Asalamualaikum...
So sorry ada 2 entri ni terpending pulak. Ada sikit bizi, dengan Apiki demam... dan hari ni beliau still tak berapa sihat.
Part 3 ni aku mulakan dengan gambar Rafiq.
Waktu berenti minum tu aku terpandang la satu kawasan yang pada mata aku sangat hijau... So, aku suruh Rafiq berdiri situ, sambil tunjuk daun kaduk tu. Maka kat situ terjadilah perbualan ringkas antara aku dengan KRZ.
Aku: Bang, apa nama daun yang macam daun sireh tu?
(Aku suka bertanya seumpama ni nak memancing KRZ bersembang dengan aku....)
KRZ: Daun kaduk.
Rafiq tak mahu, jadi aku bangun g petik 3 helai daun tu suruh dia pegang. Perbualan tu bersambung.
Aku: Bau dan rupa sejibik daun sireh ek???
KRZ: Tapi bukan. Sebab tu ada peribahasa "seperti kaduk naik junjung". Sebab pokok kaduk kan menjulang naiknya. Pokok sireh menjalar je, kat bawah je.
Aku: Baruku tahu kisahnya.
So, memang orang dedulu buat peribahasa semua berdasarkan pengamatan tentang semua yang berada dan berlaku disekeliling.
Ulasan aku:
Daun kaduk, kita tak makan. Kita makan daun sireh. Kiranya daun sireh tu lagi best la dari daun kaduk. Tapi kena pulak kaduk tu pulak yang naik meninggi sedang sireh tu dok maintain cool je kat bawah, kan?
Buat2 paham sudah apa yang aku cuba sampaikan. Kikikih... Tetiba nak ulas peribahasa pulak... haha...
Ok, sambung cerita.
Next, Cik Patin pulak. Siap mintak three jugak sama macam Rafiq...
Lepas tu gambar aku da...
masih di tempat yang sama tapi dah ke belakang sikit. Hehe, last2 gambar aku tak nampak pon pokok kaduk tu. Oklah, biar aku mengaku... aku yang teringin nak bergambar kat situ... heheehe..
Waktu ni cuaca sangat panas. Membahang. Lion yang diimpikan Fatin masih belum kelihatan. Jadi kami tetap meneruskan perjalanan. Dan sampai kandang zirafah.
KRZ yang amik gambar, aku dan anak2 p masuk dalam bilik yang berhawa dingin dan ditaja oleh RIBENA. Terima kasih RIBENA! Lama jugak lepak dalam tu. Rehat betul2 sebab kepala sudah nyut-nyut tahan panas.
Banyak gambor yang KRZ amik tapi malas nak uplod semua. Ni salah satu antaranya la...
Lepas dah sejuk ...
aku pon keluar and haruslah posing lagik.
Haha... Kind of suka gambar ni sebab macam tipu. Tapi REAL!!!! Maksud aku macam tipu tu, macam gambar aku kat studio dan latarbelakang tu di copy paste. Ha... superimposed! Tak tahulah pendapat korang, ke perasaan aku je...
Then baru g tengok gajah.
Waktu gajah ni asyik menyembur KRZ baru sampai dari snap gambar bangau tu, dah nak siap la kiranya gajah ni menyiram. Funny sungguh bila dengar KRZ buat permintaan (yang seolah2 gajah tu dengar: sembur la sekali lagi, sebelah kanan!). And kebetulan, gajah tu sprayed yang terakhir seperti gambar di atas....
Dan aku bawak anak2 dekat sikit lagi, sebab aku nengok dari jauh, gajah ni bukan main friendly lagik.
Cuba2 hulur tangan, kot2 boleh bersentuhan dengan gajah pulak. Bukan selalu dapat peluang macam ni.
Sambil menanti nak bersentuhan antara aku dengan gajah tu dalam hati aku tak habis2 fikir, "sejuk ke, kasar ke, geli ke"...
Rupanya tak sejuk, tak kasar dan tak geli langsung. Terima kasih En. Gajah kerana sudi bersentuhan malah berposing dengan I. Hehe... So syok holiday!!!!... tetiba nyanyi lagu cuti sekolah tahun lepas...
Jalan lagi, dari jauh nampak lori pekerja zoo yang nak bagi makan bangau2. Salah satu gambar terbaik dari KRZ. Pada aku la. Tak tau lah pada korang.
Gambar ni boleh nampak macam dia menghamburkan ikan2 tu keluar dan juga ikan2 tu melompat masuk... haha... berangan jek aku nih.
Sampai jumpa lagi lepas ni next entri. And the very last entry too for AVTTNZ.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan