Assalamualaikum.
Banyak dah yang tertinggal. Jadi catatkan sikit untuk jadi ingatan di kemudian hari.
Anak2 makin membesar dan semakin banyak kerenah dan gelagat yang melucukan. Semakin betul segala sebutan dan segala perbuatan kita akan dipersoalkan. Paling selalu perbuatan dalam tv la. Drama2 tengok orang berlakon.
Sempena Maal Hijrah hari tu, kami menonton Taubat Nasuha. Sungguh memberi kesan cerita tu. Aku ni memang semla jadi cembeng awal lagi meraung. Bila anak2 tengok aku maraung dan klimaks cerita tu semua kena bunuh, maka depa pun meraung sekali.
Since then, semua benda depa merujuk drama tu. Even kalau pintu rumah terbuka depa macam sangat2 risau siap nangis2 minta aku tutup pintu dan kunci. Hihi... berkesan2. Tahniah Sheila Rusly dan Jinggo. Teruskan buat karya2 bermanfaat buat semua ya.
Dan baru2 ni Rafiq ada satu tabiat. Bila dia ceritakan apa2, dan bila aku tanya bila, dia akan jawab bila jugak. Sampai sakit perut aku ketawa kawan2 ooi.
Contoh:-
Rafiq: Aidid yang gunting rambut Rafiq kat taska.
Aku : Bila?
Rafiq: Bila lah.
Aku : Miahahahaha!
Tapi setelah beberapa kali kena gelak, dia pun dah faham dah tahu jawapan dia tu salah, dia merajuk pulak bila sekarang ni aku tanya dia "Bila Rafiq?". Pandai malu yer...
Hihi. Oklah, nanti sambung lagi yer. Ada tugasan sebentar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan