Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Selasa, 28 Disember 2010

Rafiq bersunat!!!!!!!

Hai.... update sikit lagi. Tahniah and clap2 untuk diri sendiri.

Hal Isnin minggu lepas nih. Sebenarnya dah perasan ada ketulan kat 'bird' Apiki ada dalam seminggu sebelum tu.

Tanya KRZ dia tak tau, bawak g klinik kerajaan katanya takde apa2, kena cuci je sampai bersih. Itu sisa urin yang tertinggal. Lama terkumpul jadi berketul.

Tengok dokter tu sangat takut2 jadi aku repeat g klinik swasta.

Kat klinik Idzham, Dokter Yuwaiz cakap itu namanya 'smegma'. Memang kebiasaan jadi gitu.

Kata dokter lagi itu antar punca kanser kat org lelaki. Dan selagi belum sunat, kalau pun dah dibersihkan, akan terjadi lagi.

So dokter bagi cadangan suruh Apik sunat. Tapi kena dia bagi dan mentally ready. Mentally ready??? Macam mana nak buat tu???? Tetiba teringat abg Atan kata anaknya Hassan lari sambil kata "Don't touch my 'otoi'!" kat dokter waktu nak sunat.... Hassan darjah dua, Rafiq baru 3 tahun..... puas aku pikir camne....

Tetiba aku teringat mak aku cakap waktu Abg Adi nak sunat dulu, arwah abah belikan komik kegemaran dia, so untuk Rapik, pun aku belikan komik.

Tapi tetap meraung waktu nak bius. Waktu 'potong' takde masalah.... Oh lupa nak kabo. Nak sunat kena buat appointment. Sebab dokter yang pro saja yang buat itu pun sebelah malam.

Lagi pun kalau sebelah malam, balik je terus makan ubat dan tido. Kurang la sakit bila abis bius kan.

Balik umah KRZ siap tempat Rafiq kat sopa. Sambil setting tv khas untuk main game.
KRZ jugak jadi misinya malam tu. Anak2 aku kalau sakit memang cari KRZ. tabiat dah dari kecik2 dulu. Demam ke apa, melapok kat ayah je.

Nak tengok ker rupa smegma tu? Aku gugle cari jadi ngeri pulak. Ni gambar gini takpe kot. Gambar real tu sumpah scary. Sangat dahsyat!!!

Aku bubuh kat sini supaya para pembaca yang mempunyai anak lelaki atau adik kecil boleh tau apa bendanya ni. Puncanyanya selepas buang air kecil, sisa2 tu terkumpul. Cara nak elaknya kalau belum sunat tu kena tarik kulit dan cuci dengan air. Senang je.

Penyakit ni once dah sunat dah takde. Setakat yang aku tau lah. Tak taulah kalau sebaliknya pulak. Aku bukan dokter ye...

Ok, sekian info kesihatan untuk hari ini.

Sampai jumpa.

Wassalam,
Bye!

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails