Hari pertama bekerja.
Aiceh. Konon. Gaya2 macam baru posting. Baru keje la. :-P
Ayat tu tak habis sebenarnya. Hari pertama bekerja selepas 90 hari bercuti.
Keluar awal pagi tadi. 6.30 pagi. Bajet pasti akan sesak. Sebab hujan dari sebelum subuh. Apa pun alhamdulillah.
Hantar Firuz pun tak sempat nak peluk cium bagai. Takut teringat sangat. InsyaAllah ok dgn Kak Sal. Dengar dia cerita tadi pagi2 Firuz dah ikut g beli nasi lemak. Kelakar pula rasanya. Tapi memang macam tu, dia dan suami rajin bawa anak2 keluar2 sekejap2.
Sampai sekolah ngam2 bunyi loceng. Takde perhimpunan rasmi sbb hujan. Allah bantu aku yg sakit tekak. Alhamdulillah. Rakan sekerja ambil alih jua kerana kasihankan aku.
Buat urusan kelas. Siapkan kedatangan tahun depan. Makan. Entah mengapa asyik lapar sahaja. Hihi.
Jam 9.30, terasa berdenyut2 dah susu nak keluar. Pantas terkenang Firuz. Pasti dia terjaga minta susu. Nak berpeluk. Nak bermanja. Aku terus sibukkan diri. Uruskan hal buku teks anak2 murid dan lain2 urusan.
Jam 12 pula ada satu edaran mengatakan ada mesyuarat. Argghh. Terus rasa macam wth??
Susu makin membengkak. Pasti baby sesang merindui ummi. Ummi feel u baby. Sama.
Dalam masa yang sama suara makin teruk, sakit tekak makin parah. Dok minum air putih dan gula2 peneman setia. Badan dah seram sejuk. Aku berdoa supaya tak demam je la.
Dah berapa lama tahankan supaya jangan demam ni. Adakah kali ini aku akan tumbang jua??? Harap2 tidak la. Kasihan anak2 nanti.
Fatin sakit mata. Rafiq nak graduate tadika. Dan Firuz ofkos nak ummi selalu ada. Sedih sgt nak bersembang dan bercakap dgn tecik tak boleh. Dia buat muka pelik bila dengar suara aku. Tapi dia tetap tersenyum. Penawar hati ummi.
Melalut pula. Sambung cerita.
Jam 2.30 meeting tak habis lagi. Aku terpaksa minta keluar awal. Sebelum aku p jemput Firuz, terpaksa pam dulu susu buat stok. Plus aku dah sakit sgt.
Pam selama 20minit. Cuci2 pam lantas terus nak g amik Firuz. Kete kena block pula. Haih. Tambah lagi 15 minit sementara kawan nak perasan.
Pastu terus amik baby. Balik. Salin2 baju. Terus kebabom dgn baby. Allahuakbar sgt lega. Perasaan itu hanya seorang ibu yang menyusukan anaknya saja yang rasa. Firuz pun hisap hampir sejam. Selalunya 5 minit je. Pastu lepas 20 minit minum lagi. Ini tidak. Sebelah hampir sejam. Lagi sebelah 45 minit. Dan kami tertidur sama2. Lena. Tiada gangguan.
Ada lagi ceritanya ni. Tapi udah ngantuk. Lain kali pula ye.
Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan