Assalamualaikumwarahmatullah....
Cerita menyambut tahun baru di I-City Shah Alam bermula dengan duduk berkumpul beramai2 di Ali Seven. Dapatkan pas masuk percuma ya tuan-tuan.
Alkisah, aku ngan KRZ ni nama je selalu g Shah Alam tapi I-City ni memang tak pernah jejak. Setakat lampu2 tu tepi jalan dah nampak.
Sebenarnya kami ni jenis tak berapa suka nak bersesak2. Tu yang malam tu kami gi tinggal anak2 umah mak. Sib baik tinggal, kalau bawak mesti meraung2 kepanasan. Sesak sangat dengan lautan manusia malam tu.
Kami sampai awal tapi dah agak sesak la. Mujur boleh masuk sampai ke dalam. Tak yah jalan kaki macam pengunjung lain. Antara acara yang diadakan adalah mini autoshow. Geng kami si Ali Aizat pun masuk gak bertanding.
Dan, sampai2 jer aku terus nampak anak2 kecit, anak2 dare, mak2 dare, pendek kata semua golongan manusia la yang memakai cekak rambut berlampu. Comel je aku tengok kalau telinga rabbit atau telinga Miki Mos tu.
Taapi kalau tandok setan, aku memang pangkah dari kali pertama aku nampak la. Bencik betol!!!! Salah satu cara the alkafirun mau menjajah pemikiran umat Islam. Awal2 dah kuberitahu adik2 jangan kau beli tanduk2 setan tu sebelum aku tandok korang... haha...
Kami ke sana dengan KRZ sebagai photographernyalah. Posing macam2. Nanti ada part 2 lagi macam2. Hihi... Suka jer....
Lampu2 kat sino memanglah cantik...
Tapi I wonder duit sapa yang bayar letrik... Macam duit rakyat je? Lantaklah... Menyokong tidak, membantah pun bukan aku...
KRZ ni kekurangan subjek, jadi muka aku yang berminyak sakan ni tetap jadi bahannya. Sib baik aku pon suka posing cuma kadang2 tu terasa dah abis gaya...hahaha...
sampai ada gambar curi2....
Tara...
ni Kodai.... We had fun trying the wig. Tengok la muka aku. Kata Acik macam ada sampah sarap atas kepala aku... kuikui...memang pon....
Sebenarnya sangat boring kerana pengisian acara tak seperti yang digembar gemburkan. Aku dah la penat sangat bangkit awal pagi sebab pagi2 ada exam.
Banyak lagi aku nak kompelin tapi lain kali je lah. Acara penutup malam tu dah tentu bunga api.
Lepas bunga api, aku tak larat dah, g dodo dalam keta. Lega je rasa belakang dapat bersandar.... dalam kol 2 lebih baru gerak balik...
Sampai sini dulu. Ada masa lagi nanti aku sambung part 2.
Wassalam.
Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan