Assalamualaikum....
Terasa agak lama jugak tak update, rindu sangat tau. Aku ni suka sangat menulis sebenarnya. Banyak je benda yang nak ditaip, yang nak diceritakan. Dan selalunya bila dah mula memang payah nak berenti.
Part 1 ni dimulai dengan gambar beruk berjambul ni. Sungguh hensem kerana pandai posing. Tau KRZ nak ngambik gambar dia, lantas buat2 geget besi kandang dia tu.
Yang kedua ni pun sejenis monyet jugak.
Ntah hape ke namanya, aku memang tak buat catatan. Verangan beria2, nak buatkan buku lawatan sambil belajar buat Patin, last2 g gitu jek...hehe...
Next adalah kandang burung enggang.
Besar2 burung ni, warnanya sangat cantik dan perilakunya unik.... Suaranya??? Aneh!~~ Haha!
Next station adalah hippopotamus atau bahasa Malaysianya adalah badak air.
Aku tak ingat sapa yang nelepon waktu nih, tak singgah lama pon sebab badak tengah berendam. Nak tengok dia makan...syok sikit... so jalan tempat lain dulu...
Ini bukan drama tapi kisah benar. Haha!~ Camana nak jawab tu??? Memang tengah tunjukkan seladang India tu kat anak2.
Boleh dah lepas tunjuk tu KRZ suruh terus tunjuk... Ha, sekarang aku tunjuk gambar seladangnya.... besau2.....
sampai ke kandang beruang....
this fellow sangat lapar pada pendapat aku ngan KRZ la. Kena pulak pengunjung dok angkat anak2 kecik boh atas batu.
Tengok hidung dia kembang kempis...
Apa anak2 aku ni ada bau ayam ke hape pada deme nih? haha...
Tapi serius, memang aku ngan KRZ agak risau melihat beruang itu tertinjau2, siap berdiri beberapa kali seolah2 tekad nak menerkam...
So sebelum apa2, baik belah dari awal...haha... boleh tahan jugak kami ni.... boleh tahan penakutnya...ngeee!~
Maka berziarah ke kandang yang lebih selamat pada hemat aku... kandang kambin!~
Tapi kenapa ada gambar kelawar pulak kat belakang tu? Layan je lah.
Sebenarnya kat belakang aku tu kandang kangaroo. Tapi sebab panas sangat kangarunya tak keluar, g tido dalam umah. haha!~
Anak2 kambing (bukan nama sebenar) sedang bagi makanan pada ibu kambing sebenar!~
aku selalu je usik anak2 aku yang kalau time depa malas mandi dengan panggilan busuk kambinnnnnn!
Ini pulak gambar kakak kambin!~
Lupa nak citer dari awal tadi. Fatin yang beria benar mengajak aku ngan KRZ g zoo nih. Org dah besar dah kenal macam2 animals... jadi memang semangat sangat nak g.
Katanya nak tengok lion, giraffe sama elephant. Kita tengok dalam part 2 nanti dapat tak dia tengok binatang2 tu.
Sampai jumpa,
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan