Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Sabtu, 8 Januari 2011

Adik Ila & Me!

Assalamualaikum semua.

Hai apa khabar? Hehe..... ni gambar Rabu lepas. Aku dengan adik Ila. Tengah sarat hamil sekarang ni. Semoga selamat melahirkan nanti yer.
Nanti anakmu mesti gebu macam mama juga. Lawa mesti macam papa dia. Kan??? Ha.... ni gambar depa waktu kenduri umah Bad di Desa Coalfield.
Aku senang dengan Ila ni. Dia ni kira macam orang kuat di opis tempat keje aku la. Kalau dia takde, mesti aku tanya, Ila mana?

Nasib baik ada orang harapan kedua, Puan Rosie. Apa pun, aku harap Ila dapat terus maintain jadi diri dia. Aku suka sangat cara Ila ni buat keje, kemas, tersusun je.

Nanti pasti lebih bermakna hidup Ila dengan kehadiran cahaya mata yang ditunggu2 tu. Selamat menjadi ibu ya dik Ila.

Bye!

Jumaat, 7 Januari 2011

Makan2 sempena tahun baru!~

Asslamualaikum....

Cerita dimulai dengan gambar Acik dok melayan Apiki.
Tak lama lagi anak2 aku dah besar akan ada pengganti. Tak lain tak bukan si anak kesayangan Juan dan Emy. Baby cute lagi demok tu...

Semua dah ada kena menanti En. Kerol yang masih berbau Hindustan.... baru sampai dari India jengok mak beliau yang berada di sana....
Tak jauh sangat tempatnya tapi tak boleh belah org yang jadi pemandu arah tu. Laju nak mampos. Selamba aku tulis kat sini. Esok2 dia print tepek kat mana2 pulak. Haha... padan muka aku... pedulik! Nko tak reti konboi ker? Ini bukan kat lebuh raya tau... nak laju2 gitu.
Disebalik kekeliruan Mr. Presiden suruh paking keta dan jalan secara berjemaah, kami sampai juga ke tempat yang dituju. Terima kasih kepada pemandu2 yang tak lain tak bukan KRZ dan Haji Fie yang sudi menumpangkan org2 lain. Tq khas juga untuk Mr. Rozi kerana menumpangkan aku anak beranak yer.
Hoh? Gambar di bawah ni sangat ngeri ok! Ada kelibat bayangan serba hitam melalui belakang Abg Rozi. Ngeri wei... dahlah aku sengsorang tengah2 malam ni. Fatin g berak pulak... haha...
Kak Banun bersama Banun Junior. hehe....
Aku duduk sebelah Fie dengan harapan beliau tak kuat makan... haha....
Makanannya sangat lambat siap, dan aku tak paham kenapa. Sebab kami dah reserve awal2 lagi. Mujur anak2 aku kurang borink sebab serba kreatif berangan main sendiri.
Neway thanks to Acik kerana gambar2 dalam entri ini kebanyakkannya, beliaulah yang mengambilnya.

Mukaku masih lagi benagng kerana tidak makan dari petang....Grrr.... mana makanan ni? Kami dah lapar!!!
Tengok mainan Fatin dah bertambah, ada kerang pulak dalam pinggan dia. Haha.. Aku tak tahu rupa2nya anak2 aku ni suka makan kerang!
Kantoi tak pernah masak kerang kat umah. Sangat the meleceh la. Tak sangka depa pandai makan. Satu lagi aku tak berapa minat makan kerang. Dan seiingat aku sekali dua saja aku masak kerang ni sejak nikah ngan KRZ. :P

Bila lauk pauk sudah datang, perot semakin tak sabar!!!!

Apa lagi....seranggggggggggggggg!!!!!
Sesudah makan, KRZ suruh aku mengoder ketam masak lada untuk dimakan kat umah. Memula kena la g pilih dulu ketam mana yang kamu hendak makan yer...
Inilah dia 4 ekor ketam yang terpilih... takde yang besar2 pun, tapi kira ok jugak nih..... dari takde langsung kan????
Sementara menunggu ketam, kami sibuk dok tengok telatah dan gelagat anak2. Contohnya , melihat gaya Si Rafiq sampai terpejam2 mata mengidu bau tembakau Blueberry si Dai.
Lepas ketam masak, kami pun balik terus ke rumah tak singgah Shah Alam dah. Bukan apa, haruslah balik untuk dapatkan rehat yang cukup, Isnin nak mula kerja dah.

Lagi pun 4 ekor ketam dah menanti.....
Sampai2 rumah aku dan KRZ pun apa lagi...
Makan dengan senyap tanpa sebarang bunyikkkk....

Tetiba jadi pantun 3 kerat pulak. Haha. Sampai jumpa lagi. Wassalam!

Selasa, 4 Januari 2011

New Year @ I-City Part 2

Hai semua.

Sambung sikit. Malas giler dah ni. Sama jugak macam part 1. Berkumpul di Ali Seven bak kata Acik Lana. Haruslah interprem nama beliau sebab beliau akan fofuler tak lama lagi kan? Ahaks!

Ni waktu menanti Haji Fie datang.
BTW citer sikit. Ni yang boleh ada Part 2 ni pasal ni yang kamera Canon yer kawan2. Biler Haji Fie sampai kami terus la g.
KRZ sangat happy la kan, dapat testing mesting kamera beliau. Kata beliau lagi sudah ditarok oleh Tok Guru beli kamera simpan, apa guna???

Maka beliau berjoli sakan mengambil gambar. Aku kerjanya amik gambar belia dan banyak juga gambar yang disenep oleh bakal penulis Cik Dabel R. Boleh gitu????

Contohnya gambar aku ngan KRZ ni.....

Yang ini aku la amik. Yang sedang memeluk pokok tu la Haji Fie, gambar dia yang elok ada kat FB. Malas nak resize la, banyak sangat.....
Mr Rozi bersama Haziq Iqbal. Gambar anak2 I takde yer kat I-City ni tapi dihujung rancangan. haha... :P
Aku tengah makan sambil memandang kiri dan kanan sambil menafikan, I tengah diet, tak makan nasi kepada orang ramai... haha...padahal, licing aku makang.... maaf yer SD II.
Ini kepit idung guna jari nama skillnya. Sila jangan cuba aksi ini di rumah. Terima kasih.
KRZ masih berusaha bersungguh2. Usahakan tangga ke kejayaan?
The making of Die Jubir di arah oleh Cik Dabel R(Bukan nama sebenar). :P
Ini bukan orang lain yer. Rockers bulat kesayangan hamba! KRZ nak BB satu...ihiks...
Kenapa ada sampah sarap itu? Aku pon dipaksa tau. Malas nak menolak. Alah, dah tengok muka aku burok, puaslah hati Cik Pengarah tu. Bergelak bersama, kan ke happy....
Last sekali, mestilah bunga api. Aku amik gambar dalam 3-5 menet, pastu amik video untu Patin tengok pulak... Video bunga api ada kat fesbuk. G la cari. Tak friend aku takkan jumpa la. haha..
So kami sampai umah lebih kurang 2.45 pagi. Tengok2 anak2 tergolek dalam bilik mak.
Sangat dengkik ok! Aku pun kena tido luar tau, depa boleh lak menghempet2 mak. Maka kata takut kena gigit nyamuk la, lagi pun depa manja Tok...

Pandai kejut paksu suruh bangun g keje. Sapu losyen kat badan paksu. Segala macam pandai bila aku ngan KRZ takde.

Memang anak2 ni kena tinggal2kan nak bagi pandai. Tapi jangan la beranak2 ko dah tinggalkan. Itu takde akkal namanya, BANGANG! Miahaha! Tak pasal2 emo kat si pembuang/pembunuh bayi.

Oklah, cau cin cau guwe mau g sleep. Wassalam.

Ahad, 2 Januari 2011

New Year @ I-City Part 1

Assalamualaikumwarahmatullah....

Cerita menyambut tahun baru di I-City Shah Alam bermula dengan duduk berkumpul beramai2 di Ali Seven. Dapatkan pas masuk percuma ya tuan-tuan.
Alkisah, aku ngan KRZ ni nama je selalu g Shah Alam tapi I-City ni memang tak pernah jejak. Setakat lampu2 tu tepi jalan dah nampak.

Sebenarnya kami ni jenis tak berapa suka nak bersesak2. Tu yang malam tu kami gi tinggal anak2 umah mak. Sib baik tinggal, kalau bawak mesti meraung2 kepanasan. Sesak sangat dengan lautan manusia malam tu.

Kami sampai awal tapi dah agak sesak la. Mujur boleh masuk sampai ke dalam. Tak yah jalan kaki macam pengunjung lain. Antara acara yang diadakan adalah mini autoshow. Geng kami si Ali Aizat pun masuk gak bertanding.
Dan, sampai2 jer aku terus nampak anak2 kecit, anak2 dare, mak2 dare, pendek kata semua golongan manusia la yang memakai cekak rambut berlampu. Comel je aku tengok kalau telinga rabbit atau telinga Miki Mos tu.
Taapi kalau tandok setan, aku memang pangkah dari kali pertama aku nampak la. Bencik betol!!!! Salah satu cara the alkafirun mau menjajah pemikiran umat Islam. Awal2 dah kuberitahu adik2 jangan kau beli tanduk2 setan tu sebelum aku tandok korang... haha...

Kami ke sana dengan KRZ sebagai photographernyalah. Posing macam2. Nanti ada part 2 lagi macam2. Hihi... Suka jer....
Lampu2 kat sino memanglah cantik...
Tapi I wonder duit sapa yang bayar letrik... Macam duit rakyat je? Lantaklah... Menyokong tidak, membantah pun bukan aku...
KRZ ni kekurangan subjek, jadi muka aku yang berminyak sakan ni tetap jadi bahannya. Sib baik aku pon suka posing cuma kadang2 tu terasa dah abis gaya...hahaha...
sampai ada gambar curi2....
Tara...
ni Kodai.... We had fun trying the wig. Tengok la muka aku. Kata Acik macam ada sampah sarap atas kepala aku... kuikui...memang pon....
Sebenarnya sangat boring kerana pengisian acara tak seperti yang digembar gemburkan. Aku dah la penat sangat bangkit awal pagi sebab pagi2 ada exam.

Banyak lagi aku nak kompelin tapi lain kali je lah. Acara penutup malam tu dah tentu bunga api.
Lepas bunga api, aku tak larat dah, g dodo dalam keta. Lega je rasa belakang dapat bersandar.... dalam kol 2 lebih baru gerak balik...

Sampai sini dulu. Ada masa lagi nanti aku sambung part 2.

Wassalam.
Bye!



Happy New Year!!!


Assalamualaikum...

Ketinggalan aku ni kan? Tapi takpe,nak ucap selamat tahun baru buat semua. Cerita tahun baru ada. Tapi sikiiit lambat mau publish yer.

Pasal nak kena edit gambor dulu tu yang buat aku malas. Malas sangat. Haha. Jumpa lagi nanti.... Bye!

Sabtu, 1 Januari 2011

Bujang kecik nak ke sekolah dah!

Assalamualaikum.

Pon terlambat nak cerita kat sini. Tahun ni, Rafiq akan mula ke tadika. Harap2 dia ok la. Aku risau sikit sebab Rafiq tak se eksaited Fatin dulu. Kadang2 bila aku tanya katanya tak nak g skolah. Haha!

Rafiq oh Rafiq!

Tapi bila aku g mendaftar kat tadika tu, teacher Maya suruh dia try baju, nampak ok sangat dia tu. Takde takot2 pon. Siap teacher kata mesti ok sebab Fatin dulu pun ok je. No problem at all. Walau aku tak boleh teman pada hari pertama tu.
Walau pun depa ni adik beradik, aku perasan ada perbezaan antara keduanya. Sama-sama aktif tapi Rafiq ni jenis suka buat kerja melibatkan pergerakan, hands on. Kurang minat menulis macam Fatin.

Fatin jenis tekun dan suka buat kerja rumah, terutama menulis. Kalau buat homework, dia akan buat sampai tertidur di meja. Boleh bila terjaga dari tidur tu, dia sambung buat kerja.

Yalah, anak2 nak menurun sapa lagi kan. Fatin macam aku, suka menulis. Rafiq macam KRZ suka buat kerja hands on. Minat dan kecenderungan dah mula nampak sikit2. Tapi masih terlalu awal nak tentukan semua tu, tunggulah dulu....

Lupa nak bagitau, luka khatan Rafiq dah baik. Cuma dia masih ada sikit trauma la tak mau bagi aku belek2 sangat. Lega segalanya berjalan lancar dan dia pun takde demam. Mana la tau trauma sampai demam kan???

Oklah kawan2. Sampai jumpa.

Wassalam.



Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails