Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 3 Mac 2014

Kepatahan kehatian

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan2? Harap semua sihat ya. Aku di sini setakat ini sihat. Walau tekak sakit, macam nak demam, harap2 tak demam la ye. Firuz dah ada simptom nak demam. Dah minum ubat jadi panasnya hilang. So esok aku tak mau g bertugas kat stadium sebab nak pastikan dia minum susu secukupnya.

Nak cerita kepatahan kehatian ni. Nak cerita perihal dua orang kawan aku. A dan B. A ini sentiasa pos mengeluh tentang sesuatu di FB. Dan B pula, secara tak sengaja telah melukakan perasaanku.

Kita pergi satu persatu. Kupas senipisnya dan kulitnya tidak putus ya.

A
Pada pendapat aku dia nak meluahkan perasaan dia. Tapi dia tak berani nak berhadapan. Entah2 bila berhadapan, dia pura2 seperti tiada apa2. Hihi. Siapa tahu. Dan sebenarnya, sikapnya yang 'konon' dah memaafkan tetapi tetap merungut tentang perkara sama setiap kali... Membuatkan aku terfikir, kalau benar sudah memaafkan, kenapa asyik diulang? Tak perlu nak kupas lebih lagi. Tapi aku rasa kalau dia fikir lain sedikit dari cara dia fikir sekarang, pasti dia menyesal dengan perbuatannya yang disengajakan itu. Tett. Plis jangan nak terasa ya. Saya cakap hal orang lain. Dia tak tahu pun saya ada blog ni tau. Hihi.

B
Kawan secara tidak sengaja. Tetapi menjadi rapat. Dengan satu panggilan, berjaya melukakan hati kentalku. Kental konon. :-P Dia hanya bergurau. Tetapi pada aku itu sindiran. Saya sangat terasa. Terasa seperti dihina. Dan... Saya telah memaafkan. Cuma... Mungkin akan mendiamkan diri saja.

******

Tak baik jika kita mengungkit kebaikan yang kita buat. Seperti kita tidak ikhlaskan semuanya kerana Allah. Tetapi.. Kita sebagai kawan, kenanglah yang baik2. Kenangkan kebaikan yang telah kawan kita lakukan untuk kita. Kenanglah yang baik2. Takkan kerana satu kesilapan maka kita nak musnahkan persahabatan yang terjalin erat sekian lama.

******

Pada kesempatan ini, sekali lagi aku nak mohon ampun dan maaf atas segala salah silap aku. Mungkin Allah hantar kawan B sebagai peringatan untuk aku. Mungkin aku juga sering menyakiti hati sahabatku di dalam gurauanku. Maafkan diriku.

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails