Antara rasa kehambaan itu ialah rasa malu dengan Allah SWT, rasa cinta dan takut kepada Allah SWT. Juga rasa diawasi, menyerah dan harap kepada Allah. Kalau seseorang itu kuar beribadah, tetapi dia rasa riya', sombong dan takabbur, bermakna inadahnya tidak berperanan.
Ibadah yang begini, yang melahirkan rasa ketuanan atau ketuhanan, bukan kehambaan, tdak akan diterima Allah. Diumpamakan seorang hamba yang hendak menghadap raja, tetapi dengan sombong dan bongkak serta mencekak pingggang dia bercakapp dan berhadap sembah di hadapan raja, tentunya dia akan dimurkai oleh raja.
Kerana itulah di dalam kita beribadah selain rukun dan syaratnya kita jagai, perlulah kita awasi segala adab dan tatasusila kita di dalam beribadah. Walau pun kalau kita lihat, rasa khusyuk di dalam sembahyang tidak termasuk di dalam syarat sah sembahyang, tetapi yang sebenarnya tanpa khusuk, sembahyang kita dianggap lalai dan di akhirat akan dihumbankan kita ke dalam neraka. Firman Allah SWT:
"Dan neraka Wail bagi orang yang bersembahyang yang lalai di dalam sembahyangnya."
Al-Maun : Ayat 4-5
Kerana itulah menjaga adab-adab batin ini sangat diberatkan oleh ulama'. Kerana ada itulah akan lahirnya akhlak. Bersepakat ulama' sufi mengatakan:
"Sesungguhnya yang menjauhkan hamba dari tuhannya itu bukanlah
kerana kurangnya ilmu, tetapi kerana kurangnya adab ketika
berdepan dengan Tuhan."
Wallahua'lam.
SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009
Kredit untuk http://islam44.blogspot.com/2011/08/muslims-praying-pictures.html untuk gambar hiasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan