Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Khamis, 10 Mac 2011

Micky Mouse & Lagu Sendiri.

Assalamualaikum...

Hai.... entri kedua hari ni. Ni video si Sharul letak kat wall sempena aku suka Mickey Mouse. Patutlah yer anak2 aku pun suka Mikimos Plubplouse, dulu aku pun suka juga rupanya... Haha..


Lagu pertama, lagu aku la. Tajuknya Pinta Adik. Aku hantar sajak dan keluar majalah Mickey. Cikgu kesayangan aku buatkan muzik dia, pastu ajar kami nyanyi ramai2.

Ajarkan aku berjalan
Langkah kanan dan langkah kiri
Carikan aku seorang kawan
Buat teman dalam buaian

Ajarkan aku gelak ketawa
Agarku tahu erti bahagia
Tunjukkan aku air mata
Agarku tahu erti derita

Ajarkan aku tutur kata
Agarku tahu pahala dan dosa
Ajarkan aku hukum agama
Agarku kenal Tuhan Yang Esa

Lagu Sahrul ni pulak aku lupa tajuknya la, Keinsafan rasanya. Cuba nyanyi kalau pandai...

Senja merah berganti malam
Balaman fajar menanti siang
Inilah masanya bagi diriku
Menginsafi sebelum ke pangkuanMu

Oh Tuhanku
Ampunkan dosaku
Sebagai hamba kepadaMu
Yang Mengabdi diri
Untuk diriMu
Menginsafi sebelum ke pangkuanMu

Oh hatiku
Riang tiada terkira
Selalu berhibur tak kenal masa
Diriku penuh dosa-dosa

Oh Tuhanku
Terimalah aku
Sebagai hamba kepadaMu
Yang Mengabdi diri
Untuk diriMu
Menginsafi sebelum ke pangkuanMu

Ingat2 lupalah.... sori yer. Nanti tanya kawan2 lain ek. Memori 256mb je nih. Hehe.

Jumpa lagi nanti.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails