

To Acik:- Amacam??? Ada mau duit raya ka ini tahun??? Sila buatkan kad ok? Amek gambar baju apple-apple.... Haha...

Mampos korang tak paham, baju apa yang apple2 tu.....

Biarlah rahsia!~~~<----tetiba! Jumpa lagi....

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails