Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 3 Oktober 2012

Johan Bilik PBS Rendah Hari Kualiti PPDPU 2012.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Jam 12.05 tengahari tadi aku dapat sms dari GB, yang berbunyi begini;

TAHNIAH. Syabas kepada semua AJK PBS, guru-guru
 dan staf yang berkejasama menceriakan dan melengkap
bilik PBS SKBSD1 yang dianugerahkan Johan Bilik PBS 
Rendah Hari Kualiti PPDPU 2012. 
Terima kasih atas sumbangan tuan puan semua.


Seriously, aku tak layak dapat kredit ni. Kerana tatkala kawan2 aku sibuk2 menyiapkan Bilik PBS ni, aku dok berehat bercuti selama dua minggu kat rumah. 

Ya, aku sakit. Ya hati aku memberontak kerana aku tersangat ingin membantu menolong mereka menyiapkan bilik ini. Akulah penyelaras. Akulah ketua. Tapi di mana aku????

Tahniah buat semua teman2 tersayang. Terima kasih banyak-banyak di atas usaha dan bantuan kalian.


Jerih perih kalian semua aku sangat memahaminya, tinggal aku tak dapat nak membantu saja. Kawan2 juga rajin update perkembangan bilik ini. Gelisah saja aku di rumah. Tetapi aku terpaksa pasrah.


Gambar bilik ini yang cantik aku tidak pasti tersimpan di mana. So tak dapat nak tepek sini. Apa pun tanpa usaha murni teman2 semua, pasti bilik ini tidaklah seberapa.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails