Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 9 September 2011

Raya Raya Raya

Assalamualaikum.....

Hmmm... dah ada mood sikit nak mengarang, jadi layankan aje. Jom cerita perihal raya tahun ni. Raya, memanglah kena meriah, walau serba sederhana.
So, raya pertama kat umah mak. Rumah mak biasanya memang meriah la, kalau mak ada, mak takde atau g beraya mana2 mesti ada sikit kurenggggg. Semua nak mak jugak. Dasar anak makkk...asik nak tium tetiak je aku nih. Hihihi... Aku rasa korang pun sama je.

So, lepak umah mak sampai petang, masa untuk g ke kubur arwah abah. Alfatihah untuk arwah abah. Alhamdulillah2 cucu2 abah dah besar2, Fatin Rafiq pun dah boleh bacakan doa untuk arwah tokwan depa. Aku bersyukur.....

Raya kedua kami beraya ke rumah pengasuh Fatin & Rafiq di Sungai Penchala.
Hmmm... manja bukan main dengan mak dan mbak depa. Fatin dah nyaris2 nak dibawak pulang ke kampung Kak Sal dah....

Lepas tu g umah Cik Azizah kat Seksyen 6, KD.
Tukang masak superb dia ni. Semua air tangan dia sedap2 belaka. Mahal harganya semua belakang cerita, memang puas la makan masakan dia. Aku tak tipuuuu....

Raya ketiga g umah Pakcu KRZ di Bukit Lagong. Dapatlah jugak merasa kuih raya dari kampung, ewahhhhh.
Sorry hanya 5 keping gambar yang sempat aku boh sini. Apasal takleh boh banyak2 sekaligus, bad request katanya. Belasahhhhh.

Ok, sampai jumpa lagi. Jaga diri hiasi peribadi. Ayat tiru sapa ni????

Wassalam.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails