Ni citer hari Khamis, hari jem sedunia sebab hujan selepas subuh. Kalau ujan maksudnya jadual g kerja aku berubah la sikit.
Tugas aku setiap pagi mandikan dan siapkan anak2. Biasanya aku kena siapkan Fatin kerana minah sekor tu sangat meleceh, banyak songeh. Nak dendan three lah, ikat tepi macam ni lah. Ada2 saja permintaan dia yang KRZ memang takleh ikot la. So aku paham kenapa waktu aku g Jogja dulu Fatin sangat berat mahu ke sekolah.
KRZ pula akan siapkan Rafiq, beg taska dan juga sarapan anak2. Sarapan yang segera saja. Kalau masak pun amik masa lima minit. So sangat mudah disediakan dan anak2 pun suka makan. Sarapan ni sangat penting woo pada anak2. Percayalah cakap aku.
Jadual yang berubahnya kami kena g sama2 la. Sebab ujan, KRZ tak boleh g keje naik motorsikal. Sebelum hantar anak2 singgah hantar beg baju kat taska. Pastu baru g hantar depa. Kalau sampai kul 7, tadika dah buka cuma takde pelajar lain la.
So tahun ni tak risau sangat hantar awal sebab depa dah berdua. Tahun lepas Fatin sorang2, kesian jugak. Kawan2 sampai dekat kol lapan, dia 2 minit lagi jam 7. Bayangkan betapa boringnya beliau setiap pagi menanti kawan2 lain sampai. Memang kesian sebab teacher dia bagitau Fatin ni kind of moody setiap pagi. Kesian, kan????
Rafiq ni pulak sangat easy going. Dengar cakap prinsipal dia very friendly. Bagus untuk dialah. Aku rasa bukanlah friendly sangat pun, mungkin playful. Haha.
Apa pun doakan yang baik2 saja untuk anak2 kami ni. Semoga peroleh kecemerlangan dalam pembelajaran dan keberkatan dalam kehidupan. Amin.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan