Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 8 Februari 2013

Kawan dekat, kawan jauh...

Assalamualaikum...

Hai semua. Maaf dua hari ni tak sihat sangat. Byk urusan tergendala lagi. Harap minggu ni dapat selesaikan semua la.

Nak cerita pasal pantun dua kerat dalam beberapa entri sebelum ini. Mungkin ada yg salah faham kot. Mungkin juga ada yang buat bahan ketawa juga. Alhamdulillah dapat menggembirakan korang.

Sebenarnya... Mmg ada la aku seumpama berperang dingin dengan beberapa orang kawan jauh di mata tapi percayalah semuanya sangat dekat di hati.

Yang pertama aku start berkawan tahun 2009. Semuanya berjalan lancar sehingga salah satu post aku di Facebook telah disalahertikan.

Puas aku memberi penjelasan untuk menjernihkan keadaan. Meminta maaf untuk kembali bersahabat seperti sebelumnya. Tetapi bila hati dah terluka, biarlah masa yang menentukan.

Yang kes satu lagi... Juga terlalu sukar utk aku jelaskan di sini. Tetapi sahabat tersebut telah membawa diri dan tiada lagi khabar berita darinya.

Sedihnya hati aku hanya Allah yang tahu. Betapa aku menyayangi dan sentiasa merindui kalian sehingga sering termimpi-mimpi.

Maafkan salah silap aku ya sahabat. Halalkan setiap pemberian. Semoga hidup kalian sentiasa dirahmati Allah.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

P/s: Sekadar gambar hiasan. Dirakamkan pada tahun 2009. Sahabat ini namanya Shirley Clement. Dia jauh nun di Sarawak tapi kami kekal berhubung hingga kini. Sahabat untuk selamanya ya dik.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails