Salam buat semua, selamat malam.
Didiklah hati kita sentiasa bersangka baik dalam semua perkara. Memang agak sukar tapi sekurang-sekurangnya kita telah cuba. Bersangka baik dapat membuat kita lebih bersabar dalam banyak perkara.
Jika kita bersahabat di ruangan media sosial ini sudah semestinya tidak sama seperti bersahabat di dunia nyata.
Sebagai contoh saya kirim gambar di Facebook jam 8 pagi, anda baru nampak kiriman saya jam 9 pagi, anda sudah 'like' dan mungkin nak buat ulasan, tetapi terdapat kekangan pada masa itu, seterusnya anda terlupa.
Saya tidak patut kecil hati jika anda tidak mengulas pada kiriman saya tetapi saya lihat ada ulasan anda yang berjela pada kiriman orang lain. Masa kita berbeza. Berlainan jika kita berjumpa dan berbual bertentang mata, kawan tunjukkan gambar, spontan kita respon.
Saya cuma berharap, kiriman mengandungi ayat kecil hati seperti membezakan 'like' dan 'comment' antara rakan A dgn kita, kemudian rakan A dgn rakan B (menunjukkan rakan kita lebih menyukai rakan lain berbanding kita), tidak akan menular lagi di laman ini. Kita bersahabat, bersaudara kerana Allah.
Apalah sangat 'like' dan 'comment' manusia itu semua dunia, melainkan kita kongsikan ilmu. InsyaAllah akan bantu kita juga sedikit sebanyak di alam baqa dan akhirat. Ingatlah perjalanan kita menuju ke negeri yang abadi masih jauh. Dunia hanyalah persinggahan.
Bersangka baik, berlapang dada dan sentiasalah memaafkan. InsyaAllah ketenangan jiwa menjadi milik kita.
Maafkan salah silap perkataan saya. Tidak terniat hendak melukakan hati kalian. Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang sebaliknya datangnya dari saya. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan