Beberapa hari lepas, aku dapat kad raya dari kawan lama, kawan waktu sekolah rendah. Terima kasih En. Hazly di atas ingatan. Jumpa dia balik melalui FB la. Yang aku ingat memang ngam dgn beliau dulu.
Satu lagi perkara yang aku ingat waktu dulu tu dia ni pernah kena appendicitis. Akibat suka makan pedas. Kalau salah, maafkanlah aku yer.
Dan pagi tadi dapat lagi sekeping dari anak murid. Betul jugak bak kata rakan di FB, memang payah nak dapat kad raya di zaman serba maju sekarang. Aku kira beruntung la.
E-kad raya tahun ni belum design lagi. Harap pada adik kesayangan aku kot. Tu pon kalau dia rajin la kan.
Aku soh KRZ buat, dia soh aku yang buat pulak... haha... Tengok la macam mana nanti...
To Acik:- Amacam??? Ada mau duit raya ka ini tahun??? Sila buatkan kad ok? Amek gambar baju apple-apple.... Haha...
Mampos korang tak paham, baju apa yang apple2 tu.....
Biarlah rahsia!~~~<----tetiba! Jumpa lagi....
1 ulasan:
wakaka..oh ini permintaanya..baiklah kak..akan ku usahakan bila berkesempatan..lambat lagi raya kan kan kan..ngeh3
Catat Ulasan