Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 7 Mac 2014

Demam campak pula. :'(

Assalamualaikum.

Dah masuk hari kedua dah ni. Kisahnya masa nak tukarkan lampin pakai buang semalam. Ternampak seumpama ruam yang agak tebal di perutnya.

Tidak berlengah lagi segera ke klinik. Doktor sahkan kena demam campak. Ajaibnya dia tak demam. Sebab baru baik demam panas kan.

Campaknya yang halus. Malam tadi tak berapa keluar sangat lagi. Doktor nasihat suruh bagi makan yogurt. Hmm. Teringat masa mengandungkan Firuz pula. Asyik makan yogurt sebab nak kurangkan loya. Hihi.

Lagi pesan doktor... Banyakkan bagi susu. Tidur di bilik yang sejuk dan kena selalu lap badan dia dengan kain basah.

Sebab dia tak demam, hari ini aku pergi kerja.
Tak sampai masa aku balik pengasuh dah telefon. Firuz dah meragam tak mahu duduk. Jadi kenalah balik awal. Biasanya Jumaat kami lepak kat sekolah sebab Fatin Rafiq akan jadi malas nak pergi kalau balik rumah dahulu.

Memang dah agak penuh yang keluarnya. Alhamdulillah dia tak demam. Cuma mungkin tak sedap badan dan tak selesa je la.

Baik. Takleh nak karang panjang2. Sebab entri ni dah tertangguh lama. Jadi mood sudah kurenggg. Hihi.

Maafkan salah silap aku ya. Assalamualaikum.

2 ulasan:

Makcik Anak 3 berkata...

muncung jer dier...

Aida Omer berkata...

Penuh kat muka sebenarnya tapi dalam gambar tak nampak.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails