Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 11 September 2011

Apakah????

Assalamualaikum....
Nanti aku citer eh??? Fenat la.

Wassalam.

Best moment!~

Assalamualaikum...

Hai hai hai semua hari ini ada 2-3 rumah harus kami hadirkan diri. So syiok sebab dah lama tak memeriahkan diri dan makan2 banyak2. Kata hobinya makan kan????

So hari ini aku nak share sekeping gambar ni dengan korang.
Kredit to Chiaki Carol Hashimoto (nama FB beliau) sebab menghalalkan aku grabbed gambar ini. Memang nampak macam biasa je gambar di atas, tapi entah pada aku nilainya mungkin lebih dari wang ringgit.

Lihat gaya nakal si anak menghulur duit raya, dan betapa ceria ibu bapanya. Happy sangat dan aku rasa saat ini semuanya bukan lakonan. Semuanya benar2 berlaku dan suasana sungguh ceria dan gembira.

Inilah antara contoh masa berkualiti yang kita perlukan dalam kehidupan seharian kita. Ya, setiap hari perlu ada masa kualiti seperti ini. Aku, yang sendiri mewujudkan entri ini pun, adakalanya tak berpeluang juga mecapai masa berkualiti dengan keluarga. Sentiasa cubalah, demi menjamin kesejahteraan keluarga. Ewahhhh....

Ok, sampai jumpa lagi nanti.

Wassalam.

Jumaat, 9 September 2011

Cara merenggut.


Assalamulaikum.....

Baru2 ini kita dihidangkan dengan video rompakan di sebuah kedai mamak di Shah Alam. Tahniah buat perompak. Lain kali buat lagi. Kepada orang ramai yang ada kat situ, aku nak ucapkan tahniah jugak, sebab berjaya menggalakkan lagi mereka mengulangi modus operandi yang sama lain kali. Alahhh... bukan susah pon, sua (hulur) parang, bertempiaran lari. Anak pun ditinggalkan. Hilang dah semangat pahlawan orang Melayu. Semua tinggal Hang Buah aje.

Aku salute kat sorang akak/adik yang melawan tak mahu beg dia diragut penjenayah tersebut. ANDA MEMANG BERANI!~ Tapi alangkah baiknya kalau sekurang2nya ada 5 lelaki kat situ yang macam anda. Ini, semuanya lari bertempiaran. Menyelamatkan diri. Yang sorang pulak terpinga2... aku tau dia terkejut. Kadang bila fikir rasa tak baik pulak cakap gini. Mana tau aku pun turut sama jadi bengong bila kena situasi sama.

Cuma terfikir kalau 5 orang je jadi hero dah cukup. Ambik kerusi hayun ke perompak tu kan boleh jugak??? Sajelah aku tulis kat sini nak bagi idea siapa2 yang terbaca. Hehe.

Hummm, ok. Ni dah masuk cerita luahan perasaan. Tadi aku dah menyatakan kegembiraan aku pada sesuatu tau. Tup-tup ada orang merenggut kegembiraan aku dengan jawapannya yang bersahaja. "Tengoklah......"

Tiba2 terasa diriku sungguh tidak berharga. <---sempat lagi iklan tu. Ye lah, awak tengah syiok2 punya happy, dia datang dan sudah kasi potongggg la. Takpelah. Dan aku pun dah tak sehappy tadi.

Tunggulah, biarlah masa yang merawat hati ini. Dan-dan sedih.... uhukkk.

Wassalam.

Raya Raya Raya

Assalamualaikum.....

Hmmm... dah ada mood sikit nak mengarang, jadi layankan aje. Jom cerita perihal raya tahun ni. Raya, memanglah kena meriah, walau serba sederhana.
So, raya pertama kat umah mak. Rumah mak biasanya memang meriah la, kalau mak ada, mak takde atau g beraya mana2 mesti ada sikit kurenggggg. Semua nak mak jugak. Dasar anak makkk...asik nak tium tetiak je aku nih. Hihihi... Aku rasa korang pun sama je.

So, lepak umah mak sampai petang, masa untuk g ke kubur arwah abah. Alfatihah untuk arwah abah. Alhamdulillah2 cucu2 abah dah besar2, Fatin Rafiq pun dah boleh bacakan doa untuk arwah tokwan depa. Aku bersyukur.....

Raya kedua kami beraya ke rumah pengasuh Fatin & Rafiq di Sungai Penchala.
Hmmm... manja bukan main dengan mak dan mbak depa. Fatin dah nyaris2 nak dibawak pulang ke kampung Kak Sal dah....

Lepas tu g umah Cik Azizah kat Seksyen 6, KD.
Tukang masak superb dia ni. Semua air tangan dia sedap2 belaka. Mahal harganya semua belakang cerita, memang puas la makan masakan dia. Aku tak tipuuuu....

Raya ketiga g umah Pakcu KRZ di Bukit Lagong. Dapatlah jugak merasa kuih raya dari kampung, ewahhhhh.
Sorry hanya 5 keping gambar yang sempat aku boh sini. Apasal takleh boh banyak2 sekaligus, bad request katanya. Belasahhhhh.

Ok, sampai jumpa lagi. Jaga diri hiasi peribadi. Ayat tiru sapa ni????

Wassalam.

Khamis, 8 September 2011

Sepasang Kurung Biru

Assalamualaikum....

Lama dah tak ke sini. Aku tak termampu nak update macam dulu. Kali ni nak share lagu ni, harap korang pun sama suka.


Tiada salam atau ucapan

Tiada pesan tanda ingatan

Suasana penuh keriangan

Ku teringat pada seseorang

oh...

Di hari yang berbahgia ini

Hatiku kosong dan sepi sekali

Betapa manis kenangi lalu

Menyambut raya bersama denganku

oh...

Korus

Tiada bisikan lembut yang ku dengar

Hanya suara azan sayup bergema

Masih kurasakan hangat tanganmu

Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi

Namun tak tiba orang ku nanti

Hanya sepasang kurung nan biru

Menjadi teman mengubat rindu ku

oh...


Sampai jumpa lagi. Wassalam.

Sabtu, 20 Ogos 2011

ANAK2 RAMADHAN!~

Assalamualaikum....

Lama tak menulis di sini, rindu pulak rasa hati ni. Sebelum apa2, nak ucapkan selamat berpuasa, selamat mengumpul amal ibadat. Hujung2 ramadhan ni memang berkat, kalau nak apa2 kena lah tahajjud lebih2. InsyaAllah, Allah SWT akan tunaikan. cepat ngan lambat je yang menentukan.

So hari ni aku nak kongsi, aku dah dapat 2 anak buah baru di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni. Yang pertama adik Fawwaz, anak Khaty.
Fawwaz merupakan anak ketiga. Sebelum ni Khaty dah ada sepasang. Faris dan Haifa. Kebetulan bersalinnya hari Jumaat dan aku ada sikit masa jadi balik skul teruslah kamii g melawat di spital Sungai Buloh. Tahniah buat Khaty & Abg Musa. Blog Khaty korang boleh jenguk kat sini.

Yang kedua, perkenalkan adik Amin Afif.
Merupakan anak Kak Anne & Abg Basha. Adik kepada Hadif. Panjang je si Amin ni, rasanya sama ukuran dengan Rafiq dulu. hehe. berat pun sama. Minta maaf banyak2 Kak Anne, saya tak berapa sihat jadi hari ketiga bersalin baru sempat g melawat. Apa pun tahniah buat Kak Anne sekeluarga.

Apa pun ucapan aku kepada dua sahabat tercinta, selamat berpantang dan semoga kita dapat bertemu lagi dengan segera. Aku sudah rindu maaaaa......

Wassalam.

Isnin, 18 Julai 2011

ROSE CLASS 2010

Sabtu, 16 Julai 2011

Lirik Bila Bunga Berguguran


Lirik Bila Bunga Berguguran - Fauziah Ahmad Daud


Ditiup angin senja
Bunga-bunga berguguran
Di dalam keindahan tiada lagi cahaya
Hilanglah seri penghias taman

Kelopak bagai sutera
Bumi tandus tiada bermaya
Hilanglah keharuman tiada lagi berseri
Bunga layu di pangkuan ini

Di manakah jejari yang sering menanti
Untuk menyuntingmu ketika kau mekar mewangi
Dititis embun pagi
Kau tak mungkin mekar kembali

Di ruang warna senja
Dan bunga-bunga berguguran
Hilanglah kemegahan cahaya penerang zaman
Setelah bunga jatuh berserakan…


Credit to :
http://lagukehidupan.blogspot.com/

Rabu, 13 Julai 2011

Hotel Berbintang2!~

Assalamualaikum...

Bersiaran dari Kem Ampang Pecah, Hulu Selangor. Pinjam bb boss. Sebab ini Wilayah Celcom.

Thanks, ok. Jasamu kukenang.

So malam ni nak tunjuk korang katil dari hotel banyak bintang aku.
Malam ni tidur lambar sikit. Konon2 DO bertugas, ehehe...

Sampai jumpa lagi kalau ada masa lagi.

Wassalam.

Khamis, 7 Julai 2011

Kat umah tok....

Assalamualaikum....

Owh, agaknya korang tak tahu kenapa anak2 stay dengan mak aku. KRZ pun kursus jugak tapi jauh sikit kat PD.

Tulah sebab anak2 dicutikan atas beberapa faktor. Sayang jugak terpaksa pontengkan mereka dari sekolah dan taska tapi no other choice.

Balik je dari Taman Keris, aku terus mandikan anak2 yang dah kepanasan....
Happy bukan main bila dah mandi tu.
Sejukkkk..... selesa... dan nyamannnnnnnnnn....
Malam hari anak2 makin bosan, jadi aku keluarkan buku dan pensil warna. siapkan homework dan masa untuk kalering.
Gambar ni damn funny, Rafiq tengah berangan jadi ticer agaknya.
Sambil susun2 kertas... sabar jelah. Gambar malam tadi pon ade jugak tapi nanti...

Jumpa lagi.

Wassalam.




Day 2 of Phase 2

Assalamualaikum....

Hai semua, cerita hari kedua dimulai dengan muka bosan aku. Haha. Tpi aku suka je muka aku nampak kurus..... kikiki... perasan!~
Tapi bak kata Norjaliza, semua orang ceria dan lawa2 belaka.....
Aku dah tak jadi tukang tulis, Si Rano ni tulisan dia lagi kemas tau.....
Pas ulis kena present. Hari kedua belum giliran aku lagi.
Makan serba mewah, dan agak lama juga aku dah ucap Selamat Tinggal pada DIET....
Oklah. Sampai jumpa lagi. Kalau rajin jap lagi update lagi kisah anak2 fulak.

Bubye.

Wassalam.

Rabu, 6 Julai 2011

Lawatan ke Tugu Keris

Assalamualaikum.....

Hai semua. Balik dari kursus, terus ke Kg Kuantan untuk jemput mak dan anak2. Kesian tengok anak2 macam kepanasan, tak mandi sebab aku tak tinggalkan beg baju.

So, untuk bodek, aku bawaklah depa singgah Tugu Keris. Walau berada kat situ tak sampai sepuluh minit.
Keseluruhannya, Taman Tugu Keris ni dah macam tak tejaga. Atau mungkin jadual pembersihannya bukan lagi setiap hari.
Tapi ada anak2 ikan kat kolam depan, dan ada balance roti sarapan anak2 pagi semalam. Bagi la buat makanan ikan...
Suka bukan main lah depa..... Cuaca panas sangat, mak pun tak larat nak tunggu lama2, tambah Rafiq semakin melasakkkkk, maka aku ajak depa balik....
Dan bunga jenjarum ni ada di sebelah kiri pintu pagar masuk.... Santekkkkkk
Sampai jumpa lagi nanti.

Wassalam.

Bye.

Selasa, 5 Julai 2011

Pedagogy Enhancement for English Teachers (Primary) Phase Two

Assalamualaikum....

Hai hai hai.

Dah sampai peringkat kedua kursus kali ini.
Mula2 sekali gambar aku la Tuan Tanah. Haha.

Alamak. Dah setat la.

Nah aku buboh gambar makanan dan yang lain2 sempat ku senep tadi.
Nanti sambung cerita. Bubye!!!~~~~
Wassalam.

Khamis, 23 Jun 2011

Pedagogy Enhancement for English Language Primary Teachers (Phase One)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...


Hai hai hai.


Lama tak update. Apa khabar kawan2? Aku sedang berkursus di Shah Alam. Macam biasa, bila ada kerinduan di hati aku, mood menulis pun datang....


Sebelum tu tengok gambar aku dengan bespreng aku Norjaliza Abd Jalil. Kami sebaya tapi dia senior dalam bidang pendidikan ni. Dia masuk maktab lebih awal dari aku. Syok jumpa dia. Banyak gak citer2 yang dikongsi bersama. Bab family dan anak2 terutamanya.



Kursus ni ada tiga fasa. Kali ni yang pertama dan akan ada dua kali lagi bulan depan. Kami diberi modul dan para jurulatih utama kami terdiri dari pensyarah2 maktab dan juga guru2 yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Makan kat sini sedap2 jugak. Boleh tahan sedap. Naik gemuk la aku dibuatnya... haha...


Ada geng lama sama geng baru, seronok juga.... banyak aktiviti... dan aku jadi tukang tulis, konon canti sangat tulisan aku... haha...


Ni gambar makanan hari kedua. Hari last kalau rajin aku apdet. Kalau yer. Kalau... haha...


Sampai jumpa lagi,


Wassalam.

Selasa, 7 Jun 2011

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Nak join???? Klik SINI.

Sampai jumpa lagi, wassalam.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails