Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Khamis, 18 November 2010

Eid Al-Adha

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....

Hi! (Disebut sebagai hai , ye...)

Nilah kisah hari raya korban kami sekeluarga anak beranak. Berempat. Pagi2 g menebeng umah Pak Chu KRZ kat Sg. Buloh tapi sebab semua orang busy....dok sekejap je...

Sekejap pon sempat la layan si Rahimah main congkak barang 2 round...haha...sungguh tradisi kan?
Eh-eh, mengapa mereka sibuk? Sibuk persiapan nak menyiapkan lembu korban.
Lembu tersebut dikorbankan di Kuala Selangor dan waktu ni kami tengah standby la tunggu...


Kemudian, haruslah berdesup ke Shah Alam. Adik badik aku dah start berkumpul kat umah mak. Lagi pun aku asyik teringat2 selalunya kat umah mak selalu ada makanan banyak kan....
Sampai2 jer, memang lah ramai kaum kerabat..hehe..sebenarnya adik badik aku ngan anak2 buah aku jer....

Dan makanan jangan cakap la. Aku ni peminat daging tau...kena pulak kakak aku masak satu bekas besau... hampir pengsan aku makan sebab tak boleh berenti.....
Ni rendang super hasil air tangan kakak aku jugak.....
Ni aku dengan anak dara abang Adi... si Alysha..... So cute la adik!~~~

Ni pulak anak buah paling tua la. Dulu kecit jer, sekarang nih dah jadi jejaka idaman gadis disekolahnya... haha... gelamer nko sekarang kan, Am???
Yang baju kuning tu takkan tak kenal lagi? My dear KRZ la.... Haha!

Perkenalkan kakak aku yang terror masak. Almaklum kerjayanya sebagai tukang masak. And again dengan mek tot Alysha!

Ni abang Adi aku dan abang ipar aku (berketayap) suami kakak aku sorang lagi Kak Aton.
Abg Adi & Kak Wati....

My MAK......
tak berhenti2 mak makan tadi sebab setiap kali anak makan, kena duduk makan sekali, sudahnya tak bangun mak dari kerusi tu kan.... sib baik 7 orang je anak mak... JE???? Ramai tu....

Lepas makan masing2 bersandar la kekenyangan. Bolehlah jadi geng ulau la kita ni kan????
Abg Adi, Aida & Alysha...
Keterangan gambar :
Belakang=Kedua abang iparku sudah tewas kerana sudah kinyanglah!~
Depan=Kak Ana sedang cuba menewaskan anak2 beliau pulak! Haha!~

Hmmm.... cuba tengok anak buah aku yang sedang makan yang pakai cermin mata tu. Namanya Asri. Dia tak puas hati semua gambar ibunya (Kak Ana) jadi putih berseri dan bercahaya...... Sebab kakak aku dulu masa jaman sekolah hitam lengit! Banayak berkawad la katakan....

Contohnya dalam gambar ni, Kak Ana dengan Alysha!~ Sangat putih nampaknya. Cun tu... tambah pulak umur dia nak mencecah 40 tahun, tahun depan...

So dak Asri ni sangat menjeles ok??? Hehe... Asri, kamu pun boleh putih jugak nanti... tapi tak tahulah bila kan? Janji berenti main basikal dulu, ok??? Haha!~
Abang Adi mengandung tak bersalin2 pon.
Kelihatan Bidan Ana sedang cuba menilik bilakah tarikh kelahiran kandungan Abang Adi... hihi... kelihatan juga Ali sedang cuba membentuk perut beliau dengan masih lagi makan... haha....

Tak lama lepak, Abang Atan sampai, bawak makanan lagi. Ini paprik hati.
Sedap tau, meratah sayur. Sorrylah I tak makan hati...

KRZ mencuba memegang Alysha budak kecit yang suka senyum....
Kelihatan Fatin sangat mesra dan tak jeles malah melebih2 sayangkan Alysha, sudah mau adik ka??? haha! Nanti arrr....

Melihat cuaca tak berapa menarik, kami pun gegas nak pulang ke Damansara Damai kerana dah beberapa hari disogokkan dengan cerita makan nasi dagang di hari raya....

Tapi sebelum tu singgah dulu kat sini....
Masa untuk anak2, menantu2, cucu2 menziarahi pusara arwah abah.
Tengoklah gaya Rafiq ni...sejuknya hati aku....
Tambah pulak Fatin dan Rafiq dah boleh baca Al-Fatihah, aku suka sangat.....

On the way balik Damai hujan dan anak2 lena masing2. Sampai umah Acik untuk beraya, depa masih mood tido g rasmi tido kat bilik cantik Acik tuh.
Tapi sayang camera dah buat hal lepas tu so takde gambar dengan ibu, abah Acik, Ayie dan Shidah. Apatah lagi dengan tuan rumah.

Sori yer Acik.... Tunggu kamera baru la, pasni kita posing puas2.... Hehe..aku dah mengantuk la... jumpa lagi nanti kalau ada cerita lagi dan kalau aku rajin...

Wassalam. Bye!

1 ulasan:

Acik Lana berkata...

phew..panjang btol cerita..hehehe

nanti buat makan2 proper sikit di masa depan..hehe

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails