Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 16 Disember 2011

One Day Trip to Penang Island Part I

Assalamualaikum...

Nak kongsikan pengalaman One Day Trip to Penang Island. Kami ni bukanlah ada-ada sangat. Alhamdulillah ada rezeki nak ke tempat kami belajar. Kebetulan tak jauh sangat dari kampung KRZ.

Setiap kali balik kampung biasanya kami akan ke Tanjung. Tapi mesti ke tempat yang sama iaitu Queens Bay Mall dan sekitar tempat feri dan tempat menjual passembur. More or less, every time sama je.

So kali ni, aku ajak KRZ ke Bukit Bendera,
tak pernah merasa naik tren baru.
Lajunya naik ke atas tak sampai 5 minit.
Nak tengok videonya ada kat bawah ni.

So sampai atas anak2 meragam sakan. Aku tau depa lapaq. Pagi waktu kami sarapan, depa lena. Pastuh terus lena lagi waktu otw, sampai2 terus naik tren. Tu yang lapaq tuh. So makan lah sekejap kat salah satu gerai yang hidupnya segan mati tak mahu tu.

Alkisah sebab tengah construction nak buat Medan Selera Baru agaknya. Lepas makan tak sempat nak meronda sakan anak2 dah merengek2 kepanasan. Dok Malaysia standard la panas, tapi depa ni mana lah nak tahan macam kita ni.

Otw nak ke train station semula, Rafiq minta nak meneropong. Bayar seringgit sorang (tukar pada Apek yang jaga situ - syiling 50 sen) dapatlah tengok sorang sekejap.
Turun dari tren amik masa lama sikit dari naik lebih kurang 10-15 minit sebab ada dua tempat persinggahan. Yang singgah tu biasanya penduduk Bukit Bendera atau pun pekerja la.

Kemudian KRZ bawa aku dan anak-anak ke Kebun Bunga pula.

Sangat aman damai berjalan dari tempat letak kereta ke Kebun Bunga tu sambil melalui Botanic Walk. Hijau mata memandang sambil telinga disulami rentak unggas.
Aku dok war2kan kat anak2 nak mandi kat anak sungai Kebun Bunga nilah. Sampai2 tepi sungai tu terpampang amaran Kencing Tikus, terus kensellll. Mengamuklah anak2 yang dah kepanasan. Last2 mandikan kat toilet Kat Taman Bunga je. Airnya pon sejukkkkkkk sangat. Air bukitlah katakan......

Lepas mandi, anak2 pujuk kami untuk terus naik trem. Mula2 macam tak mau ikut sebab memikirkan aku kena ke Chowrasta nak beli kain baju jubah anak2, sambil2 nak beli jeruk....Tak apalah, bagilah pengalaman naik trem kat depa. Tak sampai sepuluh ringgit pun tiketnya. Happy sangat bebudak ni. Alhamdulillah dapat happykan depa.


Ok, kita sambung nanti dalam Part II pula, InsyaAllah. Sampai jumpa lagi. Jaga iman, hiasi peribadi dengan akhlak mulia. Wallahua'lam.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails