Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Khamis, 3 Mac 2011

Lama tak emo... ini masanya...


Assalamualaikum...

Bukan apa-apa pun. Saje je kasik gempak. Lama rasanya tak meluahkan perasaan kat sini. Tadi saja baca2 entri lelama, dan ada sikit2 yang sengaja aku hare kat FB pon.

Entah kadang rasa macam nak kongsi semua kat sini tapi aku tau banyak yang tak boleh kan? Udah macam bukan blog sendiri sebab asyik nak jaga hati org lain.

Tadi duduk sembang2 dengan kengkawan kat meja kelab, ada la citer yang aku tak join sangat pon, pasal tengah bertenet cuma sambil pasang telinga je. Cerita pasal anak pompuan. Kata ahli panel, payah menjaga anak pompuan bila dia semakin meningkat remaja.

Segala2nya akan dirahsiakan dan si ibu harus pandai mencari kat mana tempat anak luah perasaan. Sebab kena amik tahu semua tu.

Bila kenang balik, zaman muda remaja aku dulu, membuat aku terfikir adakah aku ni cukup kuat macam mak aku dulu. Mak aku dulu mampu jaga kami 7 beradik disamping menguruskan arwah abah yang lumpuh. Adakah aku mampu nak menepis dugaan dan cabaran2 yang aku pasti lebih hebat dan dahsyat di zaman kemajuan teknologi ni.

Memang aku ada KRZ kini. Tapi aku tak tahu selama mana Allah SWT nak bagi aku pinjam suami kesayangan aku ni. Takdir hidup ini bukan di tangan kita. Apa2 saja boleh berlaku.

Kata mereka lagi anak perempuan ni sangat beremosi. Tak payah tunggu anak tu besar, Fatin yang tahun ni baru 5 tahun pun aku dah boleh nampak emosinya. Aku tahu tapi kan, kenapa aku suka biar je macam tu. Pastuh dah agak lama, aku menyesal pulak tak belai dia waktu dia beremosi tadi. Entah... silap ke aku biar je dia tu????

Haih... aku berserah ajelah. Sekarang ni yang aku ada hanya padaNya. Tempat aku mengadu, bergantung harap. Aku akan cuba persiapkan bekalan untuk anak2ku supaya mereka mempunyai jati diri yang kukuh. Doakanlah kau berjaya.

Wassalam.

2 ulasan:

Dda Ly berkata...

alaaa sedey nye emo²...nape arini ramai yg emo kt blog ye..huhu chill ye awak...:)

meh ke rumah,
~damia dan selsema~
keep in touch ye..♥♥♥

Aida Omer berkata...

Ehehe... hari Jumaat memang hari emo sedunia kot. Tapi apa pun thank u, saya ok2 je.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails