Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 1 Mac 2010

Syafia ~ Salah siapa????


Topik hangat nih! Aku tak mahu ketinggalan. Bersama entry ini aku tepekkan gambar allahyarham adik Syafia ketika sihat.Gambar yang lain sangat ngeri dan air mata akan tidak berhenti mengalir setiap kali terpandang. Jadi, jangan tengok. Nak tau pendapat aku??? Bacalah yer. Ni aku copy paste komen kat fb Kak NB.....
.
Ajal memanglah kita tak mampu nak elak.
.
Pendapat peribadi saya pula, semua pun bersalah, dari si pendera (tentunyalah kan), ibu, atuk, nenek, dan jiran2.Pendera-waktu melakukan mungkin sedar atau sebaliknya. Mungkin dibawah pengaruh sesuatu keadaan. Mungkin gila???... God knows....
Ibu-tak prihatin. Bagi ibu2 yang bekerja, rapatkan diri dengan anak supaya tahu walau sedikit perubahan emosinya. Bukan suruh kontrol anak sampai tak tahu nak buat apa pulak nanti.Kalau anak kita ada kesan sikit, pasti kita nak tahu kenapa.
.
Bukan nak terus marah, siasat dulu. Kalau insiden kecil atau hal2 biasa saja tak mengapalah.Perhatikan sikap dan perubahan tingkah laku anak. Pasti kita dapat kesan.
.
Atuk-rakan subahat. Cover salah anak sampai tergadai nyawa cucu. kata dia sendiri nikahkan??? Eh eh...main2 ko dengan hukum hakam ni kan????
.
Nenek-dah pernah nampak kesan dera tapi hanya percaya cakap mangsa. Entah2 si pendera dah bagitau siap2 yang dia luka tu sebab jatuh. Budak, tau lah, ikut jer cakap org yang dia sayang kan???
.
Jiran2-Nak menyibuk, akan dikata jaga tepi kain orang. Nak mengadu, kecederaan budak tu tak serius. Kesalahan tu akan kita pulak yang tanggung. si pendera pasti tahu siapa yang mengadu, tak pasal wujud konflik pulak. Silap2 mau berbunuh2an.
.
Tapi kita kan ramai (sebagai jiran) kalau ramai2 pergi serbu dan tengok atau tanya, mesti si pendera tak berani nak teruskan.
.
Atau mungkin jugak sudah siap2 di beri amaran oleh pendera "Jangan sibuk hal aku!". kena pulak dah kena tipu hidup2 mengatakan itu anak dia kan...
.
Di ulang sekali lagi:- Ini pendapat peribadi berdasarkan bacaan yang terhad dan sumber rakan2. Jangan percaya apa yang aku tulis ni. fikir sendiri.
.
Wallahua'lam.....

4 ulasan:

Dijah berkata...

tp aku setuju sgt dgn pendapat ko tu...

zan xray berkata...

Ada masa pintu hati kita tak terbuka untuk buat itu ini walaupun pada nyatanya kita lohat di depan mata.
sering kali kita berlalu pergi bila ada kemalangan, anggapan kita ada orang akan membantu kerana di situ telah ramai ada.
Moga2 dalam kes dera macam ni kita lebih prihatin, bertindak segera sebelum terlewat.

zan xray berkata...

pembetulan ejaan
lohat=lihat

crazymug berkata...

Aku pun heran la kenapa atuk budak tu biar jer cucu dia kene dera. Tak report kat polis. Bila dah jadi macam ni tak guna sedih.Mak dia pun sama.Dah tentula mak dia perasan ada bekas kat badan anaknya.Aku tak percaya mak budak tu kata teman lelakinya ok sebelum ni.
Pada pendapat akula ,semua ahli keluarga terlibat dengan kematian budak ni.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails