Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 14 April 2013

Minum petang dengan Tok!

Assalamualaikum.
Sekejap2 dapat juga p jenguk mak dengan adik bongsu kesayangan. Alhamdulillah mak sihat. Amat je kata mak dok garu belakang kepala sampai berdarah. Nampak gaya macam sihat.
Sebelum balik tadi pesan kat mak suruh adik g klinik. Risau melarat je. Elok g check dan ambil ubat mana yg patut.
So kami minum petang dengan mak hari ni. Si Fatin minta aku bancuhkan horlicks pula. Bancuh seteko minum sekeluarga. Hmm.. Panas2 sedap rupanya air horlicks diminum petang2.
Lepas maghrib kami pun pulang. Hihi.
Jom. Nanti jumpa lagi.
Assalamualaikum.

Skill tidur istimewa!!!

Assalamualaikum.

Petang2 ni nak cerita pasal Cik Fatin. Recently dia ada skill tidur yang tak macam tidur.

Yang kita ingat dia tak lena, beriya-iya ajak dia berbual. Rupa-rupanya ke laut. Hihi.

Gambar ni baru je aku amik. Hmm. Yg Rafiq tu komfom la lena. Yg dia tu cuba lah korang tengok...

Gambar kedua pula gambar beberapa hari lepas. Dengan tablet tegak, adoiiii....

Fatin oh Fatin!

Lempeng special!

Assalamualaikum.

Huarghhhh!!! Ngantuk sangat. Tatau jam berapa terlelap sedar2 dah subuh. Lepas subuh konon nak sambung lelap... dah dua orang budak tu bangun pula.

Mintak makanan. Fatin lapar. Rafiq pula nak makan. Sama la tu. Hihi.

Masak nasi dulu apa2 hal pastu buatkan lempeng.

Masa letak periuk nasi tu ternampak pewarna hijau. Ok tekad hari ni lempeng warna hijau. Dan ada perisa pisang sikit.

Letak resipi lempeng boleh? Hihi. Biasa aku letak telur tapi sebab Fatin masih pantang so kali ni takde telur. Jom tengok bahan2 dan cara masak.

A. Lempeng

Bahan2
1. 4 cawan tepung gandum
2. 2 sudu gula
3. 1 sudu teh garam
4. 1 sudu teh serbuk pewarna hijau
5. 1 sudu teh perisa pisang
6. 2 1/2 cawan air
7. 1/4 mangkuk kecil minyak masak

Cara membuat
1. Sebatikan semua bahan kecuali minyak masak dalam besen kecil.
2. Gunakan satu sudu minyak dan ratakan dalam kuali.
3. Masukkan satu senduk bancuhan dan golek2kan kuali untuk menipiskan lempeng.
4. Gunakan api kecil dan apabila masak sebelah boleh dibalikkan.
5. Purata masa untuk masak adalah 4 minit.
6. Sejukkan kepingan lempeng di atas papan pemotong sebelum digulung dan dipotong bulat.
7. Ulangi langkah 2 & 6 untuk kepingan lempeng yang seterusnya.

B. Sambal Ikan Bilis

Bahan2
1. 15 tangkai cili kering digunting dan direbus terlebih dahulu.
2. Semangkuk kecil ikan bilis direndam.
(1/4 untuk dikisar selebihnya digoreng garing)
3. 3 biji bawang merah.
4. 2 sudu makan gula.
5. 1 sudu teh garam.
6. 2 sudu minyak masak untuk menumis.
7. Semangkuk kecil air untuk mengisar.

Cara membuat
1. Kisar cili kering, bawang dan ikan bilis.
2. Tumis bahan kisar dengan dua sudu minyak masak.
3. Masukkan garam dan gula.
4. Kacau sekejap2 dan tunggu sehingga pecah minyak baru ditutup apinya.

*bagi yang mahu kurang pedas boleh ditambah semangkuk kecil air dalam bahan kisar yang ditumis, 2 sudu makan gula dan 2 sudu makan sos cili.

SELAMAT MENCUBA!!!

Kesayangans

Assalamualaikum.

Tak boleh lena lagi. Saja nak share sikit pasal aku. Bosan ke tak korang baca?

Agak2 bosan g la lena ye. Hihi. Tadi masa g makan jumpa sahabat satu tempat kerja. Datang makan sekeluarga. Terus ku dakap si bongsu kesayangan beliau.

Aku panggil Naufal Bam Bam. Masa Naufal ni belum boleh jalan, beliau sgt tembam. Yang paling best, beliau suka dan pasrah bila digomol. Hihi.

Pegang dia kejap je terpaksa pass kat mummy dia semula sebab Fatin menjadi tarikan si Naufal. Bahaya tu. Campak Fatin belum kering lagi.

Balik rumah jadi teringat sangat kat si Bam Bam. Terus wassep mummy dia mintak gambar... Hensem la si kecik ni... Gerammm....

Yang aku nak cerita. Aku dengan budak2, sgtlah attached. Walau pun budak tu tak selesa atau tak berapa suka, aku memang suka sgt.

Yang kalau selalu nampak aku macam sombong ngan budak tu adalah sebab aku paksa diri aku jadi camtu. Aku tak mau jadi teringat sangat. So selalu buat dono padahallll... Aku sayangggg sgtttt... Menitik air mata ooo... Bila teringat sangat...

Dari aku kecik lagi. Aku suka ngasuh adik2 aku. Pastu adik dah besar ngasuh dua pupu aku. Anak sepupu arwah abah. Sampai perkataan pertama dia sebut "mak" dan org yg dia panggil mak tu aku la.

Pastu ngasuh anak2 buah aku. Apa depa nak, apa kerenah depa, semua aku layan. Aku mewahkan, tunaikan permintaan selagi termampu....

Bila anak2 buah dah besar, agaknya depa pikir depa dah besar jadi patut kurangkan manja kot. Tapi kalau depa terus manja, percayalah, mandak akan layan korang sama macam dulu juga. Walau korang dah kawin pun, korang tetap anak2 mandak.

Kasih beralih pada anak2 kawan2 pula. Adoiiii. Ngan Si Naufal tu terasa nak lempang2 pun ade. Geram sangat. Bukan nak lempang bagi sakit... Tapi gerammmm. Korang paham kott? Hihi.

Buat anak2 buah sekalian... Mandak tetap akan manjakan korang sampai bila2.

Buat anak2 kecil yang comel2 comot2 ketahuilah diriku selalu merindui kalian.

Muuuahhhss. I miss you all forever.

Peluk cium ketat2 hokkay?

Nah tataplah gambar si Bam Bam. ♥♥♥♥

Rabu, 10 April 2013

Mak....

Assalamualaikum.

Malam ni semoga aku dapat tidur lena. InsyaAllah. Dah berapa lama rasanya tak sempurna tidurku. Mungkin itulah jua sebab aku dapat sakit pelik2. Yang tak pernah dapat sebelum ni. Alhamdulillah. Sekurang2nya aku tahu Allah masih sayangkan aku.

Nak cerita pasal mak la malam2 ni. Ni yang buat nak banjir ni. Hihi.

Dua tiga hari lepas adik bongsu aku post gambar ketam yang dia pancing. Fresh2 dan tentunya masih hidup la kan.

Banyak2 gambar... Gambar kat bawah nilah yang paling menggamit aku untuk merenung lama. Gambar mak.

Makk... Aida rindu mak sangat. T_T

Gambar mak ni macam gambar mak beberapa tahun lepas. Sebelum mak sakit teruk. Sebelum mak keluar masuk hospital. Sebelum mak tak boleh jalan.

Aida minta maaf tak dapat nak jenguk mak setiap hari. Kalau ada kesempatan tu memang Aida akan balik jenguk mak. Kadang tu curi2 masa nak jenguk mak sekejap.

....

Tak mampu dah wei nak sambung cerita. Kabur pandangan mataku ini.

Ya Allah, kasihilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecil. Amin.

Assalamualaikum.

Selawatlah..

Nak juga tu...

Assalamualaikum...

Hari ni mek ikut ke sekolah. Kesian dia. Nak buat macam mana. Nak hantar pengasuh tak boleh. Taska pun tak boleh. Sudahnya ikut aku je la.

So pagi2 dia tak larat. Lepak je kat bilik rawatan.

Tak sampai masa rehat dia dah bosan. Mai cari aku kat kelas. Adoiii... Jgn la terjangkit kat anak2 murid. Suruh dia duduk tepi aku.

Budak dah keluar rehat baru bg dia duduk untuk salin latihan. Susah juga ye kalau jenis suka pergi sekolah ni ye. Hihi. Asyik nak belajar je.

Jom. Nanti jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Day 3

Assalamualaikum..

Apa khabar korang semua? Sihat? Aku sihat2 je. Tangan kiri masih kebas. Almaklum kena suntiksn tetanus semalam. Berat semacam je tangan. Hihi. Padahal malas. :-P

Hari ni hangkut Fatin ke sekolah. Rafiq dah boleh ke tadika jadi lega sikit la.

Manja terlebih budak tu. Time aku takde boleh dia bantai meraung. Nak ummii! Hihi.

Kakak ni lebih independent. Lagi pun ini sekolah dia kan.

Tggalkan donut 3 ketul. Sebotol air revive dan duit belanja sikit. Lapar2 pandai2la.

Ok... Jumpa lagi nanti.

Assalamualaikum.

Selasa, 9 April 2013

Ayat yang pedihhhhh...

Assalamualaikum...

Malam ni nak membebel sikit la. Pasal ayat yang power. Pedas. Menikam. Hihi. Apa lagi ek....

Hmmm... Aku ni kan. Dulu. Dulu la. Mmg jenis cakap terus. Kadang mmg aku tak fikir pun. Main cakap je.

Pastu makin usia bertambah.. Makin aku rasa aku tak payah cakap banyak perkara yg aku rasa. Atau yg aku tak puas hati.

Tapi bila buat macam tu banyak benda tak setel la pulak. Mungkin juga membuat orang memendam rasa bila sesuatu benda tak clear.

Contohnya yang terbaru kisah aku dalam berkawan ni. Semakin aku fikir semakin betul dan make sense dengan apa yang berlaku di sekeliling. So aku ambil keputusan buat macam biasa sambil tak menyibukkan diri macam sebelum ni.

Well. Aku pun pandai fikir juga. Walau selalu nampak macam tak fikir. Dan selalu buat tatau. Aku tak mau fikir sebab aku akan fikir sampai aku menangis. Sampai aku tak boleh tidur berminggu2.

End up. Jalannya macam tu juga. Susah nak ubah orang ni. Taklah semudah yang kita sangka. So aku tak nak fikir nak ubah apa2. Biar je la. Ikut je lah flow.

Nak kata apa kat aku... Silakan.

Pesan aku... Nak yang berkenaan ingat. Kalau aku pula nak kata kat korang. Lagi banyak. Lagi pedih. Lagi menyakitkan. Tapi aku tak buat. Korang pikir la.

Sedap sangat kata kat aku kan. Aku dah buat kenyataan bela diri. Tapi utk diri sendiri la. Bukan untuk kau...kau dan kau. Biarkan perkara ni remain sikret.

Biar kau remain fikir kau bagus kan. Macam tadi kau buat kat kawan2 lain. Hihi.

No heart feeling ok. Aku still sama. Layan sama macam biasa. Cuma sekali terluka....

Aku minta maaf. Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Turun lagi.. Erkkkk!

Assalamualaikum.

Alkisah balik lambat dari klinik tadi. Hb turun lagi. Tinggal 9.4 je. Makin banyak aku makan ubat, makin banyak aku makan makanan, makin kurang pulak ye. Berat je naik. Hihi.

Seriau dengan penurunan, dokter bertanyakan simptom2 seperti sesak nafas atau pitam. Sesak nafas tu memang ada. Pitam belum lagi. Sebab aku sgt concern pasal kesihatan diri sendiri. Baru rasa lain macam sikit aku dah amik tindakan mengelaknya.

Kali pertama rasa nak pitam 3 minggu lepas. Masa ziarah arwah pak long kat kubur. Padahal aku tengah duduk atas tikar dan berada di tempat teduh.

Semacam je rasa. Sesak nafas. Badan berpeluh2. Pelan2 aku bangun dan jalan menuju ke kereta. Start enjin buka ekon, buka tudung.... Fuhhhh... Legaaa...

Sesak nafas masih ada sampai sekarang. Bila aku bergerak banyak sangat. Minggu lepas ulang turun naik kelas ke bilik rawatan tengok Rafiq memanglah buat aku semput. Ubatnya rehat. Duduk. Jangan bergerak atau buat kerja. Mana boleh kan. Aku kan bekerja. Hihi. Kena juga kerja sikit. Walau sebenarnya aku prefer cuti je sekarang.

Dokter bagi ubat high dose kali ni. Sehari sebiji sebelum sarapan dan hentikan ubat lain katanya. Kita tengok next two weeks macam mana ya. Harap ada perubahan.

Panjangnya aku bebel kali ni. Ya udah. Nak selip jap. Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Day 2

Assalamualaikum.

Hari kedua Fatin kena demam campak. Makin banyak yang keluar. Sebab terus minum air kelapa semalam. Keluar banyak la terus. Harap cepat keluar semuanya dan cepat sembuh juga.

Mek ni suka g sekolah. Dan rasanya dia akan terlepas g lawatan sekolah agama minggu ni.

Takpe nanti g lawatan sekolah kebangsaan ye. Hihi. Sekali dengan ummi.

Hari ni aku g klinik lagi. Pemeriksaan susulan. Dan Rafiq seperti biasa peneman setia la. Ada 3 biji lagi campak kat belakang dia belum kering. Jadi still tak boleh ke sekolah.

Pasni aku masuk kerja kena kuarantin dia la kat bilik rawatan. Dah siap bawak tablet dan kaler pensil. Dah siap beli buku kalering dah sampai je kat klinik ni tadi. Hihi.

Jom. Nanti jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Isnin, 8 April 2013

Memaafkan adalah antara sunnah Nabi SAW!

Assalamualaikum.

Sebelum tidur maafkan semua orang ya.

Dan baca doa. Dengan nama Allah aku hidup dan aku mati.

Amin.

Nak ayam gorengggg!!!

Assalamualaikum.

Hmm. Cuti hari ni. Masak la sikit buat sendiri dan suap anak2 makan. Alah sekadar ayam goreng dan kailan tumis. Dah cukup sedap buat anak2.

Tambah pula tangan ummi yang suap. Hmm. Licin. Tapi org demam makan 5 suap je. Tak lalu.

Jadilah buat alas perut untuk makan ubat. Korang pulak masak apa? Makan apa? Mesti sedap2 kan?

Jom. Nanti jumpa lagi ya.

Assalamualaikum.

P/S: tangan pis tu biasalah si Rafiq. Hihi.

Demam campak.

Assalamualaikum.

Apa khabar korang? Harap sihat2 selalu. Walau aku lebih banyak mendiamkan diri. Atau memang diam terus... Ingatan pada korang tak pernah padam.

Ketahuilah sangat rindu pada good old days. Memanglah jauh di sudut hati harap semua akan kembali seperti dahulu. Bertegur sapa beramah mesra. Tapi banyak sangat halangannya. Paling utama kesihatan aku la. Tapi aku ok. Setakat ni la.

Hmm. Anak2 pun ok je. Rafiq baru nak baik demam campaknya yang dah masuk minggu ketiga. Fatin pula malam tadi demam. Pagi ni dah berbintil2 seluruh tubuh. Kasihannya.

Ternampak2 macam mana Rafiq menahan sakit bila campaknya penuh satu badan. Hai lah hati seorang ibu. Lemah lutut rasa nak tercabut semua sendi tengok anak sakit. Tapi pura2 kuat depan depa. Nanti lagi lama depa sakit pula.

Doakan anak2ku cepat sembuh ya sahabat sekalian. Cepat tak cepat paling kurang 2 minggu juga la.

Minggu lepas terpaksa bawa Rafiq ke tempat kerja sebab tadika tak nak terima lagi. Kalau hantar ke taska pula akan menjangkiti budak2 lain.

Aku kerja lebih sikit la mana naik ke kelas dan bila free atau selang sejam kena turun jenguk dia pula di bilik rawatan. Kenalah kuarantin. Kang tak pepasal students aku pulak terjangkit. Hihi.

Fatin dapat mc seminggu. Ahad doktor suruh sambung lagi seminggu. Rehat panjang2. Tapi tak boleh kat rumah la. Ummi tak boleh cuti lama2. Kena kuarantin macam Rafiq juga la.

Sebenarnya tak nak update ni. Tapi... Tak adil untuk korang la kan. Adil ke tidak untuk aku tu belakang cerita. Aku kan memang macam ni.

Maafkan salah silap aku ya. Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.

P/S: gambar anak2 berbaju kuning gambar pagi ni masa g klinik. Gambar Rafiq yg last tu dua Jumaat lepas. Masa cuti sekolah. Baik banyak dah. Hilang parut... Alhamdulillah.

Ahad, 7 April 2013

Layang - Layang Terputus Talinya

Assalamualaikum...

Apa khabar korang? Harap sihat2lah ye. Aku selalu doakan korang. InsyaAllah selagi terdaya. Aku?? Macam nilah... Sihat macam ni, tak sihat pun macam ni juga. Hihi.

Pagi2 ni, layan Sinar FM, sedihnyalah dengar lagu Alleycats ni... Jom layan...

Berarak mendung kelabu 
Mengekori langkahku 
Sepanjang kehidupan penuh dugaan 
Namun aku tetap aku 
Ku cuba dan terus mencuba 
Mencapai suria 
Walau membakar jiwa walau aku dihina 
Namun aku tetap aku 
Derita oh derita engkau dimana-mana 
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri 
Tak mungkinnya mimpi jadi realiti 
Hidupku tanpa arah bagaikan layang-layang terputus talinya 
Derita oh derita engkau dimana-mana 
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri 
Tak mungkinnya mimpi jadi realiti 
Tapi pasti di suatu hari nanti sinar suria kan menjelma 
Kucuba dan terus mencuba 
Mencapai suria 
Walau membakar jiwa walau aku dihina 
Namun aku tetap aku


Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails