Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 29 Disember 2010

Minggu last cuti!

Hai hai hai....

Jumpa lagi kita hari ni. Ini pun mujur gambar aku dah siap upload sekarang jadi hari ni tinggal taip ceritanya jerlah.

Minggu lepas merupakan minggu last cuti buat kami cecikgu. (Ini pengaruh cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah). Cadangnya nak balik kampung KRZ tapi udah hero tu bersunat pula. Kena tunggu luka dia ok sikit baru la kan.

Walau pun hari kedua dia dah naik basikal, sebenarnya belum kering sepenuhnya. Makan pun jenuh berpantang. Yang ada telur memang tak bagi langsung. Itu pun pandai buka peti ais dan ambil kek sendiri sebelum makan sorang2.

Kek tu aku mengaku memang silap aku la beli. Tak teringat dia sunat. KRZ pulak, apa aku nak, semua dia ikoootttt je.... Tu yang lagi aku hanyut dengan permintaan macam2.

Dalam sibuk2 berpantang tu ada juga beberapa perkara yang perlu diuruskan dan memang penuh la jadual seminggu tu...

Cadangnya nak balik petang Jumaat tapi KRZ penat pulak. Pagi Sabtu aku dah siap2 beg tapi KRZ kata tak sempat dah nak balik pasal Isnin dia dah janji dengan Mohd. Johari.
So, terkuburlah harapan aku nak balik Tepeng. Aku rindukan Tok KRZ sebenarnya. Pasal Tok sayang aku sangat. Lagi satu kononnya g makan2 dengan Jen dan rakan2 yang lain. Uhuk2... Belum rezeki aku la gamaknya nak jejak kaki ke Taiping. Takpe, masanya akan tiba juga.

Instead of balik kampung KRZ, KRZ bawak aku balik kampung aku, Klang/Shah Alam. Oklah. Berbahagialah juga. Tempat aku membesar kan. Kan???

Aku bawak KRZ g tempat yang ada fountain. Belakang restoran terapung tu je.

Anak2 macam biasa la menyibuknya.

Yang Fatin tak abis2 gaya gegirl asyik nak sisir rambut dengan tangan. Yang budak dalam pantang tu sibuk nak tiru gaya duduk KRZ.

Terbahak2 aku kat belakang sengsorang!

Pastu tempat lepak of course la umah mak@Padang Jawa. KRZ awal lagi dah lolap sambil aku layan anak2yang tak abis2 nak tengok kartun.

Tak kartun, Karmen Rider.

Tapi kalau Karmen Rider OOO tu...yang latest, yang terbaekkkk tu...aku pun tengok jugak! Haha!
Oklah. Jumpa lagi nanti.
Wassalam.
Bye!

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails